Top 5 Local Dishes You Must Check in Malaysia
Makanan Sedap di Malaysia
Top 5 Local Dishes You Must Check in Malaysia | Negara Malaysia terkenal dengan kepelbagaian kaum yang hidup dengan harmoni. Mempunyai pelbagai tempat pelancongan dan juga tempat bersejarah yang menarik. Yang paling menarik ialah makanannya. Malaysia juga dikenali sebagai syurga makanan.
Makanan tradisi apa yang sedap di Malaysia? Kalau diikutkan, memang banyak makanan yang sedap jika mahu disenaraikan. Bagi Mai, antara makanan top 5 yang para pelancong mesti rasa apabila berada di Malaysia adalah...
1. Rendang
Rendang sangat sinonim dengan Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha yang dimakan bersama lemang atau ketupat. Sama ada ayam, daging, ikan, udang atau kerang.. sesuai dibuat rendang. Ia juga menjadi hidangan kaum selain daripada Melayu. Apabila bercakap tentang rendang, teringat pula kata-kata juri rancangan masakan, MasterChef UK, yang mengatakan rendang ayam tidak crispy. Ya, rendang ayam tidak crispy. Isi ayam perlu empuk, barulah sedap dimakan bersama lemang, ketupat dan nasi. Sekali rasa, pasti mahu ulang makan berkali-kali 😁
![]() |
Rendang Pedas Ayam Foto: Facebook Zaky Mat Ali |
Terdapat pelbagai variasi rendang yang ada. Antaranya, rendang pedas, rendang tok, rendang serai, rendang minangkabau dan lain-lain lagi. Semuanya sedap serta memiliki tarikan dan keunikan tersendiri dari segi bahan-bahan yang digunakan juga cara menyediakannya.
2. Nasi Kerabu
Nasi biru atau kadang kala terdapat dalam warna kuning yang berasal dari negeri Che Siti Wan Kembang, Kelantan sering menjadi perhatian kerana warnanya yang menarik. Tarikannya bukan hanya terletak pada warnanya tetapi juga pada rasanya yang sedap. Lauk pilihan yang ada seperti ayam goreng, daging bakar atau ikan goreng. Dimakan pula dengan solok lada, keropok ikan goreng dan telur masin serta beberapa ulam-ulaman yang membangkitkan selera. Pasti teringat-ingat rasanya.
![]() |
Nasi Kerabu Foto: tasteatlas.com |
3. Laksa
Laksa oh laksa. Makanan berkuah isi ikan yang sedap ini sangat patut untuk dicuba. Terdapat beberapa jenis laksa yang boleh didapati di Malaysia. Ada laksa utara, asam laksa (laksa Penang), laksa Sarawak, laksa Johor, laksa Terengganu, laksa Kelantan, kari laksa dan laksam. Setiap jenis laksa memiliki keunikan yang tersendiri, dari segi pembuatan dan juga rasa.
![]() |
Laksa |
Lagi sedap kalau dapat makan laksa yang dibuat secara tradisional seperti Laksa Lubuk di Lubuk Merbau, Kuala Kangsar, Perak. Ia masih mengekalkan cara memasak zaman dahulu dengan menggunakan dapur kayu serta memproses mi laksa menggunakan 'kebuk' (acuan laksa) yang diperbuat daripada tembaga.
![]() |
Kaedah pembuatan laksa secara tradisional di Lubuk Merbau, Kuala Kangsar Foto: Bernama |
4. Cendol
Sedapnya menghirup cendol, lebih-lebih lagi ketika cuaca panas. Makan pula di gerai yang berdekatan sungai seperti di lembah Kuala Kangsar. Dibuai oleh angin sepoi-sepoi bahasa sambil melihat pemandangan yang menenangkan. Fuhhh.. memang mengasyikkan.
![]() |
Cendol |
Bahan-bahan utama dalam pembuatan cendol adalah jeli hijau tepung beras, santan, gula merah dan ais parut. Kesemua bahan dicampur dalam satu mangkuk, membuahkan rasa yang amat menyelerakan!
Kini cendol boleh didapati dalam pelbagai versi. Ada yang menambah bahan lain seperti pulut, jagung manis dan kacang merah. Lebih hebat lagi, ada tambahan durian pula dalam cendol. Nampak meriah cendol dengan pelbagai bahan yang pastinya menggamit selera.
