Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cabaran7hari | Gadget Kesayangan

Cabaran7hari | Gadget Kesayangan 

Cabaran7hari Instablog EFGKBBA telah pun ke cabaran yang terakhir. Ada yang dah selesaikan cabaran ini. 

Cabran yang terakhir, gadget kesayangan. 

dslr nikon, fujifilm, laptop

Inilah gadget kesayangan saya. Laptop dan dua buah kamera. 

dslr nikon, fujifilm, laptop

Untuk pengetahuan, laptop yang saya masih lagi guna sekarang ini sudah berumur 7 tahun. Laptop ini adalah model lama jenama Acer. Apa? Jenama Acer tak ok? Sebenarnya jenama tak salah, yang salah adalah penggunanya. Jangka hayat sesuatu alat ini bergantung kepada cara penggunaannya. Jika baik jagaannya dan cermat penggunaannya, pasti sesuatu alat itu dapat bertahan lama. 

Kerosakan paling teruk dialami laptop ini adalah hard disk rosak. Ia berpunca daripada saya sendiri. Kerap membiarkan laptop dalam mod 'sleep' kadang-kadang sehingga ke pagi. Kalau biarkan sekejap sahaja dalam mod 'sleep', tidak menjadi masalah. Ini kerana laptop masih 'bekerja' walaupun dalam mod 'sleep'. Kalau taknak guna laptop, shut down terus ya. Hard disk rosak masih boleh ditukar dan harganya kira seratus lebih. Kalau mother board rosak, beli baru lah jawabnya.

Kamera DSLR jenama Nikon dan kamera bridge jenama Fujifilm sudah 3 tahun bersama saya. Masing-masing ada kelebihan sendiri. Kamera bridge Fujifilm ini, kalau zoom pun gambar tetap cantik. Kalau bercuti, kedua-dua kamera ini mesti dibawa bersama. Apa yang menarik dengan dslr ini adalah kita akan dapat gambar yang cantik dan berkualiti. Nak gunanya mestilah ada skil. Kalau beli mahal-mahal tapi tiada skil 'tembak' gambar, tak menjadi juga. Jadi, kena belajar kemahirannya.

Bagaimana dengan anda? Gajet apa yang menjadi kesayangan anda?

Cabaran7hari InstaBlog yang lain:


1 ulasan for "Cabaran7hari | Gadget Kesayangan "