Kehebatan Doa Keluar Rumah - MaisarahSidi.com

KLIK> Daftar Percuma Narratrs - Jana Income USD Menerusi Instagram

11 September 2015

Kehebatan Doa Keluar Rumah

Kehebatan Doa Keluar Rumah

Apabila anda hendak keluar rumah, apa yang anda akan lakukan? Adakah anda keluar begitu saja? Keluar rumah dengan kelam kabut demi mengejar masa? Adakah anda memikirkan tentang keselamatan diri sendiri sebelum keluar rumah? 

doa keluar rumah, pintu
Kredit gambar: wikihow
Nak keluar rumah pun ada adab-adabnya, jangan main redah je. Antara adab-adab keluar rumah seperti yang dianjurkan dalam Islam:

1. Membaca doa bila hendak keluar daripada rumah.

2. Sunnah berikutnya adalah mendahulukan kaki kiri ketika keluar rumah, serta memberi salam kepada keluarga. Sebelum keluar rumah hendaknya menentukan niat dan tujuan, serta memastikan barang bawaan tidak ada yang tertinggal.

3. Kaum perempuan yang hendak keluar rumah harus meneliti perkara berikut:

* Tidak diperkenankan memakai wangi-wangian, menutup aurat dengan sempurna.
* Selain itu, haram bagi wanita berpergian tanpa izin orang tua atau suami dan dilarang berpergian sampai tiga hari tanpa disertai mahramnya.

Diriwayatkan dari Abu Said al-Khudri ra katanya: Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Haram bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhirat bermusafir, di mana perjalanannya melebihi dari tiga hari melainkan bersama ayah, anak lelaki, suami, saudara lelaki atau siapa sahaja mahramnya yang lain.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kehebatan Doa Keluar Rumah

Lihat sahaja senarai adab-adab keluar rumah, membaca doa adalah yang pertama. Ini bermakna membaca doa penting. Setiap pekerjaan yang dilakukan, mulakan dengan nama Allah dan berdoa memohon perlindungannya.

Dari Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu bahawa Baginda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Jika seseorang keluar dari rumahnya lalu membaca doa:

Bismillahi tawakkaltu ‘alallah, walaa haula wala quwwata illa billah

(Dengan nama Allah, aku berserah diri kepada-Nya, dan tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan-Nya), ..

Maka malaikat akan berkata kepadanya, "(Sungguh) kamu telah diberi petunjuk (oleh Allah), dicukupkan (dalam segala keperluanmu) dan dijaga (dari semua keburukan)’, sehingga syaitan pun tidak dapat mendekatinya, dan syaitan yang lain berkata kepada temannya, "bagaimana (mungkin) kamu boleh (mencelakakan) seorang yang telah diberi petunjuk, dicukupkan dan dijaga (oleh Allah)?

Hadis riwayat Abu Dawud (no. 5095), at-Tirmidzi (no. 3426) dan Ibnu Hibban (no. 822), dinyatakan sahih oleh imam at-Tirmidzi, Ibnu Hibban dan syaikh al-Albani.

Lihatlah, begitu sayang Allah terhadap hambaNya. Namun jangan dilupa Ayat Kursi yang mempunyai pelbagai fadhilat atau kelebihan juga dibaca sebelum meninggalkan kediaman.

Berdoa semoga diri sendiri, keluarga dan rumah berada dalam keadaan yang baik sahaja. InsyaAllah semoga sentiasa berada dibawah perlindunganNya

Sumber: Soal Jawab Agama Siri 25 dan hadis


HOT: Kelebihan Amalan Membaca Ayat Kursi



7 comments:

  1. Terima kasih kongsi ilmu ye...sekurang2nya berselawat dan bissmillah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2..moga kita dapat manfaatnya. betul tu. bismillah juga dah memadai

      Delete
  2. tq for the sharing ya ^_^

    *jemput singgah http://zianaeunos.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Lepas ni kluar rumh boleh amalkn..

    ReplyDelete
  4. sebagai muslim memang banyak zikir dan doa yg kita boleh amalkan, kan..mudah2an rahmat n perlindungan Allah mengiringi perjalanan kita, insyaALlah. :)

    ReplyDelete
  5. kadang kadang benda yang kecil kita kena ambik berat...

    ReplyDelete
  6. Terima kasih atas peringatan..kdg2 tahu tp terlupa huhu

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda