13 Resepi Puding Buah-buahan yang Menyelerakan





Resepi Puding Buah-buahan Sedap



Siapa suka puding, tak kisahlah puding buah atau yang biasa.. angkat tangan sikit? Ok, kita sama 😁 Rasanya yang sedap dan manis secukup rasa membuatkan ramai jatuh cinta padanya kan hehe.

Lembut je puding apabila digigit. Lagi sedap dimakan ketika ia masih sejuk... lebih-lebih lagi pada waktu berbuka puasa. Fuhh.. sedap betul! Kini, resepi puding dipelbagaikan dengan ditambah pelbagai 'isi' seperti biskut, buah-buahan dan lain-lain lagi, ya.. sedap jadinya!

resepi puding buah

Disebabkan Mai suka dengan puding buah, di bawah ini ada disenaraikan 13 resepi puding buah untuk dicuba pada bila-bila masa atau akan datang.


1. Puding Buah Naga

Puding Buah Naga

Bahan:-
10 gram serbuk agar-agar
4 cawan air-
1 cawan gula (akak letak 3/4 cawan je, buah naga dah manis)
1 tin susu cair (400 ml)
2 tin buah pic (dipotong dadu) - *akak tukar 1 biji buah naga ungu - dipotong kecil
baki potongan buah naga - untuk hiasan jika suka

# - Akak hiris buah naga setebal 1 inci dan tekankan straw saiz besar untuk dapatkan bentuk potongan seperti dalam puding dan hiasan di atas.

Cara Membuat:-

Masukkan serbuk agar-agar, gula dan air ke dalam periuk dan masakkan sehingga mendidih. Tutupkan api.
Masukkan susu cair dan potongan buah pic/laici. Kacau rata.
Tuangkan ke dalam loyang yang telah dibasahkan dengan air terlebih dahulu.
Sejukkan di dalam peti.

Sumber: Dapur Anis


2. Puding Mangga Susu

Puding Mangga Susu

Bahan-bahan:

2 biji buah mangga (1 biji dipotong dadu, 1 biji dikisar utk puri)
2 kotak susu segar
8 sudu kecil serbuk agar-agar
100 gram gula
600 ml air

**sukatan air, gula & serbuk agar2 tu kena pandai2 adjust..ikut byk mana bekas uolll nk buat
**serbuk agar2 tu xde plak yg perisa asli...so dh nk wat puding mangga, kebetulan ada perisa mangga so bli yg tu la

Cara membuatnya:

1. Susu, serbuk agar-agar, air dan gula di masak dahulu di dlm periuk sehingga mendidih..kemudian tuang di dlm bekas kaca....1 biji buah mangga dipotong dadu.

2. Masukkan mangga yang dipotong dadu tadi ke dalam adunan agar-agar...biarkan sejuk seketika.

3. Tuangkan puri mangga perlahan-lahan ke atas adunan puding.

4. Sejukkan di dalam peti ais sebelum dihidangkan..

Sumber: MamaTisya


3. Puding Laici Tanpa Telur

Puding Laici Tanpa Telur

Bahan-bahan A:
37gm agar-agar stripe (agar-agar tali)
1.5 liter air
1 cawan gula
*1 tin laici – saya guna laici jenama Hosen, berat 565 grams
(* sirap laici di dalam tin dan ¾ daripada buah laici di dalam tin diasingkan untuk diblend bersama bahan B. ¼ buah laici lagi digunakan untuk hiasan)

Bahan-bahan B - diblend bersama sehingga hancur:

*1 tin sirap laici
*3/4 daripada buah laici di dalam tin
1 tin susu cair
1 cawan susu pekat

Cara-caranya:

