Sedapnya Ais Kepal Tok Abah Viral di Kuala Kangsar!

Ais Kepal Milo Pekat Meleleh Kuala Kangsar


Sedapnya makan ais kepal, lebih-lebih lagi dalam musim panas ni, nikmat sungguh. Dapat pula makan ais kepal Tok Abah viral Kuala Kangsar... fuhhh memang sedap dan mengancam.

ais kepal milo kuala kangsar

Sebenarnya gerai ini dibuka beberapa tahun, tak ingat pula tahun bila. Ais kepal Tok Abah Kuala Kangsar ini mulai viral di laman sosial bulan Disember 2017. Mai perasan mulanya ada seorang rakan di Facebook yang berkongsi video dan gambar ais kepal dengan milo meleleh yang membuatkan orang terliur dengannya. Kemudiannya makin ramai yang berkongsi sehinggalah page yang dikenali ramai seperti Siakap Keli dan lain-lain juga turut berkongsi tentang ais kepal ini. Sejak dari itu, gerai ais kepal ni tak putus-putus dengan pelanggannya. Hebat betul kuasa viral ni kan. Semakin bertambah rezeki keluarga pakcik dan makcik ais kepal ni, Alhamdulillah.

Kalau lalu di jalan raya berhadapan dengan gerai Ais Milo Kepal Tok Abah ni, boleh nampak ramai pelanggan yang beratur panjang menunggu giliran untuk membeli ais kepal ini. Lagi-lagi hari minggu dan cuti umum, memang ramai yang beratur. Malam pun kena beratur juga. Kalau nak merasa juga, kena tahan sabar untuk beratur panjang je hehe.


Mai yang orang Kuala Kangsar pun baru dua kali merasa ais kepal coklat viral ni. Asal nak beli je ramai orang. Nasib baiklah hari yang Mai beli tu orangnya belum ramai datang. Lepas tu, pusing je belakang tengok ramai yang dah beratur panjang. Apa yang membuatkan Ais kepal Tok Abah Kuala Kangsar ini menjadi tarikan ramai pelanggan adalah bancuhan Milo meleleh yang diletakkan atas ais kepal tu. Pekat, ori dan banyak. Satu cawan bancuhan milo pekat untuk satu plastik ais kepal.  Harga sebungkus ais kepal ini cuma RM4.00 sahaja. Memang puas hati makan ais kepal ni walaupun kena terpaksa beratur panjang.

Baca juga: Kedai Laksa Sedap di Kuala Kangsar

Bila viral ais kepal dengan bancuhan Milo pekat ni, adalah juga beberapa komen-komen negatif yang Mai baca di laman sosial. Ada yang kata.. makin bertambah pesakit kencing manis nanti. Erkkk.. padahal banyak minuman segera ice blended jenama terkenal yang manis-manis dah wujud di Malaysia ni. Takde pula nak komen yang tu. Minuman sebegini seminggu sekali ke, sebulan sekali pun ok. Makan apa sekalipun ada hadnya. Pelanggan yang datang hari-hari tu pun kebanyakannya orang yang berbeza. Orang yang merokok hari-hari siap pakej dengan membahayakan orang di sekelilingnya, taknak pula kecam kan.. heee.

Ada juga yang kata campuran bancuhan coklat meleleh tu tidak menggunakan Milo ori. Ada yang kata hanya guna serbuk coklat biasa. Haha ada saja nak point negatif mereka. Makcik yang buat bancuhan coklat ni memang menggunakan Milo ori ye. Tak perlu ragu-ragu lagi. 

Di bawah ini adalah lokasi Ais Kepal Tok Abah Viral (Ais Kepal Milo Pekat Meleleh) di bandar Kuala Kangsar.


Gerai Ais Kepal Tok Abah Viral Kuala Kangsar ini cuti setiap hari Selasa. Hari lain on.  Gerai ini mula beroperasi pada jam 12 tengah hari sehingga 10 malam. 4 petang pula waktu mereka rehat. 

Terbayang kesedapan ais kepal Milo ni.... Kalau datang ke Kuala Kangsar, jangan lupa untuk menikmati Ais Kepal Tok Abah Viral ok.

Selamat menikmati ais kepal Milo meleleh!


18 ulasan:

  1. Sedih kaksha tak dpt merasa..huhu

    https://byshaz.blogspot.my/2018/03/buat-duit-secara-meluas-dalam-blog.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. kena beratur awal kalau teringin hehehe

      Padam
  2. Akak tengok semalam masa kat Majalah 3, ya allah terliur2 akak dibuatnya nampak sedap and no wonder memang viral..benda viral biasanya memang ramai yang terjah kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul.. lagipun makcik yang jual ais kepal ni tak kedekut bancuhan milo meleleh. tu yang buatkan orang lagi suka datang mencuba

      Padam
  3. Kat sini pun ada tapi tulah.. Ramai orang.. tak lalu rasanya nak beratur menunggu.. Jadinya lalu tengok jelah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe.. takpe, bila-bila nanti boleh je pergi. sesekali kena cuba juga kalau nak tahu kesedapannya

      Padam
  4. Balik kampung nanti boleh singgah

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh sangat.. kat mana kampungnya tu?

      Padam
  5. Sesekali makan okaylah kan. Kalau hari-hari yang tak boleh tu. hee. Teringin juga nak merasa ais kepal milo. Suka ratah milo :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. iye betul tu.. kalau makan hari-hari, lain jadinya nanti hehehe.

      Padam
  6. Sedapnya ais kepal.. musim panas ting2 pulak ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang sedap... lega bila dapat hee

      Padam
  7. Wah.. lama tak makan ais kepal ni..

    BalasPadam
  8. lalu banyak kali area situ masa duduk sana sekejap tapi tak penah nak beli. tak nampak sngt jual apa tapi orang penuh je.. aigoo kena pi KK balik ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihi.. meh cepat datang KK merasa ais kepal milo ori sedap yang tak kedekut..slurppp

      Padam
  9. omai terliur tgkk..mmg kaki coklat ni..alahai napa jauh sgt

    BalasPadam
    Balasan
    1. banyak tempat ada ais kepal viral ni.. bolehlah cuba juga yang lain nanti :) tapi ais kepal yang ni memang milo ori, sedap.. tempat lain tak pernah rasa lagi

      Padam

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)

EmoticonEmoticon