Dapat Hadiah Selesema dan Batuk Akibat Jerebu

Jerebu di Malaysia


Kini jerebu sedang melanda Malaysia. Beberapa kawasan sudah mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat. Taburan hujan pula kurang pada waktu ini yang membuatkan keadaan jerebu di sesuatu tempat semakin menjadi-jadi.

Hari ini terasa sangat bau seperti asap. Pagi tadi lagi pekat baunya. Sampai pening dibuatnya. Nampak kelabu jugalah keadaan sekeliling. Walaupun tempat Mai tidak dikategorikan sebagai kawasan tidak sihat, tetapi masih terasa jerebunya.

jerebu, jerebu di Malaysia


Akibat jerebu, datang penyakit berkaitan dengan pernafasan seperti selesema dan batuk. Mai kena selesema dan batuk bermula dari minggu lepas lagi. Mula-mula batuk sedikit, kemudian makin kuat pula.

HOT: Doa Mengubati Anggota Tubuh yang Sakit

Apabila batuk mula berkurang, selesema pula datang sampai hidung pun tersumbat. Bagilah makanan paling sedap waktu terkena ini, tetap tiada rasa. Kesian kan.

Menurut media tempatan, jerebu ini datangnya daripada kebakaran besar yang berlaku di negara jiran. Nak tak nak, kita memang kena jaga kesihatan dan keselematan dalam keadaan berjerebu ini, lebih-lebih lagi ketika berada di luar rumah. 

Jangan lupa pakai mask serta bawa bekal air masak ke mana saja ye.


Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. Jerebu makin teruk ni..so kena banyak duduk dalam rumah..kalau kerja better guna mask..akak pun x keluar office, kalau kena keluar akak pakai mask..sesak nafas rasanya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye betul tu.. kalau keluar pakai je mask

      Padam
  2. kena minum air kosong banyak-banyak semoga Masalah jerebu segera beransur

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya.. air masak kena minum secukupnya dalam sehari. InsyaAllah amin

      Padam

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)