Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Kek Marble Tanpa Telur Guna Air Fryer

Resepi Kek Marble Guna Air Fryer Toros Pro Chef


Sedapnya kek marble... Gebu dan harum baunya. Dijamah pula dengan teh atau kopi panas. Memang sedap. Sebenarnya baru pertama kali Mai buat kek marble ini. Guna air fryer Toros Pro Chef je. Disebabkan terasa nak makan, terus cari resepi paling mudah di internet.

kek marble bakar
Ini hasilnya.. Kek Marble Tanpa Telur

Setelah buat carian di Google, maka dapatlah satu resepi kek marble tanpa telur. Guna bahan-bahan yang sedia ada di dapur je. Resepi kek ini sesuai bagi sesiapa yang mengalami alahan dengan telur. Walaupun tanpa telur, hasilnya tetap sedap, cantik, gebu dan wangi. Makan pada hari esoknya pun kek tetap sedap, lagi lembut.

Jom buat kek marble!

Kek Marble Tanpa Telur

Resepi asal daripada blog Fiza's Cooking
Diolah sedikit oleh Mai.

Bahan-bahan:

200gm tepung gandum
225gm gula kastor (kurangkan jika tidak suka manis)
3 sudu besar susu tepung
100gm mentega di cairkan (Mai guna Buttercup)
1 sudu teh pes pandan (Mai guna 1 sudu besar serbuk coklat dicairkan dengan sedikit air atau pes pilihan anda)
150ml air
1 sudu teh baking soda

Cara memasak:

1. Cairkan mentega, ketepikan dan biarkan sejuk.

2. Ayak tepung gandum ke dalam mangkuk besar. Masukkan juga baking soda, susu tepung dan gula kastor. Kacau dengan whisk hingga semua bahan bercampur.

3. Seterusnya masukkan air sambil dikacau dengan whisk dan masukkan pula mentega sambil di kacau lagi. Pastikan kacau sehingga gula hancur.

4. Bahagikan kepada dua adunan dan masukkan pes pandan (atau serbuk coklat) ke dalam salah satu dari adunan tersebut.

5. Tuang adunan berselang seli ke dalam loyang. Setelah siap tuang adunan, lorekkan corak di atasnya.

6. Bakar di dalam ketuhar dengan suhu 180 ⁰C selama 30 minit atau hingga masak. Mai guna air fryer Toros Pro Chef dengan suhu 160 ⁰C selama 30 minit. Kek ini juga boleh di kukus.

Gambar di bawah ini adalah air fryer Toros Pro Chef (klik untuk baca). Senang betul guna tau. Nak goreng ayam, ikan, daging, sayur, buat pizza, biskut, roti bakar, tart telur, popcorn, kek, nak panggang... guna je air fryer ni. Nak buat nasi goreng, mi goreng dan masakan bertumis juga boleh. Boleh je menumis dalam air fryer ini ye.

Air Fryer Toros Pro Chef
Air Fryer Toros Pro Chef



8 ulasan for "Kek Marble Tanpa Telur Guna Air Fryer"

  1. favorite cake ni, sedapnya. macam nak kena beli jer air fryer ni :p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap ;) beli jangan tak beli.. pelbagai fungsi lagi tu

      Padam
  2. Air Fryer Toros Pro Chef ni memang betul betul berguna. saya pun nak beli jugak lah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iye betul. Kagum saya dengan air fryer ni

      Padam
  3. Waalaikumussalam. InsyaAllah saya akan balas kunjungan

    BalasPadam
  4. First time saya tahu boleh buat kek marble guna air fryer.

    BalasPadam
  5. Menarik resepi ni Mai.. Boleh cuba suatu hari nanti..

    BalasPadam