Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

10 Resepi Kek Tanpa Telur, Pasti Jadi

Resepi Kek Tanpa Telur



Sedapnya kek! Tapi bagi sesetengah individu, kek bukan pilihan mereka ketika menyambut harijadi ataupun untuk dimakan bila-bila masa. Salah satu alasan mereka adalah, alah dengan telur. Jadi, tak perlu risau lagi dengan kek yang mengandungi telur. Post kali ini menyediakan 10 resepi kek tanpa telur untuk anda cuba.

kek tanpa telur


Kalau Mai, kadang-kadang datang 'rasa malas' nak buat kek menggunakan telur. Nak berjimatlah katakan hehe. Ini juga menjadi salah satu sebab terhasilnya kek tanpa telur.

Walaupun tanpa menggunakan telur, kek tetap sedap dan gebu. Kalau anda nak tahu bagaimana hasilnya, jom cuba pelbagai resepi di bawah ini. InsyaAllah menjadi kek yang dibuat.


1. Kek Marble Tanpa Telur

Kek Marble Tanpa Telur
Ini hasilnya.. Kek Marble Tanpa Telur

Resepi asal daripada blog Fiza's Cooking.
Diolah sedikit oleh Mai.

Bahan-bahan:

200gm tepung gandum
225gm gula kastor (kurangkan jika tidak suka manis)
3 sudu besar susu tepung
100gm mentega di cairkan (Mai guna Buttercup)
1 sudu teh pes pandan (Mai guna 1 sudu besar serbuk coklat dicairkan dengan sedikit air atau pes pilihan anda)
150ml air
1 sudu teh baking soda

Anda boleh tonton video di bawah untuk lihat cara membuatnya...




Cara memasak:

1. Cairkan mentega, ketepikan dan biarkan sejuk.

2. Ayak tepung gandum ke dalam mangkuk besar. Masukkan juga baking soda, susu tepung dan gula kastor. Kacau dengan whisk hingga semua bahan bercampur.

3. Seterusnya masukkan air sambil dikacau dengan whisk dan masukkan pula mentega sambil di kacau lagi. Pastikan kacau sehingga gula hancur.

4. Bahagikan kepada dua adunan dan masukkan pes pandan (atau serbuk coklat) ke dalam salah satu dari adunan tersebut.

5. Tuang adunan berselang seli ke dalam loyang. Setelah siap tuang adunan, lorekkan corak di atasnya.

6. Bakar di dalam ketuhar dengan suhu 180 ⁰C selama 30 minit atau hingga masak. Mai guna air fryer Toros Pro Chef dengan suhu 160 ⁰C selama 30 minit. Kek ini juga boleh di kukus.

Sumber: MaisarahSidi.com


2. Kek Coklat Moist Tanpa Telur

Kek Coklat Moist Tanpa Telur

RESEPI SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE (SMECC)
By : Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Sumber : DayangJack

Bahan-bahan : loyang 6-7 inci (versi asal)
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko (LiNa Pg imported cocoa powder)
2 sudu besar susu tepung
1 +1/4 cawan air sejuk (dari peti ais)
1 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco (LiNa Pg xletak)
secubit garam
1/2 cawan minyak jagung/masak sayuran/mentega cair
1 sudu kecil cuka atau jus lemon

Cara-cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 160C (oven LiNa Pg suhu 150'c) Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega dan lapik dengan baking paper.Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga
  2. Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata (LiNa Pg ayak sekali susu tepung dan garam)
  3. Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
  4. Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
  5. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak (LiNa Pg bakar selama 45min)
  6. Sejukkan kek terlebih dahulu sebelum dikeluarkan dari loyang.Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.

