Air Fryer Toros Pro Chef Memudahkan Aktiviti Memasak
Air Fryer Toros Pro Chef Mudah Guna
Seperti yang kita tahu, kalori dalam makanan bergoreng adalah lebih tinggi daripada yang direbus atau dibakar. Alaaaa tapi.. makanan bergoreng sedap rasanya. Cara yang bagus untuk mengatasi masalah ini adalah dengan menggunakan air fryer. Goreng tanpa menggunakan minyak atau guna minyak dalam jumlah yang sangat sikit.
Cari punya cari, akhirnya jumpa dengan air fryer Toros Pro Chef keluaran Buffalo yang terkenal dengan peralatan memasaknya. Jatuh cinta pandang pertama dengan air fryer ni. Rupanya yang bulat dan unik dengan fungsi tersendiri, macam-macam jenis cara masakanseperti goreng, bakar, grill, kacau goreng dan panggang boleh dibuat menggunakannya.
Mai suka sangat dengan air fryer Toros Pro Chef. Hasil gorengannya sekata kerana ia boleh dicondongkan ke kiri atau kanan untuk menggoreng dan berlaku putaran bahan masakan di dalam ruangan menggoreng (pot). Ia dilengkapi dengan fungsi auto berputar yang membantu penyebaran haba supaya sekata.
Ia adalah teknologi pemanasan berputar 360. Teknologi pemanasan turbo yang unik ini adalah untuk menjana udara yang dipanaskan dengan cepat untuk memasak makanan dengan sedikit minyak atau tiada. Keunikan pot yang berputar dalam keadaan condong ini, membuatkan makanan dimasak sekata sama seperti menggoreng cara biasa.
Yang menariknya lagi, pot yang disediakan juga luas, Jadi, boleh masukkan banyak bahan dalam satu masa. Pot diperbuat daripada bahan berkualiti yang tidak membuatkan makanan melekat padanya serta mudah dicuci.
Cubaan pertama Mai menggunakan air fryer ini dengan menggoreng kentang. Mula-mula nak guna mestilah yang mudah kan hehe. Isi dalamnya juga masak sekata.
Mai juga masak sayur campur goreng sos tiram menggunakan mode ‘Stir-fry’. Masa dan suhu yang telah diset mengikut mode ini adalah 240°C dan 15 minit. Anda boleh je kurang atau tambahkan masa mengikut citarasa masing-masing. Kalau nak sayur rasa rangupnya, boleh kurangkan masa. Mai set 10 minit saja. Di bawah ini pula adalah cara memasaknya...
Mula-mula tumis bawang besar, bawang putih dan halia dan tutupkan penutup dan condongkan ke kanan. Bila dah berbau wangi, betulkan semula kepada kedudukan biasa (menegak), buka penutup dan masukkan sayur campur yang telah digaul dengan sos tiram. Semasa penutup dibuka, automatik pemanasan berhenti. Ia akan bermula sebaik saja penutup ditutup semula. Condongkan semula mesin tersebut dan biarkan sehingga masak mengikut masa yang telah ditetapkan sehingga berbunyi.
Ketika condong, jangan buka penutupnya. Buka setelah ia ditegakkan.
Dengan adanya penutup yang lutsinar, kita boleh pantau masakan yang berada di dalam mesin tersebut.
Selain itu, Kek Marble juga Mai buat menggunakan air fryer ini. Senang sangat. Pilih mode ‘Bake’, letak low rack di dalam pot. Kemudian letakkan loyang berisi adunan kek di atas low rack dan tutup penutup. Biarkan dalam keadaan biasa (menegak) dan tekan Start. Kalau nak periksa kek sama ada dah masak atau belum, boleh je buka penutup dan cucuk kek tersebut.
Nah.. cantik kejadian kek marble ini.
Beli Air Fryer Toros Pro Chef
Macam mana, teringin nak guna air fryer ni? hehe. Jangan risau, anda boleh membuat pembelian di Shopee ye, siap ada diskaun lagi untuk anda tau..
Beli di Shopee: http://bit.ly/TorosBlogger
Kod diskaun: BUFFTOROS
Harga biasa: RM 799
Selepas guna kod diskaun 40%: RM 479 ( Sehingga 15th September 2019)
Wah.. harga yang sangat berpatutan tu! Bila nak dapat lagi kan. Jangan terlepas peluang ini ya.
Memang seronok dapat guna air fryer Toros Pro Chef ini! Jom sihat dengan mengambil makanan sihat! Mulai sekarang bolehlah kurangkan makanan bergoreng yang tinggi kalori. Tapi kalau dah suka, goreng je tanpa minyak menggunakan Toros Pro Chef.. lagi bagus.
Banyak juga kegunaan air fryer ni ye Mai. Mahal tak hihi?
