Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

20 Resepi Biskut Raya Mudah Disediakan, Pasti Jadi!

Resepi Biskut Raya Mudah Dibuat



Apabila tiba musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha, Mai pasti akan buat beberapa biskut raya mudah disediakan. Selalunya biskut ini tidak mengambil masa yang lama untuk disiapkan dan hasilnya InsyaAllah menjadi. Cornflakes Madu, Biskut Arab, dan beberapa biskut mudah disediakan yang lain, mesti tak tinggal untuk dibuat.

Biskut yang sering dihidangkan ketika musim perayaan, tidak semestinya hanya dibuat pada waktu itu sahaja. Bila-bila Mai teringin nak makan Biskut Red Velvet diluar musim perayaan, buat sendiri je. Asalkan ikut sukatan dan cara yang betul, InsyaAllah menjadi dengan jayanya.


resepi biskut raya mudah


Dibawah ini terdapat 20 resepi biskut raya mudah disediakan yang boleh kita hidangkan kepada tetamu pada hari raya nanti. 


1. Cornflakes Madu


Bahan-bahan:

1 kotak besar Cornflakes - beli Cornflakes secara online di sini  guna cornflakes yang ini best
1 cawan madu - beli madu di sini
1 cawan gula perang
125 gram mentega

Anda boleh tonton video ini untuk lihat cara membuatnya


Cara buat:

1. Masukkan gula perang dan mentega ke dalam kuali, kacau sebati sehingga cair.
2. Masukkan pula madu dan kacau sebati sehingga mendidih.
3. Tutup api, masukkan cornflakes dan kacau sebati.
4. Masukkan adunan cornflakes tadi ke dalam cup kecil.
5. Bakar dalam oven, suhu 150°C selama 10 minit (laras suhu dan amsa mengikut oven masing-masing)
6. Biarkan sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

* Kalau adunan madu ada lebih, boleh tambah lagi cornflakes.
* Topping terpulang mengikut kegemaranasing-masing.


2. Honey Butter Cornflakes Rangup


Bahan-bahan:

500 gram cornflakes - beli cornflakes secara online di sini
250 gram mentega
3 sudu besar susu pekat manis - beli susu pekat manis di sini
3 sudu besar madu - beli madu di sini
1 biji kuning telur
1/2 cawan gula halus (boleh tambah atau kurangkan)
Boleh tambah chocolate rice atau apa-apa hiasan yang sesuai jika mahu.

Anda boleh tonton video ini untuk lihat cara membuatnya

Cara membuatnya:

1. Pukul gula halus dan mentega menggunakan mixer sehingga kembang.
2. Kemudian, masukkan kuning telur, susu pekat manis dan madu.
3. Pukul lagi sehingga betul-betul kembang dan sebati.
4. Setelah adunan kembang dan sebati, masukkan cornflakes sedikit demi sedikit.Gaul rata dan sebati.
5. Apabila adunan sudah rata dan kena pada semua cornflakes, sudukan ke dalam cawan kertas.
6. Sementara itu, panaskan oven pada suhu 150⁰C selama 10 minit.
7. Bakar pada suhu 150⁰C selama 10 minit (suhu dan masa adjust mengikut oven masing-masing ya, jangan bakar sampai hangus pula. Cukup sampai rangup.)
8. Setelah siap dibaka, biarkan Honey Butter Cornflakes sejuk seketika. Kemudian, simpan dalam bekas kedap udara.


3. Cornflakes Meringue Cookies

Cornflakes Meringue Cookies

Bahan-bahan:

220gm Cornflakes
125gm Choc Chips - beli choc chips di sini 
150gm Gula Halus (kalau tak mau manis kurangkan kpd 130gm)
3 Biji Putih Telur
1-2 Sth Vanilla Esen
60gm Almond Sliced - beli almond sliced di sini

Cara membuatnya:

1. Pukul putih telur hingga kembang (soft peaks formed)
2. Masukkan gula sikit2 hingga habis
3. Pukul lagi hingga pekat dan kental - Bila terbalikkan mangkuk, putih telur tak jatuh.Lalu masukkan esen vanilla.
4. Kemudian masukkan cornflakes, choc chips & almond sliced. Gaul kaup balik hingga rata.
5. Masukkan ke dalam papercup. Bakar pada suhu 140-150'C selama 30-35 minit. (Ataupun hingga kekuningan) 

Sumber: Inahar's Cooking Time


4. Resepi Cornflakes Coklat Mudah dan Rangup Tanpa Bakar

Cornflakes Coklat

Bahan-bahan:

Milk compound chocolate (Beryl's) 250g - beli di sini
Cornflakes - 5 cawan (sukat yg belum diramas)
Buttercup - 1 sudu besar
Almond - 60g
Papercup

Cara membuatnya:

1. Cairkan coklat bersama butter, biarkan sejuk
2. Sangai almond hingga rangup
3. Ramas kasar cornflakes
4. Campurkan cornflakes, almond dan coklat, gaul rata
5. Masukkan ke dalam papercup menggunakan sudu
6. Biarkan sejuk atau masukkan ke dalam peti ais selama 5 minit
Siap!