3. Brownies Tanpa Telur

Brownies Tanpa Telur

Bahan-bahan:

1 Cawan Tepung Gandum
1/2 Cawan Serbuk Koko
1 Sb Tepung Jagung
1/2 sk Soda Bikabonat
1/8 sk Garam
3/4 Cawan Gula
1/4 Cawan Minyak Masak
1 Cawan Susu Cair
Kepingan Badam

Cara-cara:
  1. Ayakkan tepung gandum bersama serbuk koko, tepung jagung, soda bikarbonat dan juga garam. Ketepikan.
  2. Pukul gula, minyak masak dan juga susu cair dengan menggunakan whisk sehingga sebati.
  3. Masukkan bahan yang telah diayak tadi.
  4. Kacau sehingga adunan sebati.
  5. Masukkan ke dalam loyang yang sesuai dan tabur badam sebagai hiasan jika suka.
  6. Bakar pada suhu 150°c selama 25-30 minit bergantung kepada oven masing-masing. (panaskan oven terlebih dahulu)



4. Kek Minyak Tanpa Telur Sukatan Cawan

Kek Minyak Tanpa Telur Sukatan Cawan


Bahan (sukatan cawan):
1,5 cawan tepung gandum3 sudu besar susu pekat
2 sudu kecil baking powder
0,5 sudu kecil baking soda
0,5 cawan butter
1 cawan gula kaster
1 cawan susu
1 sudu kecil esen vanila
Pewarna kuning, merah, dan biru

Cara-cara membuat kek minyak step by step:
  1. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan baking soda. Ketepikan.
  2. Dalam mangkuk, pukul butter dan sugar sehingga kembang. Tambahkan susu dan pukul sehingga creamy. Tambahkan esen vanila dan susu pekat lalu pukul sekejap.
  3. Akhir sekali, masukkan campuran tepung gandum ke dalam mangkuk sedikit sedikit. Gaul rata.
  4. Bahagikan kepada 3 adunan. Masukkan pewarna kepada setiap adunan.
  5. Tuangkan adunan berwarna ke dalam loyang dan corakkan warna ikut kreativiti masing-masing.
  6. Bakar hingga masak pada suhu 170 celcius selama 1 jam.
  7. Biarkan kek sejuk lalu dipotong

Sumber: Borianafoods


5. Kek Red Velvet Tanpa Telur

Kek Red Velvet Tanpa Telur


Bahan - bahan:
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu mkn serbuk koko
3/4 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bicarbonate
** semua bahan-bahan di atas ini diayak**
1/3 cawan minyak masak
1/2 cawan gula aising
3/4 cawan susu pekat manis
3/4 cawan susu kotak @ susu cair
1 sudu teh esen vanila
Pewarna makanan merah

Cara - cara:

1.gris & alas loyang dgn baking paper (saya guna 2 loyang 6")
2.pukul atau mixer minyak + gula aising hingga halus
3.masukkan susu pekat manis dan mixer hingga kembang
4.masukkan 1/2 bahagian susu & esen vanila dan kacau sebati
5.masukkan 1/2 bahagian adunan tepung dan kacau sebati
6.masukkan lagi 1/2 bahagian tepung dan kacau lagi sebati
7.campurkan 1/2 baki susu dgn pewarna merah dan kacau sebati kemudian masukkan dlm adunan kek dan sebatikan
8.bahagikan adunan jika menggunakan 2 loyang kek
9.bakar 180° C sehingga kek masak

Frosting :

250 grm cream cheese
100 grm gula aising
50 ml whipping cream

1.pukul cream cheese hingga lembut kemudian masukkan gula aising dan sebatikan,
2.masukkan whipping cream dan pukul sebati...boleh tambahkan air perahan lemon jika suka.



6. Kek Pisang Tanpa Telur

Kek Pisang Tanpa Telur

Bahan-bahan:

8-9 biji pisang berangan - lenyek
1 cawan gula pasir / gula perang
3/4 cawan minyak
1/4 cawan susu segar
3 cawan tepung gandum
2 s/t baking powder
1 s/t soda bikarbonat
1 s/t esen vanila/ esen pisang
Badam cincang - tabur

Cara membuatnya:

- panaskan oven 180C
- tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder diayak dulu.
- campurkan gula ke dalam pisang yg dilenyek.
- masukkan minyak, esen pisang dan susu dan gaul sebati.
- akhir sekali masukkan bhn2 yg diayak dan gaul dengan spatula.
- tuang ke dalam loyang yang telah disapu mentega dan taburkan badam cincang.
- bakar selama 40 minit atau hingga masak.

