Puding Milo Lapis Oreo Mudah Disediakan





Resepi Puding Milo Lapis Oreo


Siapa suka Puding Milo Lapis Oreo angkat tangan sikit.. Sedapkan rasa puding ini. Ada rasa Milo, susu dan biskut Oreo. Kalau singgah bazar Ramadhan, nampak gerai yang jual puding. Memang terpikat dengan puding Oreo ini.

Puding Milo Lapis Oreo


Mudah saja cara membuat Puding Milo Lapis Oreo ini. Caranya sama saja seperti membuat Puding Coklat Vico Sedap Berlemak. Cuma adunannya perlu dibahagi dua untuk membentuk lapisan dan ditambah biskut Oreo. Sekejap saja dah siap. Jom buat puding sedap ini...

Puding Milo Lapis Oreo Sedap


Bahan-bahan:
10 gram serbuk agar-agar
750ml air
140 gram gula
1 tin susu cair
3/4 cawan serbuk Milo
1 bungkus (panjang) biskut oreo - dipatahkan, biarkan lapisan krim

Cara membuatnya:
  1. Di dalam periuk, masak serbuk agar-agar dan air sehingga larut.
  2. Masukkan gula dan masak sehingga gula larut.
  3. Masukkan susu cair dan kacau sehingga mendidih.
  4. Asingkan sama banyak kuantiti adunan kepada dua bahagian, satu adunan dibiarkan dalam periuk dan satu lagi diletakkan dalam bekas lain.
  5. Masukkan Milo ke dalam satu daripadanya dan kacau sehingga larut.
  6. Tuangkan adunan campuran Milo tadi ke dalam acuan. Biarkan sehingga permukaannya sedikit keras tapi jangan terlalu keras.
  7. Kemudian tuang dengan perlahan adunan putih. Tabur biskut Oreo di atasnya.
  8. Biarkan sejuk seketika, simpan di dalam peti sejuk.
  9. Sedia untuk dihidangkan.

Tips:
  • Untuk lapisan puding kekal bersama atas dan bawah, adunan pertama yang dimasukkan ke dalam acuan jangan dibiarkan sehingga keras. Kalau keras, adunan kedua tak melekat. Kalau keras, cakar permukaan yang pertama tadi dengan garfu. Kemudian tuang adunan seterusnya.
  • Milo boleh ditukar dengan Vico, serbuk coklat atau apa saja perisa kesukaan anda.

Puding Milo Lapis Oreo
Emmm.. sedapnya!


Catat Ulasan

7 Ulasan

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)