Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Kek Pisang Coklat yang Menyelerakan

Resepi Kek Pisang Coklat Sedap



Kek pisang coklat, sedap juga rasanya. Sebelum ini Mai selalu buat kek pisang yang biasa saja. Tapi kali ini buat versi coklat pula. Asyik rasa yang biasa, nak juga rasa kelainannya hehe

resepi kek pisang coklat


Maka, serbuk coklat ditambah dalam resepi ini. Bahan-bahan dan cara menyediakannya sama seperti cara membuat kek pisang. Cuma ditambah serbuk coklat. Sedapnya makan dengan air teh O. Boleh makan sampai banyak potong dibuatnya.

HOTResepi Kek Pisang Berangan Gebu, Sedap Pasti Menjadi

Untuk resepi ini, Mai menggunakan pisang berangan. emas bersaiz kecil sebanyak 10 biji. Kalau anda nak guna pisang berangan juga boleh, guna sebanyak 4 biji. Mai suka dengan hasil kek ini, permukaan atas kek nampak licin dan dapat kek yang gebu.

Ok, jom kita buat kek pisang coklat!


Resepi Kek Pisang Coklat


Bahan-bahan:

10 biji pisang emas masak (saiz kecil) - dilenyek menggunakan garfu
1 1/2 cawan tepung gandum *
3/4 sudu teh soda bikarbonat *
1 sudu teh serbuk penaik *
4 biji telur
1 cawan gula kastor / gula perang - boleh tambah atau kurangkan, mengikut citarasa tahap   kemanisan masing-masing
1 cawan minyak jagung atau minyak masak
1 sudu teh esen vanila
1/2 cawan serbuk koko
1 biji pisang dihiris nipis untuk hiasan

- Yang bertanda * perlu diayak bersama

kek pisang coklat
Bahan-bahan untuk membuat kek pisang coklat


Cara membuatnya:

1. Panaskan ketuhar pada suhu 170⁰C.

2. Satukan gula kastor, telur, minyak jagung dan esen vanila dan pukul sehingga putih.

3. Masukkan pisang yang telah dilenyek dan kacau rata.

4. Kemudian, masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum yang telah diayak bersama soda bikarbonat dan serbuk penaik ke dalam adunan tadi. Kacau sebati dan pastikan adunan tidak berketul.

5. Masukkan serbuk coklat dan kacau lagi sehingga sebati.

6. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu minyak atau mentega atau dilapik dengan baking paper. Letakkan hirisan pisang emas pada permukaan atas adunan.

7. Bakar dalam ketuhar pada suhu 170⁰C selama 50-60 minit atau sehingga masak (suhu mengikut ketuhar masing-masing).

Sebaiknya potong kek setelah sejuk supaya dapat potongan yang cantik. Kalau nak makan panas-panas pun tak menjadi masalah. Mai pun suka makan kek panas-panas selepas siap dibakar. Sedap dan puas sangat hahaha

Anda boleh tonton video ini untuk lebih lanjut tentang cara membuatnya...




Dah siap... Cantik permukaan kek pisang coklat ini. Suka pula tengoknya hehe

resepi kek pisang coklat

Setelah kek pisang coklat dipotong

Jangan lupa cuba resepi mudah ini ya. Selamat mencuba 😍


8 ulasan for "Kek Pisang Coklat yang Menyelerakan"

  1. kek pisang coklat pulak.. aduhh kalau anak liez nampak ni mmg dia request je

    BalasPadam
  2. fuhhh ni dapat kat kc licin ni! hahahaa

    BalasPadam
  3. nampak sedap dan menyelerakan..

    BalasPadam
  4. kenapa nampak sedap! malam-malam mai komen, adui rasa nak makan kek pisang cicah milo panas pula ;)

    BalasPadam