1. Basuh agar-agar dan kemudian masak bersama air sehingga larut. Disarankan menggunakan air tapisan.
2. Selepas agar-agar larut, masukkan gula dan masak sehingga gula hancur dan sebati dengan agar-agar.
3. Kemudian masukkan bahan-bahan yang diblend tadi dan kacau rata. Gunakan api perlahan.
4. Apabila aduna telah mendidih, tutup api.
5. Sediakan loyang pilihan hati. Susun buah laici di dasar loyang mengikut kreativiti masing-masing. Kemudian dengan menggunakan senduk, tuangkan sedikit larutan agar-agar tadi di atas laici sehingga tenggelam sedikit. Masukkan di dalam peti ais selama 5 minit untuk agar-agar mengeras sedikit. Nak cepat keras letak di tempat freezer dalam 3 minit.
6. Keluarkan daripada peti ais dan tuang semua adunan agar-agar tadi di dalam acuan tadi. Biar ia sejuk sebentar di luar, baru dimasukkan di dalam peti ais. Elok dibiar semalaman di dalam peti ais. Esok pagi dah boleh makan. 


4. Puding Buah Peach

Puding Buah Peach

Bahan-Bahan :

10 gm serbuk agar-agar
1 tin Peach Slices in Syrup (Ayam Brand)
1 tin susu krimer sejat IDEAL
Air secukupnya (campurkan bersama syrup peach & susu krimer sejat menjadi 1 liter)
3 sudu makan gula pasir
Sedikit pewarna kuning telur

Cara-Cara :

1. Susunkan buah peach di dasar acuan agar-agar yang dibasahkan terlebih dahulu (untuk memudahkan agar-agar dikeluarkan dari acuan). Ketepikan.
2. Campurkan syrup peach bersama 1 tin susu krimer sejat dan tambahkan air sehingga mencapai sukatan 1 liter.
3. Masukkan campuran No. 2 tadi ke dalam periuk dan tambahkan serbuk agar-agar serta gula pasir dan titikkan pewarna kuning telur, kacau rata.
4. Masak sehingga mendidih. Kemudian tuangkan bahan yang dimasak ke dalam acuan agar-agar yang berisi susunan buah peach. Biarkan sejuk dan membeku.
5. Untuk rasa lebih enak, simpankan terlebih dahulu di dalam peti sejuk sebelum dinikmati...



5. Puding Kastard Buah-buahan

Puding Kastard Buah-buahan

Di dalam resepi ini kita perlukan 1 keping kek yang nipis bersaiz 7 inci
Anda boleh menggunakan apa sahaja resepi kek yang sesuai. Untuk resepi kali ini ita menggunakan resepi kek choc moist untuk lapisan dasar. Anda boleh dapatkan resepi kek di SINI
Resepi itu agak banyak untuk sukatan puding yang sedikit. Oleh itu anda hanya buat 1/2 daripada adunan kek tersebut sahaja.

Bahan 1
1 keping kek span coklat atau kek coklat lembab.

Bahan 2
6 gm agar-agar serbuk
2 cawan air
150 gm gula

200 ml susu cair
1/2 cawan tepung kastard
1 sudu teh esen vanills
secubit garam

1/2 tin buah-buahan dalam tin fruit coktail


Bila dah taburkan buah koktail kat atas puding tu tekan-tekan dia sikit biar dia terbenam sikit di dalam puding.
Biarkan puding sejuk di luar dahulu. Bila dah sejuk baru masuk peti ais dan biarkan ia dingin.
Kemudian barulah di potong dan di hidangkan.

Sumber: Azlita Aziz


6. Puding Cermin Buah

Puding Cermin Buah

Bahan-Bahan:

Agar-agar tali 25 g
Potongan buah
1¹/² cawan gula
1/2 tin susu cair
1500 ml air
Gula batu (tak nak letak pon takpe)
Loyang 9×9

Cara Buat:

1. Masak 1500 ml air bersama agar-agar tali hingga hancur. Masukkan gula dan gula batu biar hancur semua, jadi agar-agar jernih ye.

2. Masukkan sedikir agar-agar jernih ke dalam loyang biar penuh permukaan, sebelum tu basahkan sedikit dalam loyang tu.

3. Biarkan keras sedikit, susun buah yang telah dipotong. Masukkan sedikit lagi agar-agar jernih tadi hingga tengelam buah.

