What to do in Melaka Jika Berkunjung ke Sana?
Tempat Menarik dan Tempat Makan Best di Melaka
Setiap negeri di Malaysia mempunyai pelbagai tempat menarik yang mampu membuka mata pelancong sama ada dari luar ataupun dalam negara untuk mengunjunginya. Salah satu negeri yang tidak asing lagi dalam Malaysia yang kaya dengan tempat bersejarah serta keunikannya adalah Melaka. What to do in Melaka jika bercuti di sana?
Memang banyak perkara yang boleh anda lakukan di Melaka. Melawat pelbagai tempat menarik sambil jalan-jalan cari makan sudah semestinya. Melaka bukan saja terkenal dengan keindahan sejarahnya, ia juga menawarkan tarikan semula jadi yang menakjubkan, pusat beli belah yang meriah dan juga pelbagai makanan yang enak.
Sebut saja tempat tentang Melaka, terus Mai teringat Kota A Famosa dengan meriamnya dan Dutch Square dengan binaan bangunan berwarna merahnya iaitu Stadthuys yang menjadi landmark kawasan ini. Tempat ini memang ramai pengunjung, lebih-lebih lagi waktu cuti sekolah. Di sini kita boleh lihat pelbagai pelancong dari negara luar datang melawat.
Stadthuys ini pula dikelilingi oleh banyak tempat pelancongan yang patut dikunjungi. Terdapat Church Christ abad kelapan belas berdekatan dengannya. Tempat-tempat pelancongan lain yang berdekatan termasuk Sungai Melaka, Melaka River Cruise, Jonker Street yang terkenal, Muzium Budaya Cheng Ho, Muzium Maritim, Muzium Belia Malaysia. Berdekatan Dutch Square juga anda boleh melihat Queen Victoria's Fountain, air pancut itu dibina untuk memperingati Jubli Diamond Queen Victoria.
Salah satu tarikan top di situ ialah Melaka River Cruise. Kalau penat nak berjalan sekitar bandar, anda naik je Melaka River Cruise untuk lawatan cepat di sekitar bandar dengan pantas. Sepanjang perjalanan selama 45 minit, anda dapat melihat bangunan bersejarah tinggalan Belanda, kincir air, kubu pesisir sungai dan 7 buah jambatan kecil sekitar bandar Melaka, pemandangan seperti kampung tradisional Melayu Kampung Morten dan mural yang indah di samping Jonker Walk.
Kalau ke Melaka, jangan lupa melawat Kampung Morten, sebuah kampung Melayu yang masih kekal dalam bandar Melaka. Apa yang membuatkan Mai tertarik dengan rumahnya ialah rumah tersebut nampak comel, dibina sederhana tinggi dan dihias dengan cantik sekali serta landskap yang menarik. Kampung ini diangap ‘muzium hidup’ kerana ramai penduduk kampung itu masih mengamalkan cara hidup lama, di samping mempamerkan keunikan reka bentuk rumah mereka.
Kampung Morten |
Villa Sentosa |
Banyaknya tempat menarik di Melaka kan. Teringin pula nak tengok keseluruhan bandar Melaka. Segalanya mungkin dengan menaiki Menara Taming Sari setinggi 110 meter yang terletak di Bandar Hilir, bersebelahan dengan Dataran Pahlawan. Ia adalah menara berputar jenis gyro, yang menawarkan pemandangan 360 darjah ke bandar yang menarik. Satu sesi putaran yang mengambil masa kira-kira tujuh minit sahaja, tetapi anda akan melihat hampir semua bandar termasuk tempat tumpuan pelancong utama seperti Bukit Memorial St. Paul dan Memorial Kemerdekaan serta tapak membeli-belah moden seperti Dataran Pahlawan dan Mahkota Parade dari atas.
Nak tawan rasa gayat anda? Anda juga boleh melihat pemandangan bandar Melaka di The Shore Sky Tower selain daripada Menara Taming Sari. The Shore Sky Tower ini terletak di The Shore Shopping Gallery. Kalau naik menara ini rasa lagi mencabar sebab boleh berjalan di atas jambatan di bangunan setinggi 42 tingkat ini. Wow! Di sini kita boleh ambil gambar sebanyak mana yang mahu sebab boleh stay lama di sini berbanding Menara Taming Sari. Di bahagian atasnya juga disediakan kolam ikan koi. Dataran di atas ini memang menjadi tarikan pengunjung untuk mengambil gambar kenangan, pasti cantik hasil gambarnya.
