Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Luka Jangkitan Sporotrichosis pada Kulit Manusia, Bahaya!

Luka Sporo pada Manusia


Pernah dengar tentang Sporotrichosis atau Sporo? Bagi yang rapat dengan kucing, mereka pasti tahu tentang jangkitan Sporo. Penyakit sporo ini disebabkan oleh disebabkan oleh sejenis fungus yang dikenali sebagai Sporothrix schenckii (S. schenckii). Sporo berbahaya kepada kucing dan boleh menyebabkan kematian kepada kucing jika lambat diberikan rawatan. Manusia juga boleh berjangkit dengan penyakit Sporo ye. Jadi, kalau kucing peliharaan atau gelandangan terdapat luka padanya, jangan suka-suka nak sentuh. Bahaya! Kalau ada luka terbuka walaupun kecil, lebih mudah untuk berjangkit.

Setakat ini masih ramai yang bertanya kepada Mai tentang jangkitan Sporo setelah membaca beberapa entri yang ditulis pada tahun 2016 tentang Sporo di blog Mai. Ada yang bertanya melalui Facebook, Whatsapp dan juga emel. Disebabkan ramai yang bertanya, Mai kongsikan pengalaman di sini, senang dirujuk.

Luka Sporo pada Kulit


Luka yang dijangkiti Sporo pada kulit tangan kiri Mai, bermula dengan sebiji bisul. Kadang-kadang gatal pada bisul, Mai pun garu sajalah. Mai tak perasan bila bisul itu pecah sendiri. Masa ini hanya sapu minyak gamat. Tapi tak berkesan kepada luka itu dan semakin lama, luka bisul tadi semakin besar. Luka mula menjadi berkawah, semakin lama semakin ke dalam.

Selepas bisul pecah, luka semakin besar

[PM Mai di Facebook untuk lihat keadaan luka]

Luka tersebut mula bernanah. Semakin tebal lapisan nanahnya mungkin disebabkan cara Mai cuci luka tidak betul dan ada jangkitan kuman. Bengkak putih bawah kulit semakin menaik sehingga ke bawah lengan sampai tak boleh bengkokkan tangan sebab ada biji tumbuh pada pelipat. Masa ini, kerap demam. Ada pula orang terdekat Mai suruh berjumpa ustaz, mungkin terkena buatan orang katanya. Ada juga yang suruh berjumpa bomoh.. haha macam-macam kan.


Nanah mula menebal, mula tumbuh bintik-bintik kecil sekeliling luka

Luka semakin besar

Luka semakin besar, bintik-bintik ditepi juga semakin besar

[PM Mai di Facebook untuk lihat keadaan luka]


Disebabkan tak tahan sangat dengan luka yang gatal itu, Mai pergi ke sebuah klinik untuk dapatkan rawatan. Itupun selepas sebulan luka ada pada kulit. Rasanya doktor disitu tak tahu dengan penyakit kulit ini. Periksa dalam 1-2 minit sepatah pun tak bercakap, terus bagi ubat. Adoiii apa punya klinik daa.. Dan ubatnya tak berkesan dengan luka Mai.
Kemudian pergi pula ke hospital kerajaan, mungkin doktor ini kurang pengalaman dengan penyakit kulit seperti ini, nampak macam baru je. Doktor itu hanya beritahu ada jangkitan kuman pada luka. Ubat antibiotik dan krim sapu diberi tapi tetap tidak berkesan pada luka.

Selepas itu, pergi ke sebuah hospital swasta. Doktor itu juga tak pasti sebab luka boleh terjadi. Doktor mengambil sedikit sample luka untuk dikaji puncanya dan mencuci luka. Menangis dibuatnya masa proses cuci luka sebab nanah sudah menebal. Ubat diberikan dan doktor tersebut minta untuk datang ke hospital untuk cuci yang seterusnya tapi disebabkan jauh, Mai minta tukar ke hospital kerajaan berdekat rumah.

Mulalah proses cuci luka di hospital selama lebih kurang 2-3 minggu. Ubat dari hospital swasta sudah habis, jadi Mai berjumpa dengan doktor hospital kerajaan tempat Mai cuci luka. Apabila doktor melihat keadaan luka dan bengkak-bengkak pada kulit, doktor terus beritahu yang Mai mungkin dijangkiti Sporo. Mai dirujuk pula kepada klinik pakar kulit di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk rawatan selanjutnya.

Setelah diperiksa oleh doktor pakar kulit, doktor beritahu Mai dijangkiti Sporo. Jadi, sample luka diambil, satu bengkak lebam pada kulit dipotong untuk kajian dan darah diperiksa untuk mengesahkan yang ia adalah jangkitan Sporo.

