-->

Kek Kurma Moist Tanpa Telur, Pasti Jadi





Kek Kurma Moist 



Sedapnya kek kurma moist tanpa telur dimakan waktu minum petang! Pekena pula dengan teh O atau kopi O kurang manis, memang mengancam. Sebelum ini, selalu buat kek pisang. Asyik yang sama je, jemu juga kan. Nak juga mencuba sesuatu yang berbeza. Maka, kali ini Mai buat kek kurma.

kek kurma moist
Kek kurma moist


Memandangkan stok kurma di rumah ada banyak, fikir punya fikir.. akhirnya nak buat kek kurma moist. Apa lagi, terus Mai cari resepi kek kurma di internet. Setelah diamati, Mai memilih untuk merujuk resepi yang dikongsikan di blog Dari Dapur Madihaa dan Mai oleh sedikit resepinya. Bahan-bahan yang diperlukan pula memang sedia ada di rumah.

Lagi satu, resepi kek kurma yang digunakan ini tidak menggunakan telur. Tapi hasilnya, kek tetap lembab. Gebu dan sedap lagi tu. Resepi ini sangat sesuai untuk sesiapa yang alah kepada telur.

Kek kurma ini Mai buat dengan menggunakan kurma ajwa. Suka sangat dengan kurma ajwa yang Mai dapat daripada Rihura Herbs ini. Buahnya segar dan baru, tidak diperam lama-lama. Isinya lembut saja. Senang kerja mengisar kurma ini untuk dibuat kek.

kurma ajwa
Kurma Ajwa Rihura Herb



Apa lagi.. jom buat kek kurma!


Resepi Kek Kurma Moist Tanpa Telur


Bahan-bahan:
(Untuk loyang bersaiz 6 inci)

17 biji kurma lembut bersaiz kecil,dibuang biji
1 cawan tepung gandum 
3/4 cawan susu UHT 
1/4 cawan gula perang  
1/2 cawan Buttercup cair/minyak sayuran 
1 sudu teh esen vanila 
1 sudu teh soda bikarbonat

Cara membuatnya:

1. Buah kurma dibuang biji. Kemudian, kisar kurma bersama susu UHT sehingga halus.
2. Masukkan bahan kisar tadi bersama gula perang ke dalam satu bekas. Gaul hingga sebati.
3. Masukkan tepung gandum dan baking soda yang diayak bersama, kemudian kacau sebati.
4. Tambah esen vanila dan digaul lagi sehingga sebati.
5. Setelah sebati, masukkan adunan ke dalam loyang yang telah disapu minyak atau mentega. Ratakan adunan di dalam loyang. Hiaskan permukaan adunan dengan hirisan buah kurma.
3. Sebelum membakar, panaskan oven pada suhu 180ºC selama 10 minit.
Masukkan loyang adunan ke dalam oven dan bakar pada suhu 180ºC selama 35 minit. Setalah siap dibakar, periksa kek dengan lidi. Kalau kek tak melekat pada lidi, tandanya sudah masak. 

Tonton video di bawah untuk melihat lebih jelas cara membuatnya:


*Abaikan 'double tap' dalam video ya.

Untuk membuat kek kurma ini, anda...

1. Boleh juga menggunakan kurma bersaiz besar tetapi kurangkan kuantitinya.
2. Jika suka kekacang, boleh masukkan ke dalam adunan kek.

Bagaimana? Senang kan cara untuk membuatnya. Kacau guna senduk saja pun sudah mencukupi. Asalkan bahan-bahan untuk membuat kek mencukupi, kek bolehlah dibuat. Anda juga boleh menggunakan air fryer untuk membakar kek ini.

Sedapnya... lembut dan moist je kek kurma ni

Mai suka dengan tekstur kek ini. Lembab dan lembut hasil kek kurma ini walaupun ia dibakar. Kalau anda nak rasa kek kurma moist, jangan lupa untuk mencuba resepi ini ya. Selamat mencuba!



Catat Komen

2 Ulasan

  1. waduh waduhhh rajinnyaaa kak maiii buat kek. kagum! hahaha. kalau masakan ayam atau daging kurma sedap, kek kurma pasti sedap! (macam tak kena je perbandingan kann hahahhaa).

    BalasPadam
  2. sedapnya ni, terasa2 di tekak ;)

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)