Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Mencuci Muka dengan Facial Cleanser. Betul dan Berkesan!

Cara Cuci Muka yang Betul dan Berkesan


Selama ini, agak-agak betul tak cara kita cuci muka dengan facial cleanser? Ada segelintir pengguna yang telah menggunakan pelbagai pembersih wajah tapi tidak berkesan terhadap kulit mereka, itu apa yang mereka kata.

Langkah-langkah rutin penjagaan kulit muka memang banyak. Ada yang sampai 10 langkah ya. Nak dapatkan kulit yang sihat, bersih dan cantik.. kenalah rajin kan. Salah satu yang perlu diberi perhatian adalah pembersih wajah atau facial cleanser.

cara cuci muka


Pembersih wajah ini bukan main guna saja ye. Sebelum membeli pembersih wajah, kenal pasti jenis kulit muka sama ada memiliki kulit normal, kering, berminyak, kombinasi, berjerawat atau sensitif. Sangat penting buat pemilihan pembersih wajah supaya berkesan menyelesaikan masalah kulit dan dapat hasil seperti yang diharapkan.

Lagi, yang pentingnya adalah cara mencuci muka dengan betul dan berkesan. Macam-macam cara yang dicadangkan. Mai pun main cuci saja muka sebelum ini. Lepas cuci terus lap dengan tuala kemudian sapu toner.

Rupa-rupanya salah cara yang Mai buat tu. Baru-baru ini rajin pula Mai cari video di YouTube cara cuci muka berkesan sebab tak rasa sangat kesan pembersih wajah yang digunakan. Daripada senarai yang ada, Mai tertarik untuk mencuba cara-cara cuci muka yang dikongsikan oleh seorang wanita ini.

Cara Cuci Muka dengan Betul





Dengan kulit muka, jangan kasar sangat. Kena lembut je.

Sebelum mencuci muka, bersihkan wajah daripada sebarang mekap.

1. Pilih pembersih wajah dengan particle yang halus. Ada yang jenis besar. Sekarang ini Mai sedang guna Althea Contour Cleanser yang ada kapsul mikro dan menghasilkan buih gebu.

2. Jangan gosok terus pembersih ke kulit muka tapi picit pada tapak tangan dulu dan gosok sampai berbuih. Buih itu nanti kita akan sapu pada muka. Urut muka dengan lembut menggunakan jari kelingking kerana tak berikan tekanan yang kuat pada muka.

3. Selepas itu, bersihkan muka dengan air. Kemudian dap dap muka yang masih ada air padanya. Jangan terus lap muka dengan tuala selepasa mencuci muka kerana akan mengeringkan kulit muka.

Selepas itu, gunakan toner untuk mengecilkan pori.

Lembut kan cara wanita itu mencuci muka? Kadang-kadang, nak kejar masa punya pasal, cuci muka pun cepat dan kasar je heee. Patutlah tak nampak kesannya. Hampir 2 minggu dah Mai ikut langkah-langkah cuci muka seperti dalam video, memang nampak kesannya pada kulit. Kulit terasa lembap dan boleh rasa kesan positif pembersih wajah yang digunakan.

Ya cara ini dah lama ada tapi Mai je yang baru cuba hehe. Dah tahu yang betul, bolehlah amalkan. Anda bolehlah cuba cara ini, insyaAllah nampak kesan positifnya nanti.


3 ulasan for "Cara Mencuci Muka dengan Facial Cleanser. Betul dan Berkesan!"

  1. Terima kasih untuk tips ni. sangat berguna. selama ni macam salah pakai cleanser..hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama. Lepas ni boleh guna cara cuci muka yang betul kan :)

      Padam