Dressing luka di hospital, jahitan itu adalah bengkak paling besar yang dipotong untuk makmal

Keadaan luka

[PM Mai di Facebook untuk lihat keadaan luka]

Mai dibekalkan ubat Itraconazole (Inox) 100mg, ubat gatal, ubat tahan sakit dan ubat alergi. Ubat Inox perlu diambil mengikut preskripsi ubat oleh doktor sahaja. Bukan main makan je ye sebab ada kesan lain pada badan jika tak diambil mengikut arahan doktor.

ubat Inox, ubat Sporo
Ubat Inox

Mai perlu ambil ubat Inox dua biji pagi dan dua biji malam pada 3 bulan pertama. Mai mula cuci luka sendiri, guna normal saline untuk cuci luka kemudian sembur Spray8 pada luka. Bagus guna Spray8 tau, luka cepat sembuh. Macam magik pula, memang seronoklah bila tengok luka semakin sembuh. Nak tahu lebih lanjut tentang Spray8 boleh baca di sini ye,  Spray8 (klik).

Kiri sebelum, kanan selepas menggunakan Spray8. Magik kan?

[PM Mai di Facebook untuk lihat keadaan luka]

Beberapa kali jugalah pergi temujanji dengan doktor pakar. Setelah 3 bulan berlalu selepas ambil ubat Inox, dos dikurangkan kepada sebiji pagi dan sebiji malam. Alhamdulillah luka semakin pulih, dan akhirnya membentuk kulit baru sedikit demi sedikit pada keliling luka tersebut. Cukup 5 bulan makan ubat Inox, doktor suruh berhenti ambil. Luka pun dah baik dan membentuk kuping pada luka itu. Gatal betul pada kuping tu. Tapi doktor beritahu itu perkara biasa.

Mai memang ada menjaga seekor kucing yang dijangkiti Sporo, agaknya berjangkit daripada dia la tu. Kalau anda juga ada menjaga kucing dengan luka yang lambat sembuh, bawa terus kucing ke klinik haiwan untuk rawatan. Kalau anda pula yang ada luka lambat sembuh dan menjaga kucing dijangkiti Sporo, sama juga, cepat-cepat jumpa doktor. Lagi lambat jumpa doktor, lagi merebak besar luka dan bengkak-bengkak kecil boleh tumbuh lagi banyak. Rimas tau ada luka dan bengkak tu. Boleh jadi lebih teruk jika tidak dirawat.

Alhamdulillah, sekarang Mai dah pulih daripada penyakit Sporo. Sekarang tinggal parut pada tangan kiri. Kalau tengok, dah macam jam tangan je. Mak Mai selalu usik, tanya jam pukul berapa... hahaha Mak ni...

* Mai minta maaf ye sebab kongsi gambar luka.. tapi bukan saja-saja, nak kongsi pengalaman dengan anda 😊


10 ulasan for "Luka Jangkitan Sporotrichosis pada Kulit Manusia, Bahaya!"

  1. 5 bulan tu Mai berusaha pulihkan sakit luka tu.. Alhamdulillah dah pulih sepenuhnya.

    Salam kenalan.. Husniey follow sini #3008 ☺️

    BalasPadam
  2. allahu, bahayanya kalau ada kucing yg dijangkiti sporo ni. boleh berjangkit pada kita jugak. Alhamdulillah mai dah sembuh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, bahaya. Lagi lambat dirawat, lagi melarat jadinya.
      Alhamdulillah :)

      Padam
  3. Ya Allah.. ngerinya tengok luka tu.. bahaya erk Sporo tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya bahaya.. kena cepat dapatkan rawatan kalau terkena jangkitan

      Padam
  4. Salam sya nk tnya penyakit sporo bntuk lukanya mcm mna ya ,

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama28 Julai, 2019

    Salam,saya nk tnye berape lama tempoh mase mai dijangkiti sampai ade kudis sporo tu..

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama28 Julai, 2019

    Berape lame tempoh mai kene jangkitan sampai pengambilan ubat dr pakar..sporo nie sama x dgn toxomoplas..xtau ejaannya..

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum mai, anak kucing saya dan kucing nenek saya telah disahkan terjangkit Sporo, sebelumnya kucing hitam saya telah mati akibat Sporo cuma ketika itu kami belum tahu dia menghidap Sporo, masalahnya sekarang ibu saya tidak kisah sangat jika kami dijangkiti Sporo itu dan tidak memakai sarung tangan untuk memegang kucing itu ketika sedang ingin beri ubat pada kucing itu. Dia siap cakap pada saya jangan takut sangat dan jangan pentingkan diri sendiri. Takkan terjangkitlah. Geram saya tengok perangai ibu saya ni.

    BalasPadam