BalasPadamYa banyak :) Harga biasa RM799, tapi sekarang ni boleh dapat harga diskaun 40% tau. Jadi RM479 je... sangat berbaloi harganya
PadamTerima kasih bagitau ada produk sebegini. Insha ALLAH, lepas ini Naim akan cari satu untuk kegunaan harian di rumah. Semua nak cepat kan hehe
BalasPadamSama-sama ;) ya betul tu semua nak cepat dan mudah. Nak sihat pun dapat
Padamlepas ni makin mudah lah kerja-kerja kita kat dapur alang-alang sekarang ada diskaun 40% lagi jimatttt
BalasPadamInsyaAllah lagi cepat dan mudah ;)
PadamMudahnye mai kalau guna air fryer ni kan. Jimat masa. Masak kejap dan simple je. In sha allah nanti nak beli. Mesti rajin masak lepas ni. Hihi
BalasPadamBetul tu. InsyaAllah rajin2 hehe
PadamBaru ckp dgn hb ritu nak usha air fryer. Model ni unik mcm ufo bentuknya.. mungkin boleh consider juga
BalasPadamBolehlah usha dulu air fryer Toros Pro Chef ni ;)
Padambesar betul air frayer ni, boleh la goreng banyak sikit. paling penting tak payah dah guna minyak. kolestrol pun kurang sikit. sesuai la BBL beli untuk hadiah hari jadi mak nanti.
BalasPadamIye besar, puas masak gunanya. Boleh sangat tu buat hadiah ni ;)
Padammacam menarik je air fryer ni.. i kena dapatkan juga air fryer ni sebab tak larat dah nak beli minyak masak.. lepas tu kalau nak menggoreng perlukan minyak yang banyak i pula jenis bukan suka recycle minyak.. why not spend a bit for this at least lebih sihat kan... huhuu
BalasPadamBetul.. sekali beli boleh guna lama, apa salahnya berbelanja untuk benda baik kan ;)
Padamwahhhh nampak canggih betul air fryer nie. bentuk dia tak macam typical air fryer lain. fungsi dia mesti lagi best dan dahsyat
BalasPadamIya.. memang best guna ;)
PadamPerghhh terbaik la posting akak ni..dalam siap review product siap juga video kat youtube bagi membantu support posting akak ni ye, salute la kak.
BalasPadamboleh bagi pembaca lagi senang faham cara gunakannya kan :)
PadamLama dah teringin ni, memang kejadian lepas goreng takde minyak langsung tapi sangat rangup ye? Kagum baca review. Harga pon murah sangat tu banyak diskaun
BalasPadamIya.. nak buat kerepek pun boleh guna air fryer ni
PadamSekarang semua kaedah memasak yang semakin memudahkan semua orang. Untuk parents memang memudahkan sekiranya ada alatan begini - memudahkan dan mempercepatkan tugas penyediaan makanan kan
BalasPadamya ;)
Padamamboiiii comeyyyy sgt2 ni!! tak perlu masak pakai minyak tu sis paling suka... boleh jimatkan masa juga... eh bestlah... nk gi usha dekat lg kat toros punya fb la... kenan sgt
BalasPadamcomey kan ;) ok usha cepat-cepat tau
Padam1st time dgr nama brand toros pro chef ni.. unik la air fryer ni dan size pun besar. harga pun not bad sbb macam besar kapasitinya..
BalasPadamPerghh! Design dia! Nampak futuriatic habis ohh!
BalasPadamDari tak bernafsu nak pakai air frier, terus rasa nak-nak hahaha. Lawa yakmat.
Sy tgh guna airfryer Philips but i suka sgt kt design airfryer toros, especially control panel dia. siap boleh buat kek marble lg! thanks for sharing
BalasPadamAgak unik bila tengoknair fryer ni. Tapi masak guna air fryer selain daripada mudah ianya juga bagus untuk kesihatan
BalasPadamBetul sangat tu. Menyihatkan
PadamAirfryer ni dah macam bentuk robot yang dalam filem Star Wars bulat tu hehehe Geram lah nak juga ada satu kat rumah ni sangat memudahkan kerja memasak dan sihat...
BalasPadamNampak unik kan bentuknya? hehe. Elok sangatlah tu ;)
PadamMemang duk cari air fryer sebab nak start makan healthy & kurangkan makanan berminyak. Sekarang banyak menu dah boleh masak pakai air fryer kan.
BalasPadamYa betul. Banyak resepi boleh guna air fryer
Padammemang wishlist nih! tenkiu sharing!jimat masa nak survey!haha
BalasPadamsama-sama ;)
Padamjelesnya tengok ade airfryer ni..kita tengah cari airfryer ni..ni mcm best je
BalasPadambest wakkk... usha-usha dulu ye ;)
PadamBagusnya, nak kena beli satu ni
BalasPadamBoleh sangat ni.. jimat. Kurang guna minyak
PadamYa Allah! Senangnya ! Semua boleh dengam air fryer toros ni ! Terbaiklah! Buat kek pon blh ya? Mmg best!
BalasPadamIye macam-macam boleh buat dengan air fryer ni. Boleh buat kek juga ;)
Padampestime ngk air fryer cm nie.. hebat betul nie
BalasPadam