Dah puas melihat pemandangan bandar Melaka dan ambil gambar, apa kata Upside Down House Gallery yang terletak di kawasan berdekatan dengan Mahkota Parade. Mudahnya, galeri ini betul-betul terletak di belakang Seri Costa Hotel. Menariknya di sini anda boleh ‘terbalikkan’ diri anda. Bolehlah penuhkan galeri gambar di telefon atau kamera anda dengan pelbagai aksi menarik di sini, beraksi gaya Spiderman pun ok juga kan hehe.
Nak lagi menarik, jom ke Melaka Alive. Di sini, kita boleh mempelajari dan merasai sejarah zaman Kesultanan Melayu Melaka. Tarikan utama di Melaka Alive adalah Pirate Adventure dan Winds of Merdeka. Persembahan teater muzikal yang dilakukan diatas pentas dengan senibina seperti seperti sebuah bahtera mrnghidupkan semula Kisah Panglima Awang. Kisahnya dimana kisah hidup beliau disepanjang pelayaran mengelilingi dunia dan serangan ke atas Portugis. Gabungan fakta kajian sejarah, teater dan tarian melayu tradisional membuatkan pengunjung tertarik dengannya.
Kalau anda tak mahu hanya duduk menonton teater, anda boleh ke Pirate Adventure. Di sini anda akan masuk ke kapal lanun yang lengkap dengan pelbagai prop yang realistik dan lanun-lanun hidup yang menyeramkan.
Setelah puas berjalan-jalan ke pelbagai tempat menarik, tenangkan fikiran dengan keindahan Pantai Klebang pula. Seronoknya beriadah bersama keluarga di sini pada waktu petang. Menariknya di sini ialah ‘padang pasir’ yang lapang.
Pantai Klebang |
Kawasan pantainya yang seakan-akan padang pasir di Tanah Arab memang menarik ramai pengunjung datang ke sini. Ramai yang tak melepaskan peluang untuk bergambar di sini. Kalau lapar, jangan risau sebab terdapat banyak gerai makanan yang ada di tepi jalan. Jangan lupa menikmati Coconut Shake Original Klebang yang terkenal di Pantai Klebang tu. Ada kawan Mai bagi cadangan, coconut shake di Batu Berendam pun tak kurang hebatnya, lagi sedap.
Kalau anda dah selalu sangat rasa coconut shake, apa kata anda mencuba Big Bowl Ice yang menyediakan pelbagai aiskrim sama ada snow atau shaved di sini. Mengancam betul! Terdapat tiga cawangan Big Bowl Ice di Melaka iaitu di Batu Berendam, Kota Laksamana dan Jonker Street.
Big Bowl Ice Melaka |
Bab makan pula, Melaka juga mempunyai pelbagai tempat makan yang sedap dengan menu yang menarik. Siapa yang tak kenal dengan kuih keria gula Melaka yang sedap tu kan. Kuih Keria Antarabangsa Haji Jalil di Kampung Limbongan antara yang terkenal di Melaka. Ramai yang sanggup beratur panjang menunggu kuih keria yang sedap itu.
Melaka yang terkenal dengan masakan asam pedas juga membuatkan ramai pengunjung ingin mencuba kesedapannya. Salah satu kedai yang kawan Mai cadangkan kalau nak makan asam pedas yang paling best di sana adalah di Asam Pedas Power Abang Piee Bukit Cina. Sedap dan kaw katanya.
Restoran Line Clear yang terletak di Kampung Jawa juga antara yang terkenal di Melaka. Macam-macam menu disediakan disediakan antaranya satay daging, satay ayam, satay kerang, satay hati, mee rojak udang, pasembor dan lain-lain lagi..fuhhh sedap semuanya. Sambil makan tengok bot lalu, macam kat Venice dah. Hehe
Bagi peminat roti john, anda bolehlah mencubanya di Roti John Tarik Mael Lambong. Yang tak suka pun boleh jadi suka dengan roti john di sini. Tengok saja pun boleh meleleh air liur dibuatnya. Banyak pilihan isi roti john yang disediakan, cheese pun melimpah.