Sumber: Ayue Idris


5. Chocolate Almond Cluster

almond cluster

Bahan-bahan:
500 gram badam hiris
500 gram milk chocolate coins - beli milk chocolate coins di sini

Hiasan (optional):
Edible gold dust - beli edible gold dust di sini
Edible gold sugar beads

Cara-cara membuatnya:

1. Sangai sekejap badam sehingga masak atau keperangan. Saya bakar sekejap dalam oven pada suhu 160'C, 15 - 20 minit. Bila dah masak, keluarkan dan biar sejuk sekejap.
2. Cairkan coklat dengan kaedah double boil. Bila dah cair, gabungkan dengan badam hiris tadi dalam satu bekas besar. Gaul rata.
3. Sediakan papercup, sudukan adunan badam coklat ke dalam papercup sehingga habis. Hias dengan edible gold dust dan gold sugar beads.
4. Masukkan ke dalam peti ais selama 2 - 3 minit untuk bekukan coklat. Keluarkan, dan simpan dalam balang pada suhu bilik, jauh dari cahaya matahari.

Tips:
Untuk elakkan adunan coklat badam membeku semasa proses menyudu ke dalam papercup, seeloknya badam dan coklat cair digaul dalam loyang, dan letak atas periuk berisi air panas (periuk double boil sebelumnya, jangan buka api - kita nak wap panas tu saje kena pada loyang).



6. Crunchy Chocolate Nestum

Crunchy Chocolate Nestum

Bahan-bahan:

500 gram Coklat Beryls
300 gram Nestum - beli Nestum di sini
40 gram kacang cincang

Cara membuatnya:

1. Panaskan coklat di dalam microwave atau guna kaedah double boil
2. Masukkan nestum dan kacang, gaul rata. Kemudian, masukkan ke dalam loyang 10x10 inci. Tekan padat.
3. Guna pembaris dan potong untuk dapat kan 100 keping. Masukkan dalam peti sejuk selama 8 minit.. 
4. Selepas dikeluarkan daripada peti sejuk, boleh dipatah-patahkan. Siap!

Sumber: Lyn Ab Rahman


7. Resepi Biskut Florentine @ Crunchy Caramel Almond Cookies Mudah

biskut florentine

Bahan-Bahan:

500 g Tepung Florentine - beli tepung florentine di sini
250 g badam keping (almond flake)
100 g kuaci
100 g biji labu
100 g walnut

ATAU

250 g Tepung Florentine
150 g badam keping (almond flake)
40 g kuaci
40 g biji labu
40 g walnut

Cara membuatnya:

1. Walnut dihancurkan kepada kecil-kecil. Nih memang kena buat sebab walnut kan datang dalam bentuk gedabak.
2. Gaul almond flake + kuaci + biji labu + walnut biar sekata di atas loyang.
3. Bakar campuran kekacang ni di dalam oven pada suhu 160C selama 5 minit.
4. Gaul semua kekacang yang telah dibakar semasa semua kekacang masih panas lagi bersama tepung Florentine di dalam satu bekas sehingga sebati.
5. Susun paper cup muffin cupcake di atas loyang (tak kisah loyang saiz apa asal muat dalam oven kita).
6. Masukkan satu sudu kecil penuh adunan di dalam setiap paper cup muffin cupcake dan ratakan. Jangan bumbun sangat sukatan tuh, hanya satu sudu kecil penuh sedang elok bagi memastikan biskut Florentine yang terhasil paling nipis.
7. Bakarkan adunan di dalam oven pada suhu 160C selama 10 - 15 minit (bergantung kepada jenis oven k asalkan tidak hangus. Mula-mula den bakar adunan pada 10 minit tapi nampak kurang golden warnanya, makanya den tambah lagi 5 minit).
8. Bila keluar dari oven, biar biskut Florentine sejuk sebelum diketuk keluar dari paper cup muffin cupcake tuh.
9. Tadaa…..dah siap dan boleh disimpan di dalam bekas kuih atau tupperware kedap udara.

