Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Selesai Renew Domain maisarahsidi.com untuk Tahun Kedua

Renew Domain di NetKL


Diam tak diam rupanya domain blog ini, maisarahsidi.com sudah pun berusia dua tahun. Hari ini dah selamat renew domain blog ini untuk tahun kedua.

PHOTO ILEXCONTENT.COM

Alang-alang dah hampir sangat dengan due date, eloklah renew domain awal. Tahun lepas saya nyaris je terlepas tarikh akhir renew. Esoknya due date, hari ni baru buat bayaran. Boleh pula terlupa nak buat bayaran. hihi. Nasib baiklah tergerak hati untuk semak semula emel dan terbacalah emel dari NetKL untuk pembaharuan domain.

Domain maisarahsidi.com ini telah dibeli di Netkl pada 6 Mei 2015. Tahun tersebut juga saya mula berblog secara serius. Disebabkan itulah saya membuat keputusan untuk membeli domain

Dah berdomain dotcom ini, jangan lupa renew sebelum due date. Nanti blog tak boleh buka pula. Kesian pembaca setia blog. Kurang pula pageview dan unique visitors nanti. Tak susah pun renew domain ni.

Cara Mudah Renew Domain NetKL


Bagi anda yang pertama kali ingin memperbaharui atau renew domain, mudah saja langkah-langkahnya. Macam saya beli dari NetKL. Lebih kurang sebulan sebelum due date, pihak NetKL akan menghantar emel invois pembayan untuk renew domain.

Renew Domain NetKL

Kalau anda nak lihat butir-butir penuh pembayaran yang perlu dibuat, klik saja pautan ini Client Area - NetKL Network dan login dengan memasukkan emel dan password anda, kemudian klik pada Invoices.

Renew Domain NetKL

Kalau pembayaran masih belum dibuat, tertulis angka 1 pada bahagian Invoices. Kalau dah selesaikan pembayaran, angka 0 yang berada di bahagian Invoices seperti gambar di bawah.

Renew Domain NetKL

Apa yang anda perlu lakukan ialah transfer atau bank in ke akaun NetKL mengikut jumlah seperti yang dilampirkan dalam emel. Selepas selesai membuat bayaran, jangan lupa hantar emel ke support@netkl.com untuk beritahu kepada pihak NetKL yang kita dah selesai buat pembayaran. Sertakan resit bukti pembayaran bersama. Dalam masa beberapa minit, settle dah. Pihak NetKL akan menghantar emel, beritahu pembayaran sudah diselesaikan.

Mudah je kan? Haa.. dah jadi tanggungjawab untuk renew domain setiap tahun. Ada yang kata rugi kena bayar setiap tahun hanya untuk domain. Tapi sebenarnya banyak kelebihan kepada blog yang ada domain sendiri. InsyaAllah saya akan ceritakan kelebihan menggunakan domain sendiri di blog pada entri akan datang.

Anda nak beli domain untuk blog kesayangan anda? Klik terus banner di bawah untuk membeli domain pilihan hati.



5 ulasan for "Selesai Renew Domain maisarahsidi.com untuk Tahun Kedua"

  1. Tahniah.. sama ritu pun mama renew jugak..

    BalasPadam
  2. Aminn.. moga terus diberikan semangat utk berblog dan meghasilkan artikel2 yg lebih awesome ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah, itulah harapan saya. Semoga orang lain juga dapat manfaat daripada tulisan blog saya :)

      Padam
  3. hi, nak tanya berapa harga awak beli untuk domain dot com?

    BalasPadam