Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Misi Buat Kuih Raya Sendiri Bermula

Buat Kuih Raya Sendiri 


Ramadhan masih berbaki lebih kurang 2 minggu saja lagi. Waktu ini, ramai yang sedang buat persiapan raya. Baju raya, songkok raya, tudung raya, kasut raya, kuih raya... semuanya nak raya 😁antara persiapan raya yang selalu dibuat kan. Anda pula macam mana, dah sedia semuanya?

kuih raya, biskut raya
Foto MyNewsHub

Setakat ini, baju raya saja yang dah ada. Sekarang ini pula tengah merancang projek kuih raya. Tahun-tahun sebelum ini buat dalam 5-6 jenis biskut. Tahun ini tak tahu lagi, dalam senarai adalah juga beberapa jenis. Antaranya:

  • Biskut cip coklat
  • Biskut cornflakes
  • Biskut arab
  • Classic butter cookies
  • Biskut red velvet
  • Semperit
  • Tart Cadbury
  • Simpul kasih

Cuma nak buat je larat atau tak hehe. Harapnya adalah tenaga nak buat semua ni, InsyaAllah.

Kuih raya yang simple seperti kerepek popia nestum, kerepek popia cheese dan cornflakes madu memang wajib buat setiap tahun. Kalau ketiga-tiga ni takda, tak sah raya jawabnya haha. Tiga kuih raya ni lah yang tetamu suka pun kalau datang rumah.

Kali ini nak mula awal sikit buat kuih raya. Kerja-kerja design bersambung lepas raya ke 10 nanti. Tahun lepas, lagi 3 hari nak raya baru buat. Sampai ke malam buatnya. Memang penat buat last minute ni. Penat memang penat tapi puas hati dapat buat sendiri. Hasilnya pun dapat banyak, jimat lagi tu.

Hari ini Mai ke sebuah kedai menjual bahan-bahan bakeri di Kuala Kangsar, wow ramai betul wanita di dalamnya! Yang sedang memilih bahan-bahan.. ramai, yang tengah beratur pun ramai. Tak jadi nak membeli haha. Nampak gayanya kena keluar awal pagi lah nak mencari bahan-bahan untuk kuih raya ni.

Bahan-bahan pun dah disenaraikan, bolehlah mula membeli. Anda pula macam mana, dah buat kuih raya? Atau beli je?


5 ulasan for "Misi Buat Kuih Raya Sendiri Bermula"

  1. sha punya kuih tunjuk je haaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe ok jugak tu.. ni tengah rajin nak buat

      Padam
  2. yaAllah rajinnya kak mai buat kuih raya sendiri. kagumm hehhee

    BalasPadam
  3. kalau buat tart cadbury saya datang rumah hehe

    BalasPadam
  4. rajinnyaaa kalo CT surrender da.. hehe..

    BalasPadam