Resepi | Popia Nestum Rangup dan Sedap

Popia Nestum Rangup dan Sedap

Popia nestum yang rangup dan sedap ini sesuai dimakan bila-bila sahaja. Popia nestum ni juga popular masa hari raya. Antara kuih raya yang mudah dan senang disediakan. Kalau jual, cecah hingga RM15 untuk satu balang kecil. Agak mahal harganya. Jadi, apa kata kita buat sendiri popia nestum ni untuk lebih jimat.

Popia Nestum

Popia Nestum Rangup dan Sedap

Bahan-bahan yang diperlukan:

1 bungkus kulit popia
1 cawan Nestum (Dikisar halus)
1/2 cawan Horlicks
1/2 cawan gula castor
Lidi satay atau chopstick ( Untuk menggulung, kalau takda takpe)
2 sudu besar tepung gandum dicampur sedikit air (Sebagai pelekat)
Minyak masak (Untuk menggoreng)

Cara-cara membuatnya:

1. Gulung kulit popia dengan menggunakan lidi satay atau chopstick (supaya mudah gulung, kalau taknak guna pun takpe). Tinggalkan sedikit hujung kulit popia untuk dilekatkan dengan bancuhan tepung gandum. Buat sehingga habis.

* Semasa menggulung kulit popia, pastikan nampak lubangnya. Jika terlalu rapat, kena goreng lama supaya bahagian dalam gulungan kulit popia tu masak.

* Tutup bekas berisi kulit popia dengan kain lembab untuk mengekalkan kelembapan (supaya senang gulung dan dipotong)

2. Kulit popia yang telah siap digulung, dipotong serong menggunakan gunting.

3. Goreng kulit popia dengan api sederhana sehingga garing, kacau rata supaya tidak ada yang hangus. Angkat dan toskan.

4. Biarkan kulit popia yang telah siap digoreng sejuk seketika. Apabila sudah sejuk, tabur Nestum, Horlicks dan gula kastor ke atas kulit popia. Gaul rata agar semua kulit popia disaluti bahan-bahan tersebut. Simpan dalam bekas kedap udara.

Siap!

Popia Nestum
Ini hasilnya. saya buat sendiri je. Boleh dapat banyak


Resepi | Popia Nestum Rangup dan Sedap Resepi | Popia Nestum Rangup dan Sedap Reviewed by Maisarah Humaira on Julai 14, 2015 Rating: 5

18 ulasan:

  1. adik khaty buat sebalang besar,tak sampai 1 jam lepas buka puasa dah tinggal separuh

    BalasPadam
  2. menarik! nak cubalah resepi ni :)

    BalasPadam
  3. Iyalah, mudah saja cara membuatnya. Bila beli kemain mahal harga tu..

    BalasPadam
  4. Wah, ni boleh jadi next prject ngan anak2 :-)

    BalasPadam
  5. Sebungkus kulit popiah boleh hasilkan banyak mana popiah nestum??

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh hasilkan sebalang..mcm balang tinggi atas tu

      Padam
  6. Boleh tahan berapa lama agk2 popia yg dh siap nie...nak dijadikan goodies nnty...

    BalasPadam
  7. Wahh..memang sedap buat kunyil2 sambil study @ tengok tv ni. Terima kasih share resepi =)

    BalasPadam
  8. Saya dah cuba semalam.. sedap.. suami dan anak pun suka makan..

    BalasPadam
  9. nk gulung serong atau tegak aje ye..

    BalasPadam
    Balasan
    1. gulung tegak..masa potong tu gunting serong

      Padam
  10. Nak Tanya boleh simpan berapa lama.ingat nak buat goodies nati...😃

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh tahan agak lama jugak. dlm sebulan mcm tu. tp pastikan simpan dlm bekas kedap udara

      Padam
  11. Faveret ni. Kalau mkn mmg xsedar hbs sebalang! :))

    BalasPadam
  12. memang sedap sangat ni sis... kalau dh makan harus x sedar satu balang nak habis... agaknya berapa kos nak buat tu sis

    BalasPadam
    Balasan
    1. kosnya RM20+ boleh dapat sebalang besar dan tinggi macam gambar atas tu :) untung sangat

      Padam

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)

Dikuasakan oleh Blogger.