Tak Sempat Buat Kuih Raya Tart Cadbury!
Mengidam Tart Cadbury
Coklat jenama Cadbury memang menjadi kegemaran Mai bertahun dah. Kalau nak beli coklat, Cadbury lah yang menjadi pilihan pertama dan utama sebab rasanya sedap dan harganya juga berpatutan. Raya kali ini, viral pula biskut raya Tart Cadbury. Mengancam betul biskut raya yang ni...
Tart Cadbury Foto Rasa.my |
Mai mula buat biskut raya, dua minggu sebelum Syawal tiba. Kalau diikutkan sempat je nak buat tart Cadbury tapi disebabkan ada beberapa dugaan yang tak dapat dielakkan, maka buat biskut yang 'laku' je. Demam dan cirit-birit membantutkan perancangan nak buat tart Cadbury heeee
Ini antara biskut raya yang sempat dibuat:
- Biskut cip coklat
- Biskut cornflakes rangup
- Biskut arab
- Classic butter cookies
- Biskut red velvet
- Tart nanas
- Kerepek popia nestum
- Kerepek popia cheese
- Cornflakes madu
Biskut dalam senarai sebelum ini yang tak sempat dibuat selain tart Cadbury.. semperit dan simpul kasih.
Memandangkan masih tak jumpa lagi tart Cadbury, kena buat sendiri jugalah nampaknya. Tengok resepinya pun mudah juga nak buat. Ok lah nak cuba buat tart Cadbury dulu 😋
Memandangkan masih tak jumpa lagi tart Cadbury, kena buat sendiri jugalah nampaknya. Tengok resepinya pun mudah juga nak buat. Ok lah nak cuba buat tart Cadbury dulu 😋
mahal tart ni..hihi
BalasPadammahal tang cadbury nya kan hehe
PadamSha pun tak ada jumpa tart cadburry ini.. teringin nak cuba..
BalasPadamtu la.. kena buat sendiri le nampaknya hehe
Padamsalam 5 syawal
BalasPadamsalam syawal juga
PadamNampak menarik tart cadbury tu. Saya pun peminat cadbury. Teringin nak rasa tapi tak jumpa lagi setakat ni. Salam aidilfitri. Jemput singgah ke blog saya.
BalasPadamhttps://thisisme-38.blogspot.com/2018/06/new-phase.html
salam aidilfitri juga :) jom cuba buat sendiri tart ni
PadamWow tak terfikir ada kuih tat macam ni. Kalau dibakar nanti coklat nya akan cair atau terletak elok dalam doh acuan kuih? :D
BalasPadammereka yang dah buat tart ni kata tak cair pun coklatnya.. masukkan dalam peti ais dulu, nak guna baru keluarkan
PadamTeringin nk Cuba nampak mcm sedap.nk pula Nia memang penggemar coklat
BalasPadam