Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Ayam Goreng Rangup Sos Salted Egg Sedap dan Mudah

Ayam Goreng Rangup dengan Sos Salted Egg



Teringin juga nak makan ayam goreng rangup dengan sos salted egg selepas melihat iklan sebuah restoran makanan segera baru-baru ini. Nak beli atau buat sendiri? Mai memilih untuk mencuba buat sendiri di rumah memandangkan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat ayam goreng rangup dan sos salted egg ada di rumah.


Ayam Goreng Rangup Sos Salted Egg


Sedap dan puas hati apabila buat sendiri ayam goreng rangup, makan dengan sos salted egg! Lebih jimat dan banyak hasilnya. Nak makan banyak mana pun tak kisah kan hehehe.


Ayam Goreng Rangup Sos Salted Egg


Setelah mencari resepi yang sesuai untuk resepi ini, terus saja sediakan bahan-bahan untuk membuatnya. Resepi ayam goreng rangup Mai ikut sama seperti yang dikongsikan di laman web Rasa dan sos salted egg pula Mai ikut resepi di channel YouTube Tepung Bestari.


Resepi Ayam Goreng Rangup dengan Sos Salted Egg


Bahan-bahan untuk ayam goreng rangup:

Ayam yang dipotong dan dibersihkan, secukupnya

Bahan perapan:
1 1/2 sudu teh serbuk lada putih
1 sudu teh garam
3 sudu makan tepung beras
4 sudu makan tepung Bestari pedas
2 biji telur (kalau adunan pekat, tambah lagi sebiji telur)

Bahan tepung sadur:
Tepung Bestari secukupnya
Tepung beras secukupnya

Bahan-bahan untuk sos salted egg:

5 sudu besar atau 50g serbuk telur masin Bestari (beli Serbuk Telur Masin Bestari di sini-klik)
50g marjerin
140ml susu sejat
15 helai daun kari
1 sudu besar atau 10g gula
1 1/2 sudu besar atau 7g cili padi
1 sudu besar atau 12g bawang putih


Cara membuatnya:

Ayam goreng rangup

1. Dalam satu bekas, masukkan telur, serbuk lada putih, garam, tepung Bestari dan tepung beras. Kemudian gaul sebati. Jika adunan agak pekat, tambah lagi sebiji telur dan gaul lagi.
2. Masukkan ayam ke dalam adunan perapan dan gaul rata. Perap ayam selama sejam atau lebih.
3. Setelah diperap, bolehlah mula menggoreng ayam. Dalam satu bekas, masukkan tepung Bestari dan tepung beras secukupnya dan gaul rata.
4. Golekkan ayam dalam campuran tepung tersebut, kemudian goreng sehingga masak.

Sos salted egg

1. Masukkan marjerin ke dalam kuali dan cairkannya.
2. Masukkan bawang putih, cili padi dan daun kari dan kacau seketika.
3. Kemudian, masukkan serbuk telur masin dan susu sejat, kacau lagi.
4. Masukkan gula dan kacau lagi supaya sebati.
5. Setelah siap, tuang sos salted egg ke dalam mangkuk. 

Anda juga boleh gaulkan sekali dengan sos salted egg jika mahu.

Rujuk video di bawah ini untuk lebih lanjut tentang cara membuatnya...



Alahai... sedapnya! Tak sedar dah makan berketul-ketul ayam hehe. Mudah saja cara membuatnya bukan? Jom cuba resepi ayam goreng rangup dan sos salted egg ini ya. Sekali buat, pasti nak rasa lagi.


Ayam Goreng Rangup Sos Salted Egg


Untuk mencuba pelbagai resepi sedap yang lain, anda boleh join Channel Telegram Resepi Viral 

Pelbagai info menarik yang lain ada di sini...

Info Ibu Hamil
Info Resepi
Info Motivasi
Malaysia Blogger Influencer & Content Writer


4 ulasan for "Ayam Goreng Rangup Sos Salted Egg Sedap dan Mudah "

  1. wah nampak sedappppp

    BalasPadam
  2. Sedap ni. Menu macam ni anak-anak pun suka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul.. menu yang menarik perhatian untuk budak-budak makan heee

      Padam