Kelebihan guna paper cup muffin cupcake, memang mudahkan sebab:

1. adunan akan jadi sangat nipis
2. tak perlu risau adunan terlekat pada kertas minyak
3. senang ketuk keluar biskut Florentine yang telah dibakar dari paper cup muffin cupcake
4. tak perlu juga risau adunan terpecah kalau kita potong tak betul; dan
5. yang paling best adalah biskut Florentine menggunakan paper cup muffin cupcake ni akan jadi sama je bentuknya, bulat-bulat dan sama saiz.

Kena beli paper cup muffin cupcake yang tebal sebab boleh guna berulang kali. Paper cup muffin cupcake yang den guna ni bertahan selama 10 kali den bakar dalam oven. Sampai habis bakar semua adunan biskut Florentine ni, paper cup muffin cupcake tetap elok, tak koyak ke apa. Sampai buang kat tong sampah la elok lagi paper cup muffin cupcakenya tu.

Sumber: Bidasari


8. Biskut Oreo Cheesecake 5 Bahan, Sukatan Cawan

biskut oreo cheesecake

Bahan-bahan:

1/2 cawan mentega, dilembutkan
1/2 cawan cream cheese, dilembutkan
1/2 cawan gula putih atau gula perang atau campur sedikit kedua-duanya
1 + 1/3 cawan tepung gandum
18 keping biskut Oreo dihancurkan (asingkan krim, tidak perlu terlalu hancur) - beli biskur Oreo di sini

Anda boleh tonton video ini untuk lihat cara membuatnya

Cara membuatnya:

1. Pukul cream cheese, kemudian masukkan mentega dan pukul lagi.
2. Masukkan gula dan pukul sehingga sebati.
3. Masukkan tepung gandum dan pukul lagi.
4. Masukkan biskut Oreo yang telah dihancurkan ke dalam adunan tadi dan kaup balikkan adunan.
5. Rehatkan doh di dalam peti sejuk selama sejam.
6. Bulatkan atau sudukan doh ke atas dulang pembakar, bakar pada suhu 175⁰C selama 10-15 minit atau sehingga masak (mengikut oven masing-masing).
7. Biarkan sejuk seketika sebelum disimpan di dalam bekas.


9. Milo Crackers 3 Bahan

milo crackers



BAHAN-BAHAN:
1 pek biskut Marie
1/2 tin susu pekat manis (kalau suka manis boleh letak lebih)
1/2 cawan Milo/ serbuk Koko/ Vico

CARA-CARANYA:
1. Hancurkan biskut Marie menjadi ala-ala serbuk roti.
2. Masukkan Milo dan susu pekat manis. Tuang sedikit air panas supaya lebih sebati.
3. Gaul dan bentukkan ikut kesukaan.
4. Nak lebih menarik boleh juga salut dengan chocolate rice, nestum, kacang tumbuk dan sebagainya.
5. Kemudian masukkan dalam peti sejuk lebih kurang setengah jam. Boleh hidangkan.

Sumber: Nurasyikin Ali


10. Biskut Arab Susu Cair Di Mulut

biskut arab susu



Bahan-bahan:

1 tin kecil Ghee/minyak sapi (150 gram) - beli minyak sapi di sini
1/4 sudu teh garam halus
1 cawan susu tepung
1/4 cawan tepung jagung
2 cawan tepung gandum - beli tepung gandum di sini

Hiasan:

ceri merah /hijau cincang (optional)
3 sudu besar susu tepung
3 sudu besar gula icing

Cara membuatnya:

Dalam mangkuk, masukkan Ghee, garam halus dan susu tepung dahulu.
Kacau rata menggunakan senduk atau spatula.
Kemudian baru masukkan tepung jagung dan tepung gandum sedikit demi sedikit dan uli menggunakan tangan hingga doh tak melekat di tangan.
Oles dulang pembakar dengan mentega / alas dengan baking paper.
Bulat-bulatkan dan susun dalam dulang pembakar.
Jika ada ceri cincang boleh hiaskan atas biskut.
Bakar pada suhu 170℃ selama 15 minit atau sehingga bahagian bawah biskut sedikit garing.
Angkat dan sejukkan sebentar di atas redai sehingga biskut suam-suam kuku.

