Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

#Cabaran20Hari | Amalan Berbalas Juadah di Bulan Ramadhan

 Amalan Berbalas Juadah di Bulan Ramadhan

Seperti yang diketahui umum, bulan Ramadhan merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan. Ramadhan bulan ibadah, kerahmatan dan keampunan. Marilah sama-sama kita gandakan amalan baik dan ibadat kepada Allah swt. 
Kredit foto: Younique Nurdani
Amalan berbalas juadah menjadi salah satu kebiasaan yang dilakukan pada bulan Ramadhan. Amalan ini dapat mengeratkan silaturrahim sesama jiran. Kadang-kala kita terlalu sibuk mengejar dunia sehingga lupa pada jiran tetangga. Jadi, amalan ini dapat merapatkan hubungan sesama jiran. 

Jiran saya, iaitu opah saya sendiri. Kami selalu bertukar juadah seperti kuih-muih, lauk-pauk..tak kisahlah apa pun, janji makanan kan ;) Dengan jiran depan dan belakang rumah juga pun macam tu. Pelbagai jenis makanan dapat rasa. Kalau duduk kampung lagi meriah dengan amalan ini. Dalam masa yang sama dapat berkenalan lebih rapat dengan jiran kita. 

Selain itu, bagi orang yang tidak berkemampuan seperti fakir miskin dan gelandangan, apa salahnya kita bantu mereka dengan menyedekahkan makanan kepada mereka. Tidak perlu balasan, cukuplah dapat membuat mereka bahagia. Tambah-tambah pada bulan Ramadhan ini, sangat elok bersedekah dengan memberi makanan kepada orang yang berpuasa. Kongsi rezeki kita dengan orang lain itu lebih baik.

#Cabaran20Hari yang lain:

10 ulasan for "#Cabaran20Hari | Amalan Berbalas Juadah di Bulan Ramadhan"

  1. Kat kl ni x nampak dah budaya mcm tu.. rindu kampung.. 😂

    BalasPadam
  2. susah .. dah tasituasinyahalaman di kampung halaman. Sini sunyisepi.

    BalasPadam
  3. dekat kampung memang senang nak berbalas juadah ni, kalau dekat bandar macam kl ke apa ke, susah la nak nampak..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. lagi2 skrg ni mmg susah le naknmpk sbb kita pun kekadang tak amalkan hehe

      Padam
  4. alhamdulillah, berkongsi rezeki memang amalan mulia.....bestnya bertukar juadah.merasa la air tangan orang lain..

    BalasPadam
  5. huhu, rindu ngan suasana ni. ni la satu-satunya yang melambangkan keindahan Islam tu, sampai bangsa lain pun cemburu lihat kemesraan sesama kita.
    dulu, tinggal kat Pangkalan TLDM, Lumut, memang suasana bertukar juadah ni mekar sungguh kat sana.
    hihi, paling best, budak kecik la...
    mak suh hantar 10 biji karipap kat jiran sebelah, sampai kat umah jiran, dah tinggal 9 biji jer...ilang lak satu. haha...(bukan saya, k).
    dugaan tau, bila nak kena hantar juadah ni. bau nyer,,,menggugat iman. hihi.
    -blogspot : rawatankanser2013

    BalasPadam
    Balasan
    1. hhhahaha musykil tu hilang satu.aiyok hahaha

      Padam
  6. kc dulu masak kecik2 selalu umi suh bg mknn kat jiran.lepastu jiran pulak balas hehhee. so swweet kan

    BalasPadam
  7. Nak kejar masa sediakan juadah lagi, jadi dah jarang berbalas juadah antara jiran.

    BalasPadam