4. Biarkan keras seketika. Baki agar-agar jernih tadi masukkan dengan setengah tin susu cair.

5. Masukkan agar-agar campur susu tadi kedalam lapisan atas tadi secara perlahan hingga habis, guna senduk ye. Ok siap! biarkan sejuk hingga puding betul-betul keras.

6. Bila dah keras, sisipkan tepi loyang dengan pisau, letak papan kek ke permukaan loyang dan terbalikkan. Tekan tapak loyang sedikit nak bagi puding keluar.

7. Untuk potongan yang cantik, potong 6×6 36 pcs. Potongan dengan pisau tajam puding tidak berderai dan cantik sebab buah lembut dan puding keras elok.

Sumber: Schaa Basri (Facebook)


7. Trifle Choco Pudding

Trifle Choco Pudding

Bahan-bahan :
1 vanilla swiss roll - ikut suka,pandan pun sedap jgk ( potong 1/2 inci tebal dan potong 2 lagi pastu susun dlm bekas)
1 tin of fruit cocktail- sejatkan n simpan dia punya jus
1 1/4 packet of srawberry jelly (110g)-saya guna sekotak kristal jelly NONA perisa limau/oren
500 ml water
vanilla essence 

(A) mix together
4-5 sudu tepung kastard
4-5 sudu gula
225ml susu cair-masuk 1tin pun xpe
350ml air- 2cwn air 
-campur semua bhn kt atas n masak smpai kastard 2 masak
-mmg bila masak 2, mcm lembik sikit..tp bila dah sejuk nanti ok lah

Cara-cara:
-susun swiss roll yg dipotong ke dalam bekas.tuangkan jus koktel atas kek td hingga rata.agak2 sampai kek bleh serap jus 2,jgn sampai lebih jus plk.. nanti jd lembik.
-bila kastard dah masak,tuangkan atas kek td dan bleh sejukkan dulu dlm peti
-masak agar2 ( klu pakai kristal jelly NONA, ikut arahan masak kt belakang kotak je)
-kemudian tuangkan agar2 td ke atas kastard.
-susun kan buah2 koktel atas agar yg masih cair.

RICH CHOCOLATE PUDDING

Bahan-bahan:
1/2 cawan serbuk koko
1 awan gula
1/2 cawan susu tepung
1/2 sudu teh garam
4 1/4 cawan air
4 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar butter
1 paket serbuk agar2 (Tanpa perisa)

Cara-cara:
1. Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.
2. Masukkan butter, kacau hingga pekat.
3. Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yang disukai.



7. Puding Laici Ocean Blue

Puding Laici


RESEPI A ( Warna Biru)

1 paket agar-agar tali 18 gm
1 atau 2 tin laici/longan, saya guna dua tin
5 sb gula pasir
Sedikit pewarna biru
Biji selasih 1 paket kecil (di rendam)
2 cawan air biasa
3 cawan air dari tin laici (asingkan buahnya)

CARA-CARA
Basuh agar-agar
Masak bersama 2 cawan air, 3 cawan air laici
Gula pasir..masukkan sedikit pewarna biru
Masak sampai larut..kecil kan api
Basahkan loyang/acuan
Masukkan agar2 tadi
Susun..buah laici..hingga penuh dan tenggelam
Taburkan biji selasih yg dah kembang..
Sejukkan sebentar..biar keras sedikit
Sementar itu..masakkan agar-agar susu

BAHAN B
1 paket agar tali 18gm
Air biasa 3 cawan
Susu cair 1 tin
Gula pasir 5 sb
Sedikit esen vanila

CARA-CARA
Masakkan agar-agar bersama gula
Dan air hingga larut
Masukkan susu cair dan esen vanila
Masak sampai didih..kecil kan api
Kemudian
Bila agar-agar biru dah sedikit keras
Cakarkan permukaan dengan garpu..rata-rata
Masukkan agar-agar susu tadi.
Sejukkan hingga keras.
Baru keluarkan dari acuan.
Kalau nak mudah kena masak asing..agar-agar biru dan susu.

