Sabun Parrot Botanicals atau Popinjay Wangi Semerbak Menyegarkan Diri
Sabun Legend Popinjay atau Parrot Botanicals Berwajah Baharu
Bagi Mai, waktu mandi adalah salah satu waktu ‘me time’ . Waktu inilah tiada siapa yang akan mengganggu, boleh mandi dengan tenang. Lagi syok, mandi dengan sabun yang wangi seperti Popinjay atau Parrot Botanicals. Eh, tiba-tiba pula teringat kenangan waktu kecil. Masuk je bilik air rumah atok, mesti ada sabun ini.
Jom Kenal dengan Sabun Wangi Kebanggaan Thai
Maka, tidak hairanlah produk ini mendapat anugerah ‘The Pride of Thais’ . Produk premium Anugerah Thailand dalam Kategori Kecantikan dan Penjagaan Diri yang telah diberikan oleh kementerian perindustrian di sana.
Pelbagai Haruman dan Manfaat untuk Kulit
Sabun buku dan krim mandian Parrot Botanicals |
Sabun Buku Parrot Botanicals dengan Haruman Menyegarkan
Sabun buku ini didatangkan dalam tiga saiz dengan berat yang berbeza iaitu 55g, 70g dan 105g.
Thai Botanical & Herbs
Sabun buku bungkusan hijau ini adalah sabun Parrot Botanicals nombor satu jualan terlaris. Ia adalah wangian Thai Botanicals yang disertai dengan minyak bunga cengkih dan minyak Citronella.
Thai Botanical & Herbs |
Thai White Jasmine
Bungkusan sabun buku bewarna kuning ini berbau bunga jasmin Thai yang lembut. Ia mengandungi ekstrak asam jawa yang menyegarkan kulit.
Thai White Jasmine |
White Sakura
Bungkusan bewarna merah jambu cair ini memberi kelembutan kepada kulit dengan Sakura putih. Ia membantu mencerahkan serta memberi warna merah jambu semulajadi.
White Sakura |
Bungkusannya berwarna peach, sabun buku ini memberi kesegaran kepada kulit dengan Thanaka putih. Ia juga membantu untuk mencerahkan kulit dan wangiannya juga tahan lama pada kulit.
White Thanaka |
Sweet Pink Rose
Sabun buku dengan bungkusan merah jambu pekat beraroma mawar yang lembut. Ia membantu mencantikkan kulit dengan haruman mawar dan aloe vera.
Sweet Pink Rose |
Krim Mandian Parrot Botanicals Memberi Haruman Tahan Lama Pada Kulit
Selain daripada bentuk buku, sabun Parrot Botanicals juga menyediakan tiga jenis krim mandian yang menyegarkan antaranya Thai Botanical & Herbs, White Thanaka dan White Sakura.Krim mandian ini didatangkan dalam botol berpam 500ml. Ia mampu memberi wangian tahan lama pada kulit sehingga 8 jam. Wow!
Thai Botanical & Herbs
Botol bewarna hijau yang baunya lebih kurang sama dengan sabun buku bungkusan hijau. Ia adalah gabungan unik tumbuhan herba Thai yang menyegarkan kulit.
White Thanaka
Krim mandian botol berwarna seperti peach ini menyegarkan kulit dengan Thanaka putih untuk kelembutan dan wangian berpanjangan pada kulit.
White Sakura
Ia berbau bungaan lembut yang menyegarkan diri. Sama seperti sabun buku harumannya, ia memberi kelembutan kepada kulit dengan Sakura putih. Ia membantu mencerahkan serta memberi warna merah jambu semulajadi.
Tekstur krim mandian Parrot Botanicals |
Haruman Kegemaran
Untuk sabun buku, Mai lebih suka dengan haruman Sweet Pink Rose yang berbau bunga ros lembut dan menenangkan minda. Krim mandian pula, antara ketiga-tiga jenis tersebut, Mai suka White Sakura yang berbau bungaan lembut.
Kedua-dua sabun buku dan krim mandian, kaya dengan buih serta haruman tahan lama yang memberi kesegaran kepada minda dan tubuh badan.
Semua haruman sabun buku dan krim mandian Parrot Botanicals mempunyai keunikan tersendiri. Kalau anda ingin mencuba produk mandian ini, ia boleh didapati di kesemua hypermarket, supermarket dan pasar mini berdekatan anda. Ia juga boleh didapati secara online di platform Shopee >> https://shp.ee/2ydgcjj .
Jom segarkan diri dengan haruman sabun Thai Parrot Botanicals!
Untuk lebih lanjut tentang produk rangkaian Parrot Botanicals ini, anda boleh ke akaun media sosial di bawah ini...
Facebook : Parrot Natural Malaysia
Fuhhh.. Ini mmg legend habis niii... Lama betul x nmpk dlm pasaran!! 😮😮
BalasPadamsabun popinjay...dah lama tak dengar nama sabun ni.
BalasPadam