Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cabaran7hari | Menu Sarapan Pagi Wajib Ambil

Cabaran7hari | Menu Sarapan Pagi Wajib Ambil

Agak-agak apa ni ya? 

air madu, madu, honey

Air madu.

air madu, madu, honey

Ini adalah air panas campur madu. Kadang-kadang saya makan terus je madu tanpa dicampur dengan air. Sebelum sarapan pagi, ketika perut kosong elok ambil ini. Kira-kira setengah jam selepas minum, baru ambil sarapan.

Kebaikan air madu:

1. Membantu membersihkan tubuh daripada lendir dan kahak.
2. Menghilangkan zat-zat dan campuran berbahaya dari perut kita.
3. Kesan yang sama turut berlaku kepada ginjal dan hati.

Sumber dari buku Rasulullah is My Doctor tulisan Jerry D.Gray. Sila beli buku ini ya. Memang terbaik.

Madu adalah penyembuh yang bagus diturunkan oleh Allah kepada manusia. Madu juga adalah makanan sunnah Rasulullah. Jom amalkan meminum madu yang mempunyai pelbagai kebaikan sama ada dalam kesihatan atau kecantikan di samping mengikut sunnah Rasulullah. Jadikan madu sebagai pemanis utama.

Apa menu sarapan pagi wajib bagi anda pula?

Cabaran7hari InstaBlog yang lain:
Jom sama-sama sertai dan meriahkan Cabaran InstaBlog 7 Hari EFGKBBA.


4 ulasan for "Cabaran7hari | Menu Sarapan Pagi Wajib Ambil"

  1. Wow...madu sgt berkhasiat... ;)
    Maisarah...akak dtg ada hajat...ahaks...
    hajat akak nk kasi BB Cream NB sample pada awk... ;)
    meh whatapps akak detail awk ye..
    akak nye contact no ada di sini Riana Little Cuties

    BalasPadam
  2. elok amalkan madu. sy minum 1 sudu waktu pagi sbb gastrik. syukur, tak pedih perut

    BalasPadam
  3. madu ng kurma sedap jugaa

    BalasPadam
  4. Susah nk cari madu asli kt kl ni mai..
    Akak suka sarapan nasi lemak..hehehe...tapi x selalulah.. BANCUH ESP je senang pepagi bz sikit

    BalasPadam