Cara Gulung dan Potong Kulit Popia Nestum
Cara Menggulung Popia Nestum
Ramai juga yang cari resepi popia nestum di blog ni. Hasilnya entri resepi popia nestum ini sudah pun mencecah 100 ribu lebih bilangan pembacanya sejak bulan Julai 2015. Alhamdulillah, semoga perkongsian resepi yang mudah dan ringkas ini dapat beri manfaat kepada semua. Memang sesuai untuk dimakan bila-bila sahaja. Nak buat duit dengan popia nestum pun boleh tau.
Macam-macam search keywords yang masuk dan sampai ke blog ini. Antaranya, resepi popia nestum, resepi popia nestum paling sedap, cara buat popia nestum dan cara gulung popia nestum.
Disebabkan ada yang mencari cara menggulung popia nestum, saya nak kongsikan cara mudah untuk menggulung dan memotongnya.
Resepi penuh popia nestum boleh tengok di sini > Popia Nestum Rangup dan Sedap. Mudah je cara nak gulungnya.
1. Sediakan dulang atau talam sebagai alas untuk proses menggulung. Nak guna tutup periuk atau apa saja yang rata pun boleh asalkan bersih.
2. Guna lidi satay atau straw untuk memudahkan menggulung kulit popia. Kalau tak guna tu pun takpe. Saya gulung macam tu je tanpa guna lidi atau straw. Tinggalkan sedikit ruang di hujung untuk disapukan dengan bancuhan tepung gandum atau telur sebagai pelekat.
Begini hasilnya apabila dah siap gulung.
3. Selesai proses menggulung, potong gulungan kulit popia dengan menggunakan gunting secara menyerong seperti gambar di bawah. Potong segera sebelum gulungan kulit popia mengeras. Kalau dah keras, memang susah nak potong. Dah siap potong, bolehlah digoreng.
Maappp... gambo kabur pulak dah.. |
Ok. Tu je cara-cara gulung dan potong kulit popia untuk dibuat popia nestum, popia cheese atau apa saja yang berkaitan dengannya.
Selamat mencuba!
good sharing
BalasPadamSuka makan popia gulung ni..tanpa serbuk nestum pun dah sedap :)
BalasPadamHaritu ingat nak buat tak sempat la pula.. ;)
BalasPadamopismet akak sorang pakar buat ni.
BalasPadambuat jual tiap masa kat opis.