Bukan Mata yang Buta Tapi Hati | Official Music Video Buta - Caliph Buskers ft. Faizal Tahir
Official Music Video Buta daripada Caliph Buskers ft. Faizal Tahir
Dah tonton video muzik rasmi lagu Buta nyanyian Caliph Buskers ft. Faizal Tahir? Video lagu Buta ini memiliki makna yang sangat mendalam. Lagu Buta ini mengisahkan tentang buta mata dan buta hati.
Rupanya buta hati lebih berat daripada buta mata. Jika buta mata, masih ada deria lain yang dapat membantu. Jika buta hati, membuatkan kita terlupa pada sang pencipta. Kenapa boleh terlupa pada-Nya? Kerana hati sudah 'jatuh cinta' pada dunia. Kalau sayang sesuatu, sayanglah kerana-Nya insyaAllah apa yang dilakukan diredhai Allah. Tak salah nak cari dunia, tapi cari dunia untuk akhirat sana.
Pejamkan mata dengarkan saja
Apa di minda
Apakah semua yang zahir dimata
Takkan pernah berdusta
Ceritakanlah pada aku
Agar ku faham dunia
Tuhan
Segalanya telah Engkau tentukan
Terangi saja hatiku
Maaf ku selalu terlupa
Mensyukuri semuanya
Andai mampu ku lihat semua
Adakah ku sempurna
Atau kerna mataku yang leka
Membuat ku berdosa
Ceritakanlah pada aku
Agar ku faham dunia
Tuhan
Segalanya telah Engkau tentukan
Terangi saja hatiku
Maaf ku selalu terlupa
Mensyukuri semuanya
Tuhan
Segalanya telah Engkau berikan
Tetapkan saja hatiku
Maaf ku selalu terlupa
Mensyukuri semuanya
Tanpa Kamu siapalah aku
Tanpa aku tetap saja Kau sempurna
Dan satu
Terangilah hatiku
Tuhan
Segalanya telah Engkau tentukan
Terangi saja hatiku
Maaf ku selalu terlupa
Mensyukuri semuanya
Tuhan
Segalanya telah Engkau tentukan
Terangi saja hatiku
Maaf ku selalu terlupa
Mensyukuri semuanya
Maafkan aku
Selalu terlupa
Mensyukuri semuanya
Pejamkan mata
Dengarkan saja
Apa di minda
Sedih betul video muzik lagu Buta ini. Memang terbaiklah lagu ni, sarat dengan maksud yang tersirat antara buta mata dan buta hati. Gabungan vokal Azmi Caliph Buskers dan Faizal Tahir pun mantap. Lakonan pun tak kekok. Tak pernah mengecewakan lagu daripada Faizal Tahir ni.
Apa pun sentiasalah ingat pada-Nya dengan bersyukur. Jangan lupa bersyukur apabila sudah dapat apa yang diinginkan dan jangan sombong dengan-Nya barulah hidup diberkati. Kadang-kadang kita asyik menyalahkan sesuatu atau orang lain jika tak dapat apa yang kita usahakan. Yang ini, cuba lihat diri sendiri, apa salah dan silap kita terhadap Allah yang dah dilakukan sampai jadi begitu.
"It is not the eyes that are blind, but the hearts"
- Al-Quran (22:46) -
kalau azmi yang nyanyi memang sampai ke hati laa lagu nii
BalasPadambetul. suara pun sedap, padan sangat
Padammmg sampai ke hati laa
BalasPadammenusuk jiwa terus kan
Padam