Untuk membuat coatingnya, campurkan susu tepung dan gula icing dan gaul rata.
Golekkan biskut ke dalam coating dan susun atas redai.
Simpan biskut dalam balang kedap udara selepas biskut betul-betul sejuk.

Bilangan Biskut : Anggaran 76 biji

Sumber: LYN'S HOMELICIOUS



11. Biskut Makmur

biskut makmur

Bahan-bahan:

Bahan untuk doh
500g tepung gandum
2/3 cawan gula icing
1 tin kecil minyak sapi

Paper cup

Bahan untuk inti
200g kacang tanah, digoreng tanpa minyak
3/4 cawan gula icing
1 sudu besar mentega kacang,optional.
Bahan untuk salut
Sedikit gula icing
.
Cara buat Penyediaan resepi biskut makmur
Sangai tepung gandum dalam kuali, kemudian ayak tepung bersama gula icing.
Gaul adunan bersama minyak sapi sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan doh yang lembut dan boleh diuli.
kemudian kisar kacang tanah dan campurkan bersama gula icing dan mentega kacang.
Sukat doh menggunakan satu sudu besar untuk pastikan mendapat biskut yang sama besar. Kemudian leperkan dan letakkan inti kacang di tengah.
Tutupkan inti dan buat bentuk membujur.Susun di atas loyang dan bakar selama 10-15 minit, suhu 150-160 darjah celcius. Biskut makmur mungkin agak lembut bila disentuh ketika masih panas.
Sejukkan biskut, salutkan dengan gula icing dan letakkan di dalam paper cup.
Sudah siap dan sedia untuk proses pembungkusan dalam balang dan bekas yang cantik serta kedap udara.




12. Biskut Sarang Semut. Sedap, Rangup dan Cair dimulut

biskut sarang semut


Bahan-bahan biskut sarang semut :

1 ketul buttercup 250gm
1 cawan gula icing
1/2 cawan tepung kastard - beli tepung kastard di sini
1/2 tepung jagung
3 cawan tepung gandum (kalau lembik, tambah tepung lagi)
1 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanila
Coklat urai (untuk hiasan)
Papercup

Cara-cara membuat doh biskut sarang semut :

1. Putar buttercup dan gula icing sehingga kembang.
2. Masukkan esen vanilla dan sebiji kuning telur. Putar lagi.
3. Masukkan tepung kastard dan tepung jagung. Gaul sehingga sebati.
4. Masukkan tepung jagung sikit demi sikit sehingga adunan menjadi doh.
5. Simpan doh tadi yang telah siap dibungkus dengan kain bersih didalam peti ais semalaman.
6. Setelah disimpan semalaman, parut doh tersebut menggunakan pemarut.
7. Sudukan doh yang diparut tadi kedalam papercup.
8. Taburkan coklat urai diatas parutan doh.
9. Bakar menggunakan api bawah selama 15 minit atau sehingga masak ( masa dan suhu laraskan mengikut oven masing-masing).



13. Biskut Jejari Oat Susu

biskut jejari oat susu

Bahan A
225 gm butter
125 gm gula kastor
1 biji kuning telor
1 sdt esen vanilla

Bahan B
20 gm tepung kastard - beli tepung kastard di sini
250 gm tepung gandum
75 gm tepung jagung - beli tepung jagung di sini
100 gm quaker oat atau roll oat (guna yang dalam tin merah)
2 sudu besar serbuk coco

Hiasan : 100 gm susu tepung + 20 gm icing sugar (ayakkan untuk bersatu)

Cara-cara
Putar gula dengan butter hingga sebati
Ayak bersama kesemua jenis tepung dan serbuk koko, masukkan oat.
Masukkan telur kuning dan vanilla ke dalam adunan butter tadi. Gaul rata dan masukkan tepung tadi dan uli sehingga sebati.
Canai adunan mengikut acuan kesukaan dan bakar (try le cari acuan macam jejari tu). Setelah biskut sejuk barulah di salut dengan susu tepung tadi (tapi Kak Raja salut mase biskut-biskut ni panas lagi takut tak melekat)

Nota:
Quaker oat (dalam tin merah ye) di sanggai dahulu sekejap agak2 perang untuk menghasilkan biskut yang lebih ranggup. Kak Raja kisar oat ni sampai halus.
100 gm susu tepung + 20 gm icing sugar, campur & ayak dahulu.



