Blog Bermasalah? Cuba Periksa Malware dalam Blog
Cara Check Malware dalam Blog
Periksa malware dalam blog | Blog adalah salah satu platform untuk berkongsi pelbagai maklumat. Apabila membuat carian sesuatu kata kunci di pelayar Google, blog kerap muncul di halaman pertama carian. Itulah kuasa blog kan.
Tapi kadang-kadang bila dah dapat apa yang dicari dan mahu klik sesuatu link blog, keluar pula amaran yang mengatakan blog itu terdapat malware. Ada juga yang tidak muncul amaran, tetapi keluar iklan yang tidak sepatutnya, link blog redirect ke laman lain yang tak munasabah, muncul pop up pelik. Mungkin 'terselit' dalam kod template blog atau widget yang digunakan dalam blog. Risau juga jika apa-apa data kita diambil dalam diam.
Kesian kepada pembaca yang nak mencari maklumat kan? Maka, blogger kena ambil langkah untuk bersihkan blog supaya selamat untuk dilayari. Salah satu caranya adalah dengan memeriksa malware dalam blog.
Untuk periksa malware, Mai akan ke laman web Sucuri SiteCheck. Mudah sangat caranya. Hanya masukkan URL blog dalam kotak yang disediakan. Pengimbas Sucuri SiteCheck akan memeriksa blog atau laman web untuk malware yang diketahui, virus, status senarai hitam, kesilapan tapak web, out-of-date software dan kod berniat jahat (malicious code).
Sucuri SiteCheck |
Selepas blog selesai diimbas oleh Sucuri SiteCheck, jika muncul warna hijau, blog dalam berkeadaan baik.
Jika muncul warna merah, blog telah diberi amaran kerana terdapat malware. Maka tindakan segera perlu diambil terhadap blog seperti membuang kod yang bermasalah dan sebagainya.
Jika muncul warna merah, blog telah diberi amaran kerana terdapat malware. Maka tindakan segera perlu diambil terhadap blog seperti membuang kod yang bermasalah dan sebagainya.
Untuk mengetahui bahagian dalam blog yang bermasalah, klik pada More Details (rujuk gambar di atas). Ia akan menunjukkan kod dalam blog yang patut dibuang.
Senang je kan? Kalau blog bermasalah, jom periksa blog kot-kot ada benda yang tak sepatutnya 'melekat' dalam blog.
omg! blog kita merahhhh ah.. aduh caner ni :'(
BalasPadamDah klik More Details tu? Ada kod yang bermasalah tu. Boleh dibuang
PadamNice tips Maisarah! :)
BalasPadamSemoga bermanfaat ;)
PadamTerima kasih kongsi. Maq dah try check dah..alhamdulillah clear :)
BalasPadamAlhamdulillah :)
PadamBlog sha byk merah2 then dia Bgtau kena hacked..aduhai sapa yg hack blog sendu cm sha nj..apapun tq for sharing
BalasPadamsama-sama. mungkin ada kod tak elok dalam blog tu
PadamMai, blog akak takde malware. Tapi site blacklist. Macam mana tu
BalasPadamsite blacklist tu, dia ada beritahu yang mana satu tak?
PadamTq dik. Ilmu baru bagi akak. ;)
BalasPadamsama-sama akak :)
PadamAkak ada merah. Bila klik more details tu, dia datang cbox
BalasPadammungkin link tak elok tu datang dari cbox
Padam