Cara Pasang Sendiri Dekoder MYTV di Rumah
Cara Pasang Sendiri Dekoder MYTV
DEKODER MYTV online di sini (klik)
Siapakah yang layak menerima unit dekoder MYTV basic secara percuma? Penerima unit dekoder MYTV percuma ini dipilih dari kalangan penerima terbawah dalam senarai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2016 dan beralamat di kawasan liputan myFreeview. Untuk membuat semakan sama ada nama anda tersenarai sebagai penerima unit dekoder MYTV, anda boleh semak melalui SMS dengan menghantar MYTV Dekoder NoKP ke 15888, di laman web mybrodcasting.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan MYTV 1 300 80 6988 untuk sebarang pertanyaan.
Jangan risau, mudah saja cara untuk pasang dekoder ini. Rujuk saja panduan pengguna yang disertakan, insyaAllah jadi.

Apa yang ada dalam kotak MYTV ini? Apabila anda telah menerima dekoder ini, periksa dulu komponen yang ada dalam kotak yang diberikan. Dalam kotak tersebut mengandungi 1 dekoder digital DTT, 2 bateri AAA, seunit alat kawalan jauh, 1 kabel RCA, panduan pengguna dan adapter kuasa.
Jangan risau, mudah saja cara untuk pasang dekoder ini. Rujuk saja panduan pengguna yang disertakan, insyaAllah jadi.
Sebelum penyambungan dekoder ke TV dilakukan, matikan sumber kuasa sebelum menyambung dekoder ke peranti lain. Pastikan juga antena telah dipasang. Jom mula pasang dekoder ini.
Cara Pasang Dekoder MYTV dan sambung dengan TV
1. Sambungkan kabel antena (luaran/ mudah alih) ke port ANT IN di panel belakang dekoder. Di rumah saya menggunakan antena luaran.
2. Sambungkan kabel HDMI/RCA (guna salah satu saja sama ada HDMI atau RCA) dari dekoder ke TV.
Kemudian, tukar mod TV ke mod HDMI/AV dan pilih berdasarkan kabel HDMI/RCA yang disambungkan sebentar tadi.
Kabel RCA yang disambung ke TV |
Saya pilih AV sebab guna kabel RCA |
*Cara tukar mod TV ke mod HDMI/AV
Tekan butang Source atau Input pada alat kawalan jauh TV (mengikut alat kawalan jauh TV masing-masing).
Tekan butang Source atau Input pada alat kawalan jauh TV (mengikut alat kawalan jauh TV masing-masing).
3. Teruskan dengan carian saluran kali pertama.
Tetapan dekoder untuk kali pertama
1. Sila pilih Bahasa menggunakan kekunci navigasi kiri atau kanan.
2. Seterusnya, untuk pilihan kuasa antena, sila pilih salah satu antara berikut:
a) Antena Luaran - Pilih OFF
b) Antena Dalaman dengan kuasa - Pilih OFF
c) Antena Dalaman tanpa kuasa - Pilih ON
3. Seterusnya, tekan butang biru untuk carian saluran.
4. Sila tunggu sebentar sehingga imbasan auto carian saluran selesai dan saluran 1 akan terpapar secara automatik.
5. Anda kini boleh memilih saluran untuk ditonton. Selamat menonton.
*Untuk menukar saluran, gunakan alat kawalan jauh MYTV.
*Untuk menukar saluran, gunakan alat kawalan jauh MYTV.
Penyelesaian Masalah: Menetapkan kembali siaran
Imbasan Auto
1. Sila tekan butang MENU.
2. Seterusnya, pilih Carian Saluran.
3. Seterusnya, pilih Imbasan Auto dan tekan OK. Masukkan kod pin '0000'.
4. Sila tunggu sehingga carian saluran selesai, saluran 1 akan terpapar secara automatik.
5. Anda kini boleh menonton saluran pilihan anda. Selamat menonton.
Imbasan Manual
1. Sila tekan butang MENU.
2. Seterusnya, pilih Carian Saluran.
3. Seterusnya, pilih Imbasan Manual dan tekan OK. Masukkan kod pin '0000'.
4. Perhatikan penanda tahap Kekauatan dan Kualiti bertukar kepada hijau menandakan isyarat yang baik. Seterusnya, tekan Butang Biru dan anda boleh menonton saluran pilihan anda.
