Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Kucing Pun Pandai Merajuk

Perkara Comel Tentang Kucing 


Rupanya kucing pun pandai merajuk. Nasib baik tetap comel macam tuan dia walaupun tengah merajuk 😂 .

kucingmerajuk

Kisahnya petang semalam, marah Abby, kucing Mai sebab dia selerakkan surat khabar. Tapi bukan marah betul-betul pun. Acah-acah marah manja je kat dia. Lepas tu terus je dia berlari keluar rumah. Mai pun ikut la dia nak pergi mana.

Ingatkan ke mana la dia nak pergi. Rupa-rupanya ke reban ayam hahaha. Nasib dekat je. Tepi reban ayam tu ada satu bakul besi kosong yang bersih. Abby masuk dalam bakul tu sembunyikan diri. Elehh... ingat Mai tak nampak dia la tu.

Mai pun pergi dapatkan Abby. Tapi dia lari pula. Bukan ke mana pun, lari masuk rumah je. Cari punya cari, atas almari pula dia menyorok. Pandang muka Mai pun dia tak nak. Mai pun ambil dan peluk dia. Boleh pula dia jelir lidah macam tengah dahaga tu. Selalunya takda macam ni pun. Gosok-gosok dagu dan kepala dia pun tak jadi juga. Bagi wetfood pun tak mahu juga. Tiba-tiba je jadi memilih, pergi dekat orang lain nak bermanja. Adoi.. merajuk betul Abby ni. Susah hati bila dia merajuk. Rasa macam hilang saudara je bila dia taknak layan kita haha.

Abby ni manja sangat, dibela dari kecil lagi bersama kakaknya, Memey. Tak pernah marah atau pukul pun. Sekali dia kena marah, terus merajuk. Tapi tengah merajuk pun comel. Bila dia merajuk, rasa macam adik sendiri yang merajuk siap kena pujuk pula tu. Beberapa jam kemudian barulah dia ok nak manja dengan kita. Abby..abby.. geram sangat sebab dah pandai nak merajuk 🐱

kucing comel
Budak Abby yang comel sangat

Kucing pun ada perasaan juga kan. Cuma kita je yang tak pandai nak faham dia sebab dia tak sama macam manusia. Contohnya, kucing pun tahu marah kalau anaknya diusik. Orang yang rapat dengan mereka pasti lebih memahami tentangnya. Mai terfikir, macam manalah agaknya kucing rasa ketika mereka diseksa. Sedih sangat bila tengok video ada segelintir manusia yang tergamak membunuh kucing dengan kejam tanpa rasa kasihan.

Apa pun, kita perlu sentiasa saling mengasihi sesama makhluk. Tak rugi pun kita buat begitu kerana setiap ciptaan Allah ada manfaatnya.


22 ulasan for "Kucing Pun Pandai Merajuk"

  1. alololo..comelnye abby majuk

    BalasPadam
    Balasan
    1. comel sangat. first time dia macam ni hihi

      Padam
  2. Comeinya kucing merajuk. Sian kat dia

    BalasPadam
  3. Betul...kucing kak PC kalau kena marah merajuk sembunyi bawah pokok pulasan...panggil la sampai nak putus urat kentot...dia buat tak peduli...kecuali kita pegi dekat dia...cakap elok-elok...cakap sorry...ha baru baik mood dia..mereka tak ada akal tapi beremosi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. comeinyeee..macam manusia pulak hehehe. saje la tu nak test tuan dia hihi

      Padam
  4. Tanpa Nama24 Julai, 2017

    Kucing saya pun macam tu, kalau dimarah, dia senyap lepas tu lari keluar, cari mana-mana port lapang dia guling kat situ. Tapi ni, dah 21 hari dia keluar, tak balik-balik, manalah dia pergi agaknya.
    Apalah yang dimakan, kat mana agaknya dia berteduh. sedih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sedihnya :( kucing saya jantan hilang macam tu je. yang ni tak marah pun. tak tau la pergi mana dia

      Padam
  5. Atoto comelnya Abby. Kalau dilayan mmg mcm budak kecik perangai diorg ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu.. suka manja-manja diorang ni ;)

      Padam
  6. Kucing Bonde pon kuat merajuk juga...

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh la kucing bonde kawan dengan Abby ni hihi

      Padam
  7. Comelnya abby. Sama mcm kucing dekat rumah mertua kak ana. Attention seeker sgt. :)

    BalasPadam
  8. Manjanya c Abby... Merajuk sampai ke reban ayam :D :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. tau takpe..nasib baik tak pergi london hihihi

      Padam
  9. Balasan
    1. Abby memang manja..tu kalau sekali kena marah terus merajuk terus. ngade sungguh ni haha

      Padam
  10. Hahhaha... tapi mujurlah tuan dia pujuk ya.
    Color sama macam kucing Mrs. A yang nama Marble

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak boleh kalau tak pujuk..susah hati tuan dia hihi

      Padam
  11. kucin mmg kuat merajuk..huhu

    BalasPadam
  12. untung kucing.. merajuk ada yang tolong pujuk. huwaaaa kita mrajuk xdak sapa nak pujuk..

    BalasPadam