5. Nasi Lemak
Salah satu makanan tradisi Melayu Malaysia yang terkenal, nasi lemak. Nasi yang dimasak dengan santan bagi menambah rasa lemaknya, simpulan daun pandan yang diletakkan bersama dalam nasi memberikan haruman yang mampu menggoda selera. Dimakan bersama sambal ikan bilis, telur rebus, timun dan kacang. Satu gabungan yang mantap! Kemudian dibalut pula dengan daun pisang.
![]() |
Nasi Lemak Foto: YouTube Che Nom |
Kini, nasi lemak dipelbagaikan lagi lauknya. Sambal ikan bilis digantikan dengan pelbagai lauk pilihan seperti sambal sotong, sambal udang, sambal kerang, sambal ikan masin, rendang ayam dan lain-lain lagi. Wow, sedapnya!
Memang mudah nak cari nasi lemak di Malaysia. Banyak restoran dan gerai kuih-muih tepi jalan yang menjualnya. Nak lagi mudah, order online je dengan Foodpanda yang menyediakan servis nasi lemak delivery ini. Tak perlu susah-susah buang masa dan petrol. Hanya klik-klik di hujung jari atau menelefon, makanan sampai terus di rumah.
Baru cerita sedikit tentang beberapa makanan top di Malaysia ini, sudah terasa di tekak keenakannya. Begitulah antara makanan tradisi top 5 di Malaysia. Memang syurga makanan sungguh Malaysia ni. Makanan untuk sarapan pagi, makan tengah hari, makan petang, makan malam.. semua ada disediakan di kebanyakan kedai makan.
Sambil jalan-jalan ke mana sahaja tempat di Malaysia, jangan lupa untuk mencuba macam-macam jenis makanan tradisinya dengan keunikan rasa tersendiri. Ia mungkin jadi kenangan yang tidak dapat dilupakan sepanjang masa.
extreme sangat gambar makanan atas nie . I is terliur . . . sedapnya semua . .
BalasPadamsedap... tetiba terliur nasi lemak ni hhahaha
BalasPadamSedap. Patutpun jadi top local dish kat Malaysia.
BalasPadampergh semua sedap belaka..semua pernah rasa..memng makanan tempatan yang popular. pertama kali namapk laksa dibuat secara tradisional tu
BalasPadamdone cuba semua. hehe. macam timbul idea nak review every meals ni yang best di kelantan lah. thankyou awak.
BalasPadamSemua dishes jat Malaysia sedap sedap tau. Rugi kalau tak cuba. Nak nak cendol tu minjm time panas, perghhh nikmat rasanya.
BalasPadamMalaysia ni syurga makanan. Semua makanan sedap-sedap.
BalasPadamSemua lima lima dari senarai ni favoirite makanan saya. Alahai lapar la pulak baca entry ni. Nk p cari nasi kerabu la
BalasPadamMemang semuanya saya sangat suka! Terliur baca artikel ni walaupun ditengah malam. Mana nak cari ya tengah2 malam ni hehe. :)
BalasPadamDalam banyak2 makann popular untuk setiap negeri.. Nasi kerabu je wawa xmakan.. Sbb mmg xdoyan.. Huhu
BalasPadamYess! Wajib semua tu. Pasni masukkan juga makanan Sabah, Sarawak serta dari rakan-rakan Cina, India serta Baba Nyonya juga ye.
BalasPadamTerliur tengok cendol pepagi nie haha
hahah sebagai rakyat malaysia, tahniah kepada diri sendiri sebab dah pernah cuba semua makanan ni and dah jadi makanan rutin harian hehe
BalasPadamlocal dish memang sedap/ dalam banyak banyak senarai kat atas tu saya pilih cendol. paling best makan tengah panas dengan pisang goreng. hehe
BalasPadamNasi kerabu is my favorite!! Living in Korea makes me appreciate malaysia's food more 😭
BalasPadamNasi lemak tu paling top. Rendang pulak lauk paling sedap :)
BalasPadamSemua makanan kat sini mmg sedap dan sht rekomen utk kita dan masyarakat luar cuba. Tq for the posting
BalasPadam