Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Skincare Tips Penjagaan Muka Terbaik 2023 - Supaya Kulit Muka Glowing dan Sihat, Hanya 1 Cara 2 Steps

Cara Menjaga Kulit Muka Agar Kekal Sihat


Kulit muka yang cantik dan sihat menjadi idaman setiap wanita, kaum lelaki juga tidak terkecuali. Apabila kulit sihat, barulah rasa lebih yakin untuk berhadapan dengan orang. Jadi, untuk mendapatkan kulit wajah seperti yang diidamkan, mestilah tahu best skincare tips penjagaan muka dan daily skin care routine nya yang perlu dilakukan setiap hari.

Ramai orang menyangka bahawa cara atau step penjagaan kulit muka yang betul perlu buat banyak langkah. Kalau mampu dan cukup masa untuk melakukannya, tidak menjadi masalah. Ada manfaatnya pada kulit.

Kalau ada masa yang terhad untuk memanjakan kulit, hanya dengan mengikut beberapa langkah sudah memadai. Yang utamanya, kesihatan badan serta gaya hidup sihat perlu diamalkan. Barulah kulit bersinar sihat dan produk penjagaan kulit lebih berkesan pada kulit wajah.

Tips Muka Glowing - Cara Mai Pakai Skincare


Macam Mai sendiri, step penjagaan muka paling mudah adalah seperti berikut:

1. Menggunakan penanggal solekan (jika memakai sunscreen atau bersolek sahaja)
2. Diikuti dengan membersih muka.
3. Kemudian memakai krim pelembap.
4. Akhir sekali, sapu sunscreen pada kulit muka.

Mudah bukan? Hanya empat langkah sahaja. Yang penting, menjimatkan masa. Kadangkala Mai juga memakai eye cream dan scrub.

tips penjagaan muka
Skincare terbaik untuk kulit berminyak dan kulit kering

Kepentingan Mengetahui Jenis Kulit


Sebelum itu, perkara utama yang perlu dititikberatkan dalam pemilihan best skincare products penjagaan kulit muka, kita mesti kenal dengan keadaan dan jenis kulit muka sendiri. Sama ada jenis kulit normal, kulit kering, kulit berminyak, kulit kombinasi atau kulit sensitif. Setelah mengenal pasti jenis kulit, barulah senang mencari produk yang sepadan dengan kulit wajah.

Kulit muka Mai adalah jenis normal. Namun, pada zon T (dahi, dagu dan hidung) adakalanya sedikit berminyak. Jadi Mai memilih pencuci muka (cleanser) dan krim pelembap muka (moisturizer) yang sesuai untuk semua jenis kulit muka.

Pilihan Mai sudah semestinya skincare terbaik Aloe AC Clean Bubble Cleanser dan Aqua Whitening Cream jenis moisturizer water based daripada Hansaegee Nature. Kedua-dua cleanser dan moisturizer yang bagus ini berkesan dan ngam dengan kulit muka Mai. Minyak pada kulit muka juga dapat dikawal dengan jayanya. Pendek kata, kedua- dua ini best skincare untuk kulit berminyak.

tips penjagaan muka
Skincare Terbaik Hansaegee Nature - Cleanser dan Moisturizer Jenis Water Based

Setiap hari Mai mesti akan pakai skincare, rasa seperti tidak lengkap hari tanpanya. Jika mahu kulit yang sihat dan cantik, kita perlu berusaha untuk mendapatkannya. Yang penting, produk yang digunakan adalah bebas daripada bahan yang berbahaya kepada kulit.

Misalnya pada hari Mai cuti, pelbagai aktiviti santai akan dilakukan untuk mengurangkan tekanan. Walaupun terasa penat tapi ia sangat memberi kesan yang bagus kepada tubuh badan.

Seperti biasa, setiap pagi Mai akan melakukan rutin penjagaan kulit walaupun pada hari cuti. Bermula dengan langkah pertama iaitu membersih muka menggunakan Aloe AC Clean Bubble Cleanser (pencuci muka aloe vera). Selepas itu, memakai moisturizer water based Aqua Whitening Cream daripada Hansaegee Nature. Akhir sekali, mengoles sunscreen SPF 50 secukupnya pada kulit muka.