14. Semperit Susu 3 Bahan

semperit susu 3 bahan

Bahan:
125 gram butter
1/3 cawan susu pekat
2 cawan tepung jagung

Bahan hiasan:
Manik gula atau coklat cip

Cara:
1.Masukkan butter dan susu pekat.Adun dengan lembut menggunakan spatula atau senduk kayu.
2.Masukkan tepung jagung,uli hingga sebati dan adunan menjadi lembut dan licin tak melekat ditangan.tutup bekas supaya adunan tidak tetdedah pada angin.
3.Guna acuan semperit,tekan adunan hingga habis.letak manik hiasan.
4.Bakar suhu 150c selama 25-30 minit (laras suhu dan masa ikut oven masing-masing)

Sumber: Facebook Istimewa Dari Dapur Q'leena


15. Biskut German / German Cookies Warna-warni

biskut german

Bahan-Bahan :

250 gm pure butter ~ suhu bilik
80 gm gula aising
250 gm potato starch@tepung pati kentang
160 gm tepung kek atau superfine
Beberapa pewarna & perasa pilihan ~ jika nak biarkan pada warna asal, letakkan 1 sudu teh esen vanilla bila butter dan gula sudah dipukul kembang...

Cara membuatnya :

1. Panaskan oven pada suhu 160'C. Ayak tepung kek dan jua potato starch, ketepikan.
2. Ayak gula aising di dalam bekas lain.
3. Dalam bekas yang lain, pukul butter dan gula aising dengan mixer sehingga kembang.
4. Masukkan bahan kering tadi dan gula menggunakan senduk kayu/spatula sehingga menjadi adunan doh yang lembut, tidak melekat di tangan. (Tambah sedikit tepung kek jika adunan masih lembik).
5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titikkan sedikit pewarna dan perisa pilihan, uli rata sehingga mendapat warna yang dikehendaki.
6. Selepas itu balut setiap mangkuk adunan dengan plastik dan simpan di dalam peti sejuk selama 20 minit.
7. Keluarkan adunan, bulatkan menjadi bebola kecil lebih kurang 1 inci (saya sukat guna 1/2 sudu besar sudu) dan susun di atas baking tray yang telah dialas dengan baking paper.
8. Kemudian tekap setiap bebola dengan garfu untuk mendapatkan corak.
9. Bakar di dalam oven selama lebih kurang 15 minit sehingga masak. Sejukkan dahulu dan simpan di dalam bekas kedap udara.

Sumber: Zaralicious

16. Biskut Cornflakes Cip Coklat Rangup


Bahan-bahan:

250 gram mentega (Buttercup pun boleh)
120 gram gula kastor (boleh tambah atau kurangkan, mengikut citarasa masing-masing)
2 sudu teh esen vanila
2 biji kuning telur
160 gram cornflakes (diramas kasar) - Beli cornflakes online di sini
1 cawan cip coklat

Bahan-bahan yang perlu diayak:
210 gram tepung jagung
150 gram tepung gandum
1/2 sudu kecil serbuk penaik

Anda boleh tonton video ini untuk lihat cara membuatnya


Cara membuatnya:

1. Panaskan oven.
2. Putar mentega dan gula kastor sehingga kembang.
3. Masukkan telur kuning dan esen vanila, kacau sebati.
4. Masukkan cornflakes, bahan ayak tadi dan cip coklat. Kaup balikkan adunan.
5. Apabila sudah sebati, rehatkan doh dalam peti sejuk.
6. Ambil sesudu adunan, bulatkan dan golekkan ke dalam cornflakes yang diramas sedikit.
7. Letak di atas dulang pembakar yang telah disapu mentega.
8. Bakar pada suhu 170 ⁰C selama 25 minit menggunakan api atas bawah sehingga berwarna keemasan (suhu dan masa adjust mengikut oven masing-masing ya).
9. Biarkan sejuk seketika kemudian simpan dalam bekas kedap udara.


17. Biskut Chocolate Chip Sedap


Bahan-bahan:

250 gram mentega (guna Buttercup pun boleh)
220 gram gula perang
3 biji telur kuning
1 sudu teh esen vanila
350 gram tepung gandum
1/2 sudu teh garam
220 gram cip coklat

Anda boleh tonton video ini untuk lihat cara membuatnya


Cara membuatnya:

1. Pukul mentega dan gula perang hingga lembut.
2. Masukkan telur kuning perlahan-lahan kemudian masukkan esen vanila.
3. Masukkan garam, tepung dan cip coklat. Gaul dengan kaedah kaup balik sehingga sebati.
4. Rehatkan doh dalam peti sejuk selama sejam.
5. Kepalkan doh atau guna sudu, kemudian letak doh di atas dulang pembakar.
6. Panaskan oven pada suhu 175 ⁰C selama 10 minit.
7. Bakar selama 175 ⁰C dalam 10-15 minit (suhu dan masa mengikut oven masing-masing dan mengikut ketebalan dan saiz yang dibentuk).
8. Biarkan sejuk seketika kemudian simpan dalam bekas kedap udara.


