Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Tempat Menarik di Langkawi Patut Dikunjungi Ketika Bercuti di Sana

Tempat menarik di Langkawi


Tempat Menarik di Langkawi Patut Dikunjungi Ketika Bercuti di Sana | Negara Malaysia kecil-kecil cili padi sahaja saiznya. Tapi tidak dinafikan, Malaysia mempunyai pelbagai tempat menarik yang mampu membuka mata pelancong sama ada dari dalam ataupun luar negara untuk mengunjunginya. Benar bukan? Boleh dikatakan setiap negeri di dalamnya memiliki tarikannya tersendiri. Salah satu lokasi percutian keluarga yang terkenal dalam negara dan sering menjadi pilihan pelancong adalah Langkawi yang terletak di negeri Kedah Darul Aman.

Dataran Lang

Apabila sebut sahaja tentang Langkawi, terus teringat tentang Tugu Lang yang gah berdiri di Dataran Lang. Mercu tanda Langkawi yang mudah diingati, menjadi tumpuan pelancong dari dalam atau luar negara. Jika datang ke Langkawi, tidak sah rasanya tanpa bergambar menyimpan kenangan berada di sini. Mengapa Langkawi menjadi pilihan ramai? Sudah pasti kerana terdapat banyak tempat menarik untuk dikunjungi di sana.

Langkawi bukan sahaja terkenal dengan banyaknya tempat menarik untuk dilawati dan keindahannya tetapi ia juga kaya dengan kisah sejarah dahulu kala. Misalnya Kota Mahsuri yang terletak di Kampung Mawar dan Beras Terbakar di Kampung Raja. Nama Mahsuri sudah mula didengari sejak dari bangku sekolah lagi tentang kisahnya yang difitnah dan dibunuh. Jika mahu mengetahui lebih mendalam tentang sejarahnya, Kota Mahsuri adalah destinasi terbaik untuk dilawati kerana di sini terletaknya Makam Mahsuri, replika rumah tradisional, pameran visual seperti muzium, melihat diorama silam & juga Telaga Mahsuri.

Kota Mahsuri, Beras Terbakar


Lagi satu tempat bersejarah yang terkenal, Beras Terbakar. Kisahnya berlaku ketika peperangan antara Langkawi dengan kerajaan Siam pada zaman dahulu kala. Kesan beras terbakar serta tapaknya dan sampel padi hitam akibat terbakar dapat dilihat di sini.

Setelah selesai lawatan ke tempat bersejarah, tenangkan minda dengan melihat pemandangan indah di Sky Bridge Langkawi. Masih ingat beberapa babak dalam filem Hindustan, Don yang dilakonkan di situ? Di jambatan pejalan kaki sepanjang 125 meter yang terletak di atas puncak Bukit Machinchang ini, keindahan Pulau Langkawi dan penorama disekelilingnya dapat dilihat dari sudut 360darjah. Pelancong perlu menaiki SkyCab atau kereta kabel untuk ke top station kemudian berjalan kaki atau boleh saja menaiki SkyGlide untuk sampai ke SkyBridge. Pasti ia satu pengalaman yang menyeronokkan!

Sky Bridge Langkawi
Sky Bridge Langkawi

Bercuti bersama keluarga sememangnya perkara yang seronok. Banyak destinasi yang sesuai dilawati untuk percutian keluarga di Langkawi. Di Underwater World Langkawi, kita dapat melihat pelbagai hidupan marin dengan lebih dekat. Langkawi Wildlife Park pula meyediakan pelbagai haiwan reptilia, mamalia dan ikan. Pengunjung juga berpeluang untuk memberi makan memegang beberapa spesis haiwan jinak. Taman Buaya Langkawi juga tidak ketinggalan untuk dilawati kerana ia pasti memberikan pengalaman hebat melihat buaya dengan lebih dekat.

Underwaterwold Langkawi

Apabila sudah berada di Langkawi, melakukan aktiviti di tepi pantai seperti berkelah dan mandi-manda tidak patut dilepaskan. Antara destinasi tepi pantai yang sering menjadi tumpuan pengunjung seperti Pantai Cenang, Pantai Tanjung Rhu, Pantai Pasir Tengorak, Pantai Tengah dan Pantai Pasir Hitam. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di situ. Semuanya memiliki keunikannya tersendiri. Jika mahu merasai ketenangan di dalam hutan pula, tidak salah jika menikmati Air Terjun Temurun dan Air Terjun Telaga Tujuh.

pantai terkenal Langkawi

Anda gemar merakam gambar? Apa kata ke 3D Art in Paradise Langkawi atau Upsido Langkawi Upside Down. Kalau nak tahu, 3D Art in Paradise Langkawi adalah muzium 3D terbesar di Malaysia. Pelbagai ilustrasi mural 3D menarik disediakan dan pengunjunag pasti teruja dengan hasil gambar yang dirakamkan. Menariknya Upsido Langkawi Upside Down pula, rumah terbalik ini menggunakan bahan kitar semula untuk menghasilkan hiasan yang kelihatan terbalik.