Kemudian barulah Mai memulakan aktiviti di luar seperti berbasikal, berkebun, menyapu sampah dan lain-lain lagi. Setelah melakukan pelbagai aktiviti, kulit muka memang kurang berminyak. Kalau pakai makeup pula, akan jadi cantik sekata dan tidak bercapuk.

tips jaga kulit muka
Banyak buat aktiviti luar pun tidak risau. Tips penjagaan muka - pilih basic skincare yang bagus untuk kulit berminyak

Hansegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser, pembersih muka kaya buih (water based cleanser)


Kalau anda nak tahu, Aloe AC Clean Bubble Cleanser adalah pembersih buih gebu berair yang sangat lembut dan lembap. Ia tidak mengeringkan kulit muka. Malah kulit muka terasa lembap selepas menggunakannya. Ia adalah pencuci muka terbaik untuk semua jenis kulit termasuklah kulit berminyak, kering dan jenis kombinasi.

hansaegee nature

Setelah menggunakan pembersih muka ini, pengeluaran minyak pada T-zone (hidung dan dahi) tidak seperti sebelumnya, semakin berkurang. Kini, kulit muka rasa lebih segar dan selesa. Jadi, ia memang benar-benar mengawal pengeluaran minyak pada kulit muka.

Moisturizer Aqua Whitening Cream - Krim Pelembap Muka Siang dan Malam Terbaik!


Selesai mencuci muka, Mai menggunakan Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream Moisturizer. Teksturnya ringan dan berair, sebab ia moisturizer water based. Rasa seperti magic pula krim pelembap ini sebab apabila diurut pada kulit muka, akan muncul titisan air.

Kemudian, tepuk sedikit kulit muka supaya titisan air tadi lebih mudah menyerap. Bagusnya, ia tidak menyumbat liang pori. Kulit muka memang terasa segar serta tidak berminyak apabila menggunakannya. Pori besar pun dapat dikawal.

Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream Moisturizer
Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream Moisturizer

Untuk pengetahuan anda, Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream Moisturizer adalah berasaskan air. Bahan utama yang terkandung dalamnya adalah Niacinamide. Ia berfungsi untuk mengawal dan mengurangkan pengeluaran minyak berlebihan pada kulit muka.

Selain itu, Niacinamide juga bertindak untuk melindungi kulit muka daripada kerosakan yang disebabkan oleh sinaran ultraviolet (UV). Apabila skin barrier tidak rosak, kulit muka mendapat air yang cukup dan mengurangkan pengeluaran minyak.

Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream Moisturizer
Tekstur Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream Moisturizer

Hansaegee Nature
Moisturizer best! Muncul titisan air selepas disapu pada kulit.

Hansaegee Nature
Kulit muka terasa lembap dan glowing

Contohnya, Mai gemar berbasikal pada waktu lapang. Kadang kala berbasikal dalam cuaca panas. Kulit muka pun jadi merah-merah. Kulit muka kering dan berminyak dibuatnya. Apabila krim pelembap ini disapu pada kulit muka, memang terasa sejuknya. Suka sangat!

Cara Pakai Skincare dengan Betul - Cuci Muka dan Pakai Moisturizer Berapa Kali Sehari?


Untuk lebih berkesan, Mai menggunakan Aloe AC Clean Bubble Cleanser dan Aqua Whitening Cream Moisturizer ini dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam sebelum tidur. Bangun pagi pada keesokan harinya pasti kulit muka terasa segar dan kurang berminyak, yang penting kulit nampak glowing dan smooth! Inilah salah satu tips muka glowing.

Tak kiralah nak buat aktiviti apa sekalipun, wajib pastikan rutin penjagaan kulit muka dilakukan setiap hari. Barulah boleh dapat kulit sihat dan glowing ;)


Untuk lebih banyak informasi tentang Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream Moisturizer dan jika berminat untuk mencubanya, anda boleh ke laman-laman seperti yang tertera di bawah ini:

Laman web: www.hansaegee.com/shop
IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/
FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature
Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia



Catat Ulasan for "Skincare Tips Penjagaan Muka Terbaik 2023 - Supaya Kulit Muka Glowing dan Sihat, Hanya 1 Cara 2 Steps"