18. Biskut Red Velvet Rangup

resepi biskut red velvet

Bahan-bahan:

200 gram mentega
100 gram gula perang
50 gram gula kastor
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila
250 gram tepung gandum (diayak)
20 gram serbuk koko (diayak)
Secubit garam
200 gram cip coklat
200 gram badam cincang - disangai sekejap
1 sudu teh pewarna merah atau emulco red velvet - beli emulco red velvet di sini

Anda boleh tonton video ini untuk lihat cara membuatnya

Cara membuatnya:

1. Pukul mentega, gula perang, gula kastor dan garam sehingga kembang dan putih.
2. Dalam satu bekas, campurkan pewarna merah dan esen vanila dengan telur. Kacau rata. Kemudian masukkan dalam adunan mentega tadi dan pukul lagi sehingga sebati.
3. Masukkan cip coklat dan badam cincang, kacau rata.
4. Masukkan campuran tepung yang telah diayak (tepung gandum dan serbuk koko diayak bersama) sedikit demi sedikit sehingga dapat adunan yang lembut.
5. Sudukan adunan mengikut saiz yang dikehendaki dan susun atas dulang pembakar.
6. Bakar dengan suhu 170 ⁰C selama 15-20 minit mengikut oven masing-masing.
7. Setelah siap dibakar, biarkan biskut sejuk dahulu kemudian simpan di dalam balang.


19. Biskut Kacang Tanah Tradisi

biskut kacang





Bahan-bahan:

140gm tepung gandum - diayak
125gm gula aising
130gm peanut butter
30gm tepung jagung
1/4 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh garam
1/2 sudu teh esen vanilla
100gm serbuk kacang tanah/kacang tanah digoreng tanpa minyak dan dikisar halus
200ml minyak jagung Mazola
Kacang tanah (digoreng & belah dua) secukupnya sebagai hiasan

Cara-cara:
  1. Pukul peanut butter dan gula aising hingga rata
  2. Masukkan tepung2, baking powder, garam, esen vanilla dan serbuk kacang tanah. Gaul rata
  3. Tuang sedikit-sedikit minyak jagung dan uli hingga menjadi doh
  4. Ambil 1 sudu teh adunan, gentel bulat (atau terap mengikut pilihan acuan masing-masing). Sapu dengan kuning telur dan letak kacang tanah di tengahnya
  5. Bakar pada suhu 140 deg cel selama 30 minit hingga masak
  6. Sejukkan dahulu sebelum disimpan dalan bekas kedap udara.
  7. Selamat mencuba.



20. Biskut Oat Cip Coklat


Bahan-bahan:

250 gram mentega (guna Buttercup pun boleh)
220 gram gula perang
3 biji telur kuning
1 sudu teh esen vanila
350 gram tepung gandum
1/2 sudu teh garam
70 gram rolled oat (disangai seketika)
100 gram cip coklat

Cara membuatnya:

1. Panaskan oven pada suhu 175 ⁰C.
2. Pukul mentega dan gula perang hingga lembut.
3. Masukkan telur kuning perlahan-lahan kemudian masukkan esen vanila.
4. Masukkan garam, tepung dan cip coklat. Gaul dengan kaedah kaup balik sehingga sebati.
5. Rehatkan doh dalam peti sejuk selama sejam.
6. Kepalkan doh atau guna sudu, kemudian letak doh di atas dulang pembakar.


Begitulah antara 20 respei biskut raya yang bagi Mai, mudah disediakan. Nak buat untuk raya boleh, nak buat bila-bila masa pun boleh. Selamat mencuba ;)


........

Untuk mencuba pelbagai resepi sedap yang lain, anda boleh join Channel Telegram Resepi Viral

Pelbagai info menarik yang lain ada di sini...

Info Ibu Hamil
Info Resepi
Info Motivasi
Malaysia Blogger Influencer & Content Writer


2 ulasan for "20 Resepi Biskut Raya Mudah Disediakan, Pasti Jadi!"

  1. bahang Ramadan dah terasa dan mood buat kuih raya pun dah ON bagi ramai mak-mak kan

    BalasPadam