Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Kedai Laksa Sedap di Kuala Kangsar

Kedai Laksa Sedap di Kuala Kangsar

Kuala Kangsar terkenal dengan pelbagai keunikan dan tarikan tersendiri. Salah satunya adalah laksa. Laksa Kuala Kangsar sering menjadi perhatian pengunjung. Memang terdapat banyak kedai laksa sedap di Kuala Kangsar. Ikut rasa masing-masing saja nak pilih yang mana satu.

laksa kuala kangsar

Sedapnya laksa! Makan pula dengan cendol atau ais batu campur... perghhh memang layan. Dapat pula yang pekat kuahnya penuh dengan isi ikan. Sedapnya tak terkata.

Kali ini saya kongsikan beberapa buah kedai laksa yang popular di daerah Kuala Kangsar. Kalau datang ke Kuala Kangsar jangan lupa ke kedai laksa ini ya :)

Tempat makan laksa sedap di Kuala Kangsar


1. Laksa Zaitun - Kampung Padang Asam, Padang Rengas
Laksa Zaitun ni Mai sendiri dah pernah rasa. Memang sedap! Kuah likat. Kedai laksa ni selalu dipenuhi pelanggan. Terdapat pelbagai menu lain lagi selain daripada laksa. Ais batu campur (ABC) pun ada.

2. Laksa Pak Ngah - Belakang Sekolah Menengah Tsung Wah, Talang
Kedai laksa Pak Ngah memang terkenal di Kuala Kangsar. Ia adalah warisan turun temurun dan dah lama bertapak di situ. Kedai pun cantik.

3. Laksa Deris - Terletak di Kota Lama Kanan, Kuala Kangsar. Kuahnya nampak sedikit gelap tapi sedap! Selain laksa, ada menu lain juga yang disediakan di situ.

laksa deris kota lama kanan
Laksa Deris

4. Laksa Lubuk - Kampung Paya, Lubuk Merbau
Kedai Laksa Lubuk ni terletak di kampung yang Mai tinggal sekarang ni. Setiap hari boleh dikatakan ramai pelanggan yang datang. Menariknya di sini, kuah laksa dan tepung laksa dibuat secara tradisional. Kedai Laksa Lubuk ini viral tau.

5. Laksa Kembor Lubok Merbau - Terletak di Lubuk Merbau. Menariknya di sini ialah tepung laksanya kembar, bercantum dua.  Selain laksa, terdapat menu lain seperti mi dan kuey teow kari, ais kacang, pelbagai minuman serta kuih-muih.

laksa kembor lubuk merbau
Laksa Kembor, memang kembar!
Foto dari Facebook Laksa Kembor Lubok Merbau

6. Laksa telur goreng Lempor - Kampung Lempor Tengah, Manong

7. Laksa Pokok Limau - Kampung Bendang Susur
Laksa Pokok Limau terkenal dengan telur bersarangnya. 

8. Laksa Hentian Kekabu - Kampung Kledang

9. Medan Laksa dan Cendol Kuala Kangsar - Lembah Kuala Kangsar, di tepi Sungai Perak
Terdapat banyak gerai dalam medan laksa dan cendol ni. Pelbagai menu seperti nasi ayam, rojak pasembor, mi goreng mamak, ABC dan lain-lain lagi disediakan selain laksa dan cendol.

laksa Kuala Kangsar
Laksa di salah satu gerai dalam Medan Laksa dan Cendol Kuala Kangsar

10. Warung Telaga - Terletak di Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar. Kedainya menarik, banyak barangan antik dipamerkan, juga berdekatan dengan bendang. Syoknya makan sambil rasa angin lembut. fuhhhh

warung telaga kota lama kiri
Warung Telaga


Senarai kedai telah dikemaskini pada 20 November 2019.


Jom layan video daripada The Vocket yang memaparkan beberapa tempat laksa sedap yang ada di Kuala Kangsar...

Macam mana? Terliur tak? Jomlah kome ke Kuala Kangsar waktu cuti atau pada bila-bila masa saja sambil lawat pelbagai TEMPAT MENARIK DI KUALA KANGSAR. Orang Kuala Kangsar baik-baik, kacak, cantik dan comel semuanya. Rugi kalau tak datang sini hehehe ;)

18 ulasan for "Kedai Laksa Sedap di Kuala Kangsar"

  1. Balasan
    1. Sedap! Tambah pulak kalau dapat kuah yang likat dgn isi ikan dan tepung laksanya lembut..pergghh lagi sedap 😊

      Padam
  2. biasa kak mila kalau balik kuala kangsar akan makan dekat medan laksa tepi sungai perak tu je.sebb situ banyak menu makanan lain.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul..banyak pilihan kat medan laksa tu

      Padam
  3. eh..Manong tu kg akak..tak tau pun ada laksa sedap kat c2...

    BalasPadam
  4. Banyaknyaaa kedai laksa sedap ni. Hehe. Boleh lah lepas ni jalan jalan sana pulak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak..masing2 ada keistimewaannya tersendiri 😊

      Padam
  5. laksa pokok limau dengan hentian kekabu best !

    BalasPadam
  6. sedap nampak meh pineng rasa laksa di balik pulau

    BalasPadam
  7. nyesal tengok di waktu ni...sedapnyaa...terus teringin...

    BalasPadam
  8. Sedapnya laksa balik kampung kena singgah jugak salah satu gerai dalam senarai tu

    BalasPadam
  9. fuhhh banyak rupanya tempat kedai laksa yang kc tak teroka lagi walaupun setiap tahun balik ke kampung kuala kangsar hahahaha.

    BalasPadam
  10. laksa kat area bukit gantang sebelum ke padang rengas ke kuala kgsar juga sedap..kedai tepi jalan :)

    BalasPadam
  11. wahhh sdapnya..feveret rina adalah laksa.. pergghhh terliur tgok laksa2 smua ni.

    BalasPadam