Roti John Tarik Mael Lambong |
Untuk sarapan, apa kata anda cuba Mee Goreng Pak Hassan atau dikenali dengan nama Mee Bodoh juga terkenal di Melaka. Dahsyat betul namanya kan hehe. Mee goreng ni dipanggil mee bodoh sebab ia dimasak tanpa rencah, tapi yang membuatkan mee ni sedap sebab lauk lain yang ditambah sekali seperti timun, sambal dan telur mata kerbau, campur semua sekali, letak kicap dan sedikit cuka... sedap kata mereka yang pernah mencubanya.
Mee Goreng Pak Hassan atau Mee Bodoh |
Anda juga boleh menikmati Roti Canai Kayu Arang selain Mee Bodoh untuk sarapan. Antara menu yang disediakan seperti Roti Nanchos, Roti Tampal Dangdut, Roti O’ dan Nasi Lemak Kukus dengan telur goreng.
Perghhh banyak betul tempat menarik dan tempat makan best di Melaka! Bukan hanya yang disebut seperti di atas sahaja, sebenarnya macam-macam tarikan lain lagi yang ada di Melaka tau.
Kalau anda ingin merancang percutian dalam Malaysia dan nak pergi ke tempat yang anda rasa belum pernah pergi lagi, nak senang rujuk je page Unseen Malaysia. Pelbagai info menarik tentang tempat menarik juga disediakan di situ.
Unseen Malaysia | 41 Bucket-list-worthy Destinations. View the interactive version here
Rancang percutian anda dengan sebaik-baiknya supaya lancar dan puas hati dengan percutian tersebut 😉
Kredit foto:
Dutch Square - http://www.gomelaka.my/red-square-dutch-square/
Stadthuys - http://www.orangmelaka.com/sejarah-bangunan-stadthuys.html
Sungai Melaka- https://asian-images.photoshelter.com/image/I00002gl9YVsTGm0
Melaka River Cruise - https://www.jomjalan.com.my/listing/melaka-river-cruise/
Jonker Street - http://travelguide.easybook.com/destinations/malaysia/jonker-walk/
Muzium Budaya Cheng Ho - http://malacca.attractionsinmalaysia.com/Cheng-Ho-Cultural-Museum.php
Muzium Maritim - http://malacca.attractionsinmalaysia.com/Maritime-Museum.php
Muzium Belia Malaysia - http://datukserimohdalirustam.blogspot.my/2012/01/muzium-belia-malaysia.html
Kampung Morten & Villa Sentosa - http://bettyandlingshing.blogspot.my/2013/11/kampung-morten-melaka.html
Menara Taming Sari - https://www.bharian.com.my/node/105107
The Shore Sky Tower - http://skytower.theshoremelaka.com/
Upside Down House Gallery - http://packages.asiatravel.com/
Melaka Alive - http://www.gomelaka.my/melaka-alive/
Sungai Melaka- https://asian-images.photoshelter.com/image/I00002gl9YVsTGm0
Melaka River Cruise - https://www.jomjalan.com.my/listing/melaka-river-cruise/
Jonker Street - http://travelguide.easybook.com/destinations/malaysia/jonker-walk/
Muzium Budaya Cheng Ho - http://malacca.attractionsinmalaysia.com/Cheng-Ho-Cultural-Museum.php
Muzium Maritim - http://malacca.attractionsinmalaysia.com/Maritime-Museum.php
Muzium Belia Malaysia - http://datukserimohdalirustam.blogspot.my/2012/01/muzium-belia-malaysia.html
Kampung Morten & Villa Sentosa - http://bettyandlingshing.blogspot.my/2013/11/kampung-morten-melaka.html
Menara Taming Sari - https://www.bharian.com.my/node/105107
The Shore Sky Tower - http://skytower.theshoremelaka.com/
Upside Down House Gallery - http://packages.asiatravel.com/