Sumber: Umi Madihah


8. Puding Nanas

Puding Nanas

Bahan-bahan diperlukan:
1 paket serbuk agar-agar (10 g)
1 liter air
1½ cawan gula kastor
1 cawan tepung kastard
1 tin susu cair (400 ml)
1 tin nanas dadu (Diasingkan air)
Beberapa biji ceri

Cara menyediakan dan memasak:
Masak serbuk agar-agar, air, dan gula kastor sehingga larut dan mendidih.
Masukkan air nanas yang sudah diasingkan.
Bancuh tepung kastard dan susu cair kemudian tapiskan. Masukkan ke dalam adunan agar-agar dan masakkan sehingga agak pekat.
Susun buah nanas dan ceri di dalam acuan.
Apabila agar-agar sudah masak, tuangkan ke dalam acuan yang mengandungi nanas dan ceri tadi.
Sejukkan di dalam peti sejuk. Sedia dihidangkan.



9. Puding Tembikai Susu

Puding Tembikai Susu

BAHAN A
5 gram agar2 tali (agar-agar biasa yang kering tu...)
660 ml air
5 helai daun pandan
70 gram gula putih
1 potong tembikai susu (dimesin halus tanpa air/ dilenyek halus)
(Jika mahukan sedikit warna, boleh lah diletakkan secalit lidi pewarna hijau. (kalau setitis terlalu hijau pula ya.. Jika tidak biarkan dengan pewarna asli saja)

BAHAN B
Sedikit buah-buahan cocktail

Cara-Cara Memasak-nya
1. Satukan agar-agar, gula, air dan daun pandan. Masak sehingga agar-agar dan gula larut, kemudian angkat dan tapis.
2. Masukkan kembali kedalam periuk, masukkan tembikai susu dan panaskan sedikit aja <> 5 minit dengan api perlahan.
3. Angkat dan tuang kedalam acuan
4. Sejukkan dalam peti sejuk <> 3 jam , dan taburkan buah-buahan sebelum dihidangkan.
10. Puding Kiwi

Puding Kiwi

Source : Citarasawan
By : Rita Candrasari

Bahan-bahan:

Lapisan Susu :
1 bks agar - agar putih / plain
450 ml susu cair
80 gr gula pasir
1/4 sdt garam
sedikit pasta jeruk lemon / pewarna makanan kuning muda

Lapisan Kiwi :
2 bks agar - agar putih / plain
3 buah kiwi yang besar ( blender hingga halus dengan 250 ml air )
750 ml air
175 gr gula pasir
1/2 sdt garam
sedikit pewarna makanan hijau apel

Hiasan : 2 buah kiwi belah jadi dua dan iris tipis - tipis

Cara membuat :
  1. Siapkan cetakan puding bentuk kaleng dan basahi dengan air
  2. Campur semua bahan lapisan susu dan masak hingga mendidih. Tuang ke dalam cetakan setinggi 1 cm dan biarkan agak beku. Tata irisan kiwi di atas agar - agar mengelilingi cetakan, tusuk - tusuk dengan garpu jika puding sudah mulai membeku.
  3. Campur semua bahan lapisan kiwi dan masak hingga mendidih. Tuang perlahan - lahan di atas lapisan agar - agar susu dan usahakan agar irisan kiwi tidak berubah. Masukkan ke dalam lemari pendingin supaya cepat membeku. Tusuk - tusuk dengan garpu.
  4. Panaskan sisa lapisan susu hingga mencair. Tuang di atas lapisan kiwi.
  5. Simpan di dalam lemari pendingin sebelum di hidangkan.
  6. Sisa puding lapisan kiwi, bisa di potong kotak kecil - kecil untuk hiasan puding.