5. Jika tiada penanda hijau selepas 1 minit, sila hubungi 1 300 80 6988 untuk bantuan lanjut.
Masalah lain:
Jika ada masalah seperti... contohnya, anda dah tekan butang merah ON pada alat kawalan jauh MYTV dan lampu hijau muncul tetapi OFF sendiri selepas tu (keluar lampu merah).... kalau jadi macam ni, penyelesaiannya tekan je butang kuasa ON pada dekoder.
Masalah ini terjadi setiap kali saya nak ON dekoder MYTV. Kejap je lampu LED hijau muncul, kemudian lampu merah pula muncul. Jadi saya ambil langkah tekan je butang pada dekoder tersebut. Selesai masalah.
Itu saja cara-caranya. Memang mudah. Tapi kalau anda ada sebarang masalah tentang pemasangan atau dekoder, hubungi MYTV Broadcasting di talian 1 300 80 6988. Untuk lebih lanjut tentang keperluan memasang dekoder MYTV ini, anda boleh membuat rujukan di laman myFreeview Malaysia (https://www.myfreeview.tv/ms/about).
Bagi anda yang tidak tersenarai dalam nama penerima unit dekoder MYTV percuma, anda boleh membuat pembelian dekoder MYTV Advance dengan wakil penjual berdekatan anda atau beli DEKODER MYTV online di sini (klik) . Untung sangat kalau beli online tau!

senang je kak ain. tak sampai beberapa minit dah boleh tengok myFreeview hehe
BalasPadamfirst time dengar pasal decoder ni.. hehe tapi rumah xdak tv =P
BalasPadamTq for sharing. Done follow 😊
BalasPadamSaya dah byk kali try, xdpt lgsg... asyik kuar installation guide, butang menu pn xley tekan.. so stress
BalasPadamboleh call pihak MyTV terus ye
PadamPakai antena ke
Padamye kena pakai.. saya guna antena luar
Padamcuba lagi kalau tak dapat.. kalau masih tak ok, call terus mytv 1 300 80 6988
PadamSya ade beli dikedai dekodernya..tp xde tulis mytv pd dekodernya..bila pasang hnya keluar 'boot' shja ..ditv lgsung xkeluar pape..
BalasPadamYang ni kena tanya orang yang jual dekoder tu ye. Mungkin itu bukan mytv punya.
Padamwahhh info ni sangat berguna! tq!
BalasPadammytv ni ade kena pakai internet ke?
BalasPadamtak de
PadamAssalamualaikum...
BalasPadamKenapa dekoder mytv saya (baru jadi) bila on ...pastu tak sampai 20 saat off balik..walaupun dah cuba cara yang cik sarankan tekan butang on off di dekoder pun masalah yang sama..on 15-20 saat dia off balik...
Bila call pihak freeview kata kena tukar antena wahal saya guna antena mytv...pelik...
Adakah sebarang kerosakkan lain atau cara mengatasinya?
Terima kasih
Waalaikumussalam. Cuba tekan lama sikit sampai lampu hijau keluar.
PadamDi rumah saya tak berjaya lagi pasang dekoder tersebut. Tiada antena luar tetapi hanya menggunakan antena yang kecil, disambung pada tv.
BalasPadamGuna antena dalam pun boleh dapat siaran juga kalau tak banyak halangan pokok, bukit. Kalau jauh dari pencawang, lebih baik gunakan antena luar.
PadamNIce sharing dear..sha xdpt la..sbb time mohon Blm berumah tgga lg..rm187 mahal nya..tmpt sha bole dpt rm100 ja..hihi
BalasPadam