3d art langkawi

Bagi anda yang meminati seni, anda boleh ke Atma Alam Batik Art Village dan Kompleks Kraf Langkawi. Kain batik cantik pelbagai corak dan warna di Atma Alam Batik Art Village pasti membuatkan anda terpukau dan terus membelinya. Selain itu, pengunjung juga berpeluang untuk merasai pengalaman mencanting dan mewarna batik. Begitu juga dengan Kompleks Kraf Langkawi, sebuah destinasi beli belah yang menyediakan pelbagai hasil kraftangan penduduk setempat. Pengunjung juga berpeluang untuk mewarna batik dan belajar menyumpit di situ.

batik Langkawi

Seterusnya, minyak gamat di Nusantara Gamat. Minyak gamat sememangnya sinonim dengan Langkawi. Tidak sah rasanya jika ke Langkawi tapi tidak membawa pulang minyak gamat untuk kegunaan sendiri atau ole-ole untuk jiran tetangga. Di Nusantara Gamat, pengunjung boleh membeli minyak gamat dan pelbagai produk lain lagi. Kalau berani, anda juga boleh merasai pengalaman mencelup tangan ke dalam minyak gamat yang menggelegak.

Nusantara Gamat
Nusantara Gamat

Sudah puas melawat pelbagai tempat menarik di Langkawi, apa kata sambung lagi dengan aktiviti membeli-belah pula. Kalau sebut Langkawi, tempat membeli-belah dengan harga mampu milik yang terkenal yang menjadi kegilaan ramai pengunjung adalah Idaman Suri dan HIG Haji Ismail Group Langkawi. Kedua-dua tempat ini lebih kurang sama sahaja produk yang mereka jual iaitu barangan kelengkapan rumah dan dapur. Tetapi kelebihan pada HIG Haji Ismail Group adalah mereka menyediakan pelbagai jenis coklat dengan harga yang sangat berpatutan. Bolehlah dijadikan buah tangan untuk jiran nanti kan. 

tempat beli belah di Langkawi

Begitulah antara beberapa tempat menarik di Langkawi. Kalau diikutkan, banyak lagi yang ada di sana. Tapi nak lawat pelbagai tempat menarik ini mungkin memerlukan masa 2-3 hari di Langkawi kan? Jadi kena fikirkan juga tentang penginapan supaya tidak kelam kabut mencari apabila berada di sana nanti.

Sebelum nak ke sana, persiapan rapi mestilah dibuat terlebih dari segi pengangkutan dan penginapan supaya percutian lebih lancar tanpa sebarang gangguan. Untuk penginapan, kita boleh membuat tempahan awal dengan memilih sama ada homestay atau hotel.

Di Langkawi, memang banyak penginapan yang disediakan. Kalau mahukan pemandangan indah laut yang terbentang luas dengan tumbuhan menghijau, apa kata menginap di Berjaya Langkawi Resort. Tengok pada hotel promo pun menarik harga yang ditawarkan. Dengan pelbagai kemudahan yang disediakan, pasti ia tidak menghampakan anda.

Berjaya Langkawi Resort
Berjaya Langkawi Resort

Bagaimana, menarik kan Langkawi? Kalau belum pernah ke Langkawi, jangan lupa untuk masukkannya di dalam senarai destinasi percutian anda. Katakan YA untuk bercuti dalam Malaysia. Semoga percutian yang indah bakal anda kecapi! 


8 ulasan for "Tempat Menarik di Langkawi Patut Dikunjungi Ketika Bercuti di Sana"

  1. pi langkawi 3-4 kali dah tapi banyak lagi tempat xhabis melawat..insya allah ada rezki boleh ronda langkawi terjah tempat batik tu pula

    BalasPadam
  2. Lamanya tak ke Langkawi..ok next time gi kak min refer artikel ni so senang nak tau tempat2 menarik

    BalasPadam
  3. Waaahhhhhh bestnyaa. Boleh msuk listing ni. Memang planning pun nak ke sana nanti. Thanks sharing

    BalasPadam
  4. Langkawi memang wajib pergi setiap tahun, sebelum pandemik bermula... selepas pendemik baru sekali ke Langkawi tahun lepas... tempat best bercuti di Malaysia semua tempat yg dikongsikan dah pernah pergi

    BalasPadam
  5. Banyaknyer tmpt menarik.. akk lum pernah pegi lagi 😄

    BalasPadam
  6. Wahhhhh menarik betul lah Langkawi ni. Rasanya kalau kak pip sampai sana, kak pip nak layan mandi laut saja. Pantainya nampak sgt cantik. Mesti ada diving spot yang menarik ni. Eh tetiba rindu nak dive pula.

    BalasPadam
  7. Baguslah buat guideline melancong ke Langkawi macam ni.. mudah bagi yang jarang jejak Langkawi macam kak Net ni.. hihi

    BalasPadam
  8. pergi langkawi setakat 3 ari 2 malam mmg x puas! banyak betul tempat best. sis gi sana suka island hopping.. syok pusing2 pulau

    BalasPadam