Melaka Alive - http://www.gomelaka.my/melaka-alive/
Pantai Klebang - https://www.caridestinasi.com/pantai-klebang-percutian-di-melaka/
Coconut Shake Klebang - https://afiqhalid.com/2017/03/coconut-shake-klebang-wajib-singgah/
Coconut Shake Batu Berendam - http://www.foodadvisor.my/melaka/batu-berendam-coconut-shake-malacca
Coconut Shake Batu Berendam - http://www.foodadvisor.my/melaka/batu-berendam-coconut-shake-malacca
Big Bowl Ice - https://www.koleksiviral.com/2017/03/ais-kacang-big-bowl-ice-melaka-sedap.html
Mee Bodoh - http://foodmento.com/dish/mee-goreng/4499
Kuih Keria Antarabangsa Haji Jalil - http://www.melakapages.com/kuih-keria-antarabangsa-haji-jalil/
Asam Pedas Power Abang Piee Bukit Cina - http://asampedaspowerabgpiee.blogspot.com/2009/09/selamat-datang-ke-asam-pedas-power-abg.html
Restoran Line Clear Kampung Jawa - https://www.youtube.com/watch?v=psIMx0fMYME
Roti John Tarik Mael Lambong - https://www.caridestinasi.com/tempat-makan-best-di-melaka-jjcm/
Mee Goreng Pak Hassan - http://foodmento.com/dish/mee-goreng/4499
roti canai kayu arang - https://www.tempatmenarik.my/roti-canai-kayu-arang-tempat-makan-menarik-di-melaka/
Mee Bodoh - http://foodmento.com/dish/mee-goreng/4499
Kuih Keria Antarabangsa Haji Jalil - http://www.melakapages.com/kuih-keria-antarabangsa-haji-jalil/
Asam Pedas Power Abang Piee Bukit Cina - http://asampedaspowerabgpiee.blogspot.com/2009/09/selamat-datang-ke-asam-pedas-power-abg.html
Restoran Line Clear Kampung Jawa - https://www.youtube.com/watch?v=psIMx0fMYME
Roti John Tarik Mael Lambong - https://www.caridestinasi.com/tempat-makan-best-di-melaka-jjcm/
Mee Goreng Pak Hassan - http://foodmento.com/dish/mee-goreng/4499
roti canai kayu arang - https://www.tempatmenarik.my/roti-canai-kayu-arang-tempat-makan-menarik-di-melaka/
Melaka memang banyak tempat menarikk untuk dilawati. Bak kata orang, melawat Melaka sama seperti melawat Malaysia.. Semua ada di sini.. Hehehe... LeYa terkadang tak tahu nak ke mana bila balik kampung di Melaka ni..
BalasPadamDah beberapa kali pergi melaka. Memang best sebab banyak tempat menarik dan makanan pon best.
BalasPadamall what to do to semuanya guna duit tapi asam pedas tu tak tahan nampak sangat delish !
BalasPadamTak puas bila masuk melaka walaupun kecik tapi banyak lagi yang miza belum jejak
BalasPadamWow menariknya Melaka. Boleh la masuk dalam list percutian eiza.
BalasPadamRupanya banyak lagi tempat kat Melaka tak pernah sampai. Aduhhh kena plan baik punya ni
BalasPadamBanyak tempat menarik dekat Melaka niI..boleh rujuk entry niwas nanti bila nak cuti di melaka
BalasPadamKlebang! haha.. tu la tempat fav smbil minum coconut shakes.
BalasPadamDulu teringin sangat nak ke Melaka... Tapi sejak 2-3x terstuck dalam jem memanjang.. Terus xde plan nak ke sana tiap2 kali cuti sekolah hahaha
BalasPadamDulu selalu plan nk ke sana.. Tapi sejak ada pengalamn stuck dalam jem dekat sana.. so xde plan dah ke sana.. pe2 pun tgu time tak cuti sekolah kalau nk ke sana dah
BalasPadamWah.. nice sharing. Keep it up
BalasPadamI think I hv done 80% exploring Malacca. Love the klebang coconut n Roti John.
BalasPadam