Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Resepi Kek Pisang Berangan Gebu, Sedap Pasti Menjadi

Kek Pisang Berangan Gebu


Sedapnya makan kek pisang dengan teh O tanpa gula atau kopi di petang hari. Kalau Mai, dengan air masak pun jadi dah hehe. Kek pisang merupakan salah satu kek kegemaran. Kali ini, Mai buat menggunakan pisang berangan. Memang sedap rasa kek pisang berangan, gebu lagi tu.


Kek Pisang Berangan Gebu


Sebelum ini Mai pernah buat menggunakan pisang emas. Lebih kurang saja rasanya tapi pisang berangan memberikan lebih umphh. Berbanding dengan menggunakan pisang emas, Mai lebih suka menggunakan pisang berangan kerana baunya lebih wangi dan rasanya lebih sedap.

Buat sendiri kek pisang, lebih puas hati sebab boleh diolah mengikut citarasa sendiri. Manisnya juga boleh dikurangkan. Yang penting, dapat menjimatkan wang kan? 😁

HOT: Resepi Kek Coklat Lembap Kukus

Cara nak membuat kek pisang berangan tidaklah rumit. Boleh dikatakan mudah saja. Kalau tiada oven untuk membakar kek, boleh gunakan pengukus. Kalau tiada mixer pula, boleh saja gunakan blender, atau jika terlebih rajin boleh gunakan tangan untuk memukul adunan.


Kek Pisang Berangan Gebu
Cantik kejadiannya kek pisang berangan ini


Untuk kek pisang berangan yang Mai buat ini, adunannya tidak dicampur dengan esen vanila sebab dah habis stok di rumah. Boleh terlupa pula nak beli 😆 Tapi rasanya tetap sedap ye. Wangi lagi tu.

Jom mula membuat kek pisang berangan!


Resepi Kek Pisang Berangan Gebu


Bahan-bahan:

4 biji pisang berangan masak - dilenyek menggunakan garfu
2 cawan tepung gandum *
3/4 sudu teh soda bikarbonat *
1 sudu teh serbuk penaik *
150 gram gula kastor - guna gula perang juga boleh. Anda boleh tambah atau kurangkan kuantiti, mengikut tahap kemanisan yang disukai masing-masing.
4 biji telur
1 cawan minyak jagung atau minyak masak
1 sudu teh esen vanila
1 biji pisang berangan masak - dihiris nipis untuk diletak atas permukaan kek sebagai hiasan

Yang bertanda * perlu diayak bersama


Cara membuatnya:

1. Panaskan ketuhar pada suhu 170⁰C.

2. Satukan gula kastor, telur, minyak jagung dan esen vanila dan pukul sehingga putih.

3. Masukkan pisang yang telah dilenyek dan kacau rata.

4. Kemudian, masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum yang telah diayak bersama soda bikarbonat dan serbuk penaik ke dalam adunan tadi. Kacau sebati dan pastikan adunan tidak berketul.

5. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu mentega atau dilapik dengan baking paper. Letakkan hirisan pisang berangan pada permukaan atas adunan.

6. Bakar dalam ketuhar pada suhu 170⁰C selama 50-60 minit atau sehingga masak (mengikut ketuhar masing-masing).

Kalau nak permukaan kek pisang nampak berkilat, sapu sedikit marjerin selepas siap dibakar.


Anda boleh tonton video ini untuk lebih lanjut tentang cara membuatnya...



Alhamdulillah, puas hati sangat sebab kek pisang berangan menjadi dengan jayanya.

Kek Pisang Berangan Gebu
Siap!

Sedapnya kek pisang berangan gebu ini! Sebab suka, mestilah sedap hehehe. Tapi betul, memang sedap rasanya. Kek pisang ini sesuai untuk pelbagai majlis dan acara. Nak buat jual juga boleh.

Jangan lupa cuba resepi mudah ini ya. Moh sambut tahun baru dengan kek pisang hihi


5 ulasan for "Resepi Kek Pisang Berangan Gebu, Sedap Pasti Menjadi"

  1. sedapnyaa..thanks sharing awakkk<3

    BalasPadam
  2. teringin nak buat tapi tu lah, anak2 dengan suami tak makan. sudahnya makan sorang2. haha

    BalasPadam
  3. Hamboi.. sedapnya kek pisang.. meh hantar sini semangkuk.. hehehe

    BalasPadam