Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Makan-makan di Jim at Lubok, Restoran Cantik Makanan Sedap

Restoran Jim at Lubok, Kuala Kangsar 


10 Januari yang lalu, merupakan ulangtahun hari kelahiran Mak. Banyak juga perancangan yang dibuat untuk sambutan itu. Menu yang nak dimasak pun dah disenaraikan. Tapi akhirnya tak buat pun semua itu hehe. Mai, adik-beradik dan abah ambil keputusan untuk makan-makan di Restoran Jim at Lubok.


Restoran Jim at Lubok terletak di Lubuk Merbau, Kuala Kangsar, Perak. Tempat Mai ni hehe. Restoran ini dibuka pada Oktober 2018. Ia menjadi tarikan pengunjung kerana keunikan rekaan restoran tersebut yang didirikan daripada kontena terpakai. Lebih cantik dilihat pada waktu malam kerana dihiasi lampu yang pastinya menarik perhatian sesiapa yang lalu didepannya.







Dekorasi restoran juga cantik dan kemas. Selesa nak menjamu selera. Juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan lain seperti wifi, surau dan tandas.

Kalau ke restoran, sudah pasti kita mengharapkan makanan yang disediakan sedap belaka. Yelah, kita dah bayar kan, mestilah nak yang sedap. Ya, makanan di Jim at Lubok tak menghampakan. Menu yang kami pesan setakat ini, semuanya sedap. Menu kegemaran Mai kalau ke restoran ini adalah Nasi Daging (sirloin) Jim @ Lubuk dan Nasi Kambing Bakar Jim @ Lubuk. Kedua-dua menu ini adalah menu utama di Jim at Lubok. Lagi satu, Nasi Goreng Nanas.

Ini antara menu yang kami pesan pada hari tersebut...

Nasi Kambing Bakar Jim @ Lubuk

Chicken Breast Grilled

Nasi Goreng USA

Nasi Goreng Nanas

Nasi Goreng Ayam

Nasi Goreng Pad Kra Pow Daing

Nasi Goreng Kampung

Garlic Bread & Mushroom Soup

Sup Ekor

Pelbagai minuman

Pelbagai menu disediakan.. masakan Melayu, Barat, sup, tomyam, ice blended, milkshake, smoothies dan macam-macam lagi pilihan. Sedap semuanya! Setakat ini, cepat je dapat makanan. Mungkin Mai datang bukan pada waktu puncaknya. Kalau waktu ramai pelanggan, mungkin agak lambat sikitlah dapat. Tapi InsyaAllah puas hati dengan makanannya.


Bab harga pula, bagi Mai ia berpatutan. Harga standard makanan restoran. Ada beberapa menu yang harganya atas RM10. Berbaloi harga dengan kesedapan makanan yang disediakan. Makanan tu kalau mahal tapi sedap.. tak kisah dah pasal harga kan. hehe

Boleh dikatakan hampir setiap hari ada saja pelanggannya yang datang. Pada hari minggu dan hari gaji, fuhh penuh kereta memenuhi ruangan letak kereta yang disediakan. Dibuka bermula jam 4.00 petang. Rabu mereka cuti, tapi tak pasti restoran ini cuti pada hari apa sebenarnya hihi. Boleh tanya mereka di page Facebook JIM at Lubok untuk dapatkan kepastian.

Kalau anda nak rasa makanan di Restoran Jim at Lubok, bolehlah datang ke Lubuk Merbau, Kuala Kangsar. Ada papan tanda besar, senang je nak cari sebab terletak di tepi jalan besar, jalan nak menuju ke Lenggong.


Ate.. jom le kome makan-makan kat sini...


6 ulasan for "Makan-makan di Jim at Lubok, Restoran Cantik Makanan Sedap"

  1. pergh!! Nasi kambing tu nampak sangat menyelerakan.. Bookmark siap-siap kat Maps Google..

    BalasPadam
  2. Sedap la nasi goreng kambing tu. Fav kite :) kalau ke sana boleh singgah

    BalasPadam
  3. Boleh singgah makan kat sini bila turun perak hehe

    BalasPadam
  4. boleh beno pegi bila balik bercuti ni

    BalasPadam
  5. nasi goreng pad kra pow daging tu mcm sedap.. terliur tgk

    BalasPadam