Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Pencuci Muka untuk Kulit Berminyak dan Sensitif - Semestinya Pencuci Muka Aloe Vera Terbaik dari Hansaegee Nature

Pencuci Muka Hansaegee Nature Aloe Vera Terbaik 


Mencuci muka adalah salah satu langkah penting dalam rutin penjagaan kulit wajah. Sudah pasti tujuannya untuk membersihkan sisa kotoran, solekan serta bakteria. Bakteria yang terkumpul pada permukaan kulit muka tanpa kita sedar, akan membuatkan kulit muka tidak sihat. Jadi, rutin penting ini wajib diamalkan setiap hari. Apabila kulit muka bersih, barulah produk penjagaan kulit dapat menyerap dengan baik pada kulit muka.

Punca Kulit Berminyak

Bercerita tentang pencuci muka, pening juga nak buat pilihan. Risau tidak serasi dengan kulit muka. Kulit muka Mai jenis normal. Namun adakalanya berminyak juga tetapi dalam kadar yang sedikit sahaja. Contohnya, bila bangun tidur atau ketika melakukan kerja seperti memasak atau bersukan, pasti kulit muka akan sedikit berminyak. Selalunya di bahagian dahi dan hidung.

Apabila kulit muka berminyak, rasa tidak selesa pula. Pening juga nak pilih pencuci muka yang sesuai dengan kulit muka sendiri. Setelah kawan mencadangkan satu produk pencuci muka aloe vera, terasa mahu mencubanya pula.

Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser
Pencuci muka terbaik

Pencuci muka tersebut adalah Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser. Syukur.. masalah kulit berminyak semakin berkurang setelah menggunakannya. Kulit muka terasa segar apabila bangun pagi.

Pilih Pencuci Muka yang Sesuai

Jika mahu mencari pencuci muka, pilihlah mengikut jenis kulit muka masing-masing. Barulah produk tersebut dapat memberi kesan yang baik. Contohnya, jika kulit muka berminyak maka pencuci muka yang dapat mengurangkan minyak perlu digunakan.

Kalau risau tersalah pilih pembersih muka, gunakan sahaja Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser. Ia sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah kulit berminyak, kering dan jenis kombinasi.

Pencuci Muka Berbuih Lembut yang Gebu

Kalau anda nak tahu, Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble cleanser ini akan keluar dalam bentuk buih gebu yang lembut setelah pam ditekan. Apabila ia keluar dalam bentuk foam, kita tidak lagi perlu menggosok cecair pembersih muka dengan kedua-dua tapak tangan sebelum ratakan pada muka. Boleh terus diratakan pada kulit muka. Jimat masa bukan.

Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble cleanser
Buih yang gebu dan lembut

Pencuci muka water based ini membersihkan pori-pori pada kulit muka secara mendalam. Sudah pasti ia mampu membersihkan sebum berlebihan serta mengawal pengeluaran minyak. Pada masa yang sama, ia melembapkan kulit muka. Jadi, ia sangat sesuai digunakan untuk semua jenis kulit muka termasuk masalah jerawat, berminyak dan sensitif.

Pembersih Muka Buih Halus yang Tidak Mengeringkan Kulit

Ya, Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser tidak mengeringkan dan membuat kulit muka terasa tegang. Malah kulit muka terasa lembap selepas menggunakannya. Ia adalah pembersih buih berair yang sangat lembut dan lembap.

Ia juga tidak membuatkan kulit muka terasa gatal. Jadi, ia sesuai digunakan pada kulit sensitif.

Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser
Pencuci muka buih berair yang sangat lembut dan lembap

Boleh Menghilangkan Kesan Solekan dengan Baik

Selain daripada berupaya mengurangkan pengeluaran minyak pada kulit muka, pencuci muka ini juga mampu menghilangkan kesan solekan dengan baik sekali. Jom tengok hasilnya di bawah ini …

Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser

Bahan Utama Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser

Untuk pengetahuan anda, bahan utama yang terkandung dalam pencuci muka ini adalah Aloe Vera dan Tea Tree Oil. Baunya ringan dan semula jadi. Ia sangat bagus untuk kulit muka terutamanya yang mengalami masalah jerawat dan berminyak.

Cara Penggunaan Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser

Mudah sahaja cara untuk menggunakannya. Jom ikuti cara di bawah ini:

Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser

1. Mula-mula, basahkan tapak tangan dan muka dengan air.

2. Kemudian, tekan pam sehingga buih lembut keluar secukupnya pada tapak tangan.

3. Selepas itu, ratakan pada kulit muka. Seterusnya, urut dengan lembut. Buih akan kelihatan semakin banyak apabila diurut.

4. Bilas dengan air dan lap dengan tuala muka.

Cuci muka berapa kali sehari?

Sebaiknya cuci dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam sebelum tidur untuk mendapatkan kesan seperti yang diharapkan.

Pengalaman Menggunakan Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser, Berkesan Mengurangkan Minyak pada Kulit Muka!

Kulit muka Mai kadangkala terasa sedikit berminyak pada bahagian T-zone iaitu hidung dan dahi. Lebih-lebih lagi selepas bersukan atau memasak.

Rasa tidak selesa pula dengan keadaan begini. Disebabkan perkara ini, Mai memilih untuk mencuba Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser untuk mengurangkan sebum atau minyak berlebihan pada kulit muka.

Mai dapat merasakan perubahan positif pada kulit muka setelah menggunakannya. Sebelum ini, apabila bangun pagi, T-zone kelihatan berkilat kerana sedikit berminyak.

Kini, pengeluaran minyak pada T-zone semakin berkurang. Kulit muka rasa lebih segar dan selesa. Jadi, ia sememangnya pencuci muka terbaik yang dapat mengawal pengeluaran minyak pada kulit muka. Jerawat pula seperti “malu-malu” mahu tumbuh pada kulit muka.

Bersyukur rasanya apabila berjumpa dengan pencuci muka yang ngam dengan kulit sendiri. Kepada kalian yang sedang mencari pencuci muka untuk kulit berminyak atau sensitif, cuba Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser. Pasti puas hati dengan hasilnya.

Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser


Untuk lebih banyak informasi tentang Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser dan jika berminat untuk mencubanya, anda boleh ke laman-laman yang tertera seperti di bawah ini.

Website: www.hansaegee.com/shop
IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/
FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature
Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia

Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser

Catat Ulasan for "Pencuci Muka untuk Kulit Berminyak dan Sensitif - Semestinya Pencuci Muka Aloe Vera Terbaik dari Hansaegee Nature"