Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Resepi Oden Sedap dan Mudah, Buat Sendiri Je!

Resepi Oden Buat Sendiri


Ramai yang sudah mencuba oden FamilyMart. Disebabkan ingin mencuba oden tersebut beratur panjang pun sanggup. Tapi kalau sedap, beratur panjang mana pun tak kisah kan hehe. Macam gerai Ais Kepal Milo Tok Abah Kuala Kangsar yang pernah viral sampai masuk TV3. Mai pun sanggup beratur panjang masa tu hihi.

Sejujurnya Mai belum pernah merasa oden FamilyMart. Disebabkan nak juga rasa kesedapannya, Mai pun ikutlah salah satu resepi oden mudah viral yang ada di Instagram. Sedap juga rasanya, kena dengan tekak Mai. Makan oden panas-panas sedang hujan turun, fuhhh nikmatnya rasa.

Jom buat oden sendiri, pasti bertambah-tambah makan ;)

resepi oden mudah


Resepi Oden Mudah

Resepi asal: Instagram cookby_ain, rujukan di laman web Rasa.my

Bahan-bahan:

2 paket kecil Perencah Asam Pedas Adabi
1 paket kecil Perencah Tomyam Adabi
Sedikit perasa Knorr (Mai tidak gunakan perasa)
Air secukupnya
Bahan Oden (kek ikan, bebola ikan, jejari ketam dan sebagainya mengikut kegemaran anda)

Cara memasak:

1. Masukkan perencah asam pedas ke dalam periuk dan panaskan.
2. Kemudian masukkan air secukupnya (tak pekat sangat dan tak cair sangat)
3. Selepas itu, masukkan perencah tomyam.
4. Tambah sedikit perasa jika perlu.
5. Masukkan bahan-bahan oden ke dalam periuk berisi kuah tadi dan biarkan mendidih.
6. Biarkan kuah mendidih dan bahan-bahan oden masak.
Siap!

Sedikit tips untuk anda:

- Jangan letak garam kerana perencah tersebut sudah cukup rasa.
- Sebelum letak perasa, rasa kuah dahulu. Kalau dah cukup rasa tak perlu tambah perasa.
- Tiada lidi cucuk-cucuk pun boleh je jadi, jangan risau hehe



Selamat mencuba. Sekali anda buat oden ini, mesti nak berkali-kali 😁


9 ulasan for "Resepi Oden Sedap dan Mudah, Buat Sendiri Je!"

  1. Wah nampak sedapnya tu Mai

    BalasPadam
  2. Berbaloi bila buat sendiri Kan... TQ for resepi

    BalasPadam
    Balasan
    1. iya sebab dapat banyak heee.. sama-sama

      Padam
  3. Wah.. sedapnya.. Puas hati lagi buat sendiri kan.. Banyak dan mewah rasanya..

    BalasPadam
  4. belum cuba lagi buat oden dkt rumah.. nnt nak try jugak

    BalasPadam
  5. Teringin nak buat, tapi takde geng nak makan..nanti balik kampung ni nak cuba laaa

    BalasPadam