11. Puding Strawberi

Puding Strawberi

Bahan-bahan:
• 25gm serbuk agar-agar
• 250ml susu cair
• 250ml air
• 5gm gula buah-buahan
• 100gm gula
• Hirisan buah strawberi | untuk hiasan

Cara menyediakannya:

1. Didihkan air bersama gula hingga hancur. Kacau rata.
2. Tuangkan susu cair.
3. Masukkan serbuk agar-agar, tutupkan api dan masukkan gula buah-buahan.
4. Setelah mendidih, angkat dan tuangkan ke dalam bekas. Sejukkan.

Sumber: Ibu Haziq


12. Puding Jeli Oren

Puding Jeli Oren

Bahan-bahan:

Lapisan Jernih

4 gm serbuk agar-agar
500 ml air
5 sudu besar gula (mengikut kemansian masing2)
sebiji oren (ambil jus nya dlm 50 ml)
sedikit pewarna kuning

Cara membuatnya:

Masukkan air, gula dan serbuk agar-agar didalam periuk
Setelah sebati masukkan perahan oren yang ditapis dan pewarna kuning ketepikan.


Lapisan Puding

4 gm serbuk agar-agar
200 ml air
300 ml susu
5 sudu besar gula (ikut kemanisan masing2)
sebiji oren (ambil jusnya dlm 50 ml)
Cara membuatnya:

Masukkan air, gula dan serbuk agar-agar didalam periuk.
Setelah sebati masukkan susu, perahan oren yang ditapis dan pewarna kuning.
Masak sekejap dan ketepikan.

Cara-cara untuk melapis:
Sediakan bekas yang sesuai.
Masukkan lapisan puding dahulu biarkan sejuk hingga lapisan tersebut keras kemudian masukkan lapisan jernih, buat kaedah yang sama sehingga habis.
Boleh la disimpan didalam peti ais sehingga benar2 keras
.
* Jika ingin dipotong sila kurangkan sukatan air bagi jelly, ini kerana jelly ini agak lembik.



13. Puding Nangka

Puding Nangka


Bahan-bahan A:
50 gram agar-agar tali
1500 ml air
1 tin nangka (jackfruit in syrup) – boleh dibeli di pasar raya
- Asingkan isi nangka daripada sirap.
- Isi nangka dipotong memanjang
- Sirap dimasukkan dalam bahan-bahan B
1 ¾ cawan gula
Pewarna hijau secukupnya

Bahan-bahan B (blend):
1 tin susu cair
100 ml santan pekat
3 sudu besar tepung kastard
1 tin nangka bersama sirap
Cara-caranya:
  1. Basuh agar-agar dan toskan.
  2. Masukkan agar-agar dalam periuk bersama air. Masak sehingga agar-agar larut.
  3. Kemudian masukkan gula dan masak hingga gula larut.
  4. Selepas itu tuangkan bahan-bahan B ke dalam agar-agar yang sedang dimasak dan dikacau sehingga sedikit likat. Gunakan api sederhana.
  5. Kacau selalu supaya tidak meruap dan tidak berketul. Kemudian bolehlah dipadamkan api.
  6. Ambil ¼ daripada larutan puding tadi dan campurkan dengan pewarna hijau. Ketepikan.
  7. Sediakan acuan. Susun potongan nangka di dasar acuan. Dengan menggunakan senduk, cedok larutan puding (warna asal), perlahan-lahan masukkan ke dalam acuan setakat menenggelamkan potongan buah nangka tadi. Masukkan ke dalam peti ais selama 3 minit (supaya potongan buah nangka tadi kekal di dasar acuan dan tidak beralih tempat).
  8. Selepas 3 minit keluarkan. Tuangkan larutan warna asal mengikut ketebalan yang sesuai. Masukkan ke dalam peti ais semula selama 3 minit. Keluarkan, dan tuang larutan warna hijau pula. Masukkan ke dalam peti ais semula. Akhir sekali tuang warna asal semula dan masukkan semula ke dalam peti sejuk sehingga puding betul-betul keras. Elok dibiarkan semalaman di dalam peti sejuk.



Begitulah antara pelbagai resepi puding buah yang menyegarkan. Cantik lagi tu. Memang sedap semuanya kan. Selamat mencuba ya!


Catat Komen

1 Ulasan

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)