Sumber: Intai Dapur


7. Chocolate Cheesecake Tanpa Telur

Chocolate Cheesecake Tanpa Telur

Bahan-Bahan:

1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko
2 sudu besar susu tepung
1 1/4 cawan air sejuk (dari freezer)
1 cawam gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 cawan minyak masak | minyak sayuran | butter yang dah dicairkan (aku pakai butter)
1 sudu kecil cuka atau jus lemon
secubit garam

Cara-cara:
  1. Panaskan oven dahulu dengan suhu 160C. Griskan loyang dengan mentega. Atau korang boleh pakai parchment paper.
  2. Ayak tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko. Masukkan susu tepung, garam, gula perang dan kacau rata dan sebati.
  3. Masukkan air sejuk, minyak masak dan esen vanilla. Kacau perlahan-lahan dengan whisk sampai adunan tidak berketul-ketul. Nak pakai mixer pon boleh.
  4. Dah sebati semua bahan, masukkan cuka dan terus kacau lagi hingga sebati.
  5. Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau sehingga masak dengan suhu 160C *bergantung pada kepanasan oven masing-masing
  6. Tunggu sampai kek masak dan hiaskan lah ☺

Sementara tunggu kek masak, buat cream cheese.

Bahan-bahan Frosting (Cream Cheesse)

1/2 cawan butter (suhu bilik)
8 oz cream cheese - 1 kotak philadelphia atau 1 tube tatura (suhu bilik)
2 cawan gula icing (aku pakai gula halus sebab gula icing tak ada ☺)
1 sudu vanilla extract

Cara-cara:

Bila kek dam masak. Tuang saja cream cheese atas kek
Bakar selama 10-15 minit
Sejukkan sekejap dalam freezer bagi lagi sedap

Sumber: Fiza Rahman


8. Kek Kurma Moist Tanpa Telur

kek kurma moist
Kek kurma moist


Bahan-bahan:
(Untuk loyang bersaiz 6 inci)

17 biji kurma lembut bersaiz kecil,dibuang biji
1 cawan tepung gandum 
3/4 cawan susu UHT 
1/4 cawan gula perang  
1/2 cawan Buttercup cair/minyak sayuran 
1 sudu teh esen vanila 
1 sudu teh soda bikarbonat

Anda boleh tonton video di bawah untuk lihat cara membuatnya...



Cara membuatnya:

1. Buah kurma dibuang biji. Kemudian, kisar kurma bersama susu UHT sehingga halus.
2. Masukkan bahan kisar tadi bersama gula perang ke dalam satu bekas. Gaul hingga sebati.
3. Masukkan tepung gandum dan baking soda yang diayak bersama, kemudian kacau sebati.
4. Tambah esen vanila dan digaul lagi sehingga sebati.
5. Setelah sebati, masukkan adunan ke dalam loyang yang telah disapu minyak atau mentega. Ratakan adunan di dalam loyang. Hiaskan permukaan adunan dengan hirisan buah kurma.
3. Sebelum membakar, panaskan oven pada suhu 180ยบC selama 10 minit.
Masukkan loyang adunan ke dalam oven dan bakar pada suhu 180ยบC selama 35 minit. Setalah siap dibakar, periksa kek dengan lidi. Kalau kek tak melekat pada lidi, tandanya sudah masak. 


9. Kek Oren Tanpa Telur

Kek Oren Tanpa Telur


Bahan bahan :

2 cawan tepung gandum
1/2sdt soda bikarbonat
1 sdt serbuk penaik
Secubit garam
1/2 cawan & 2 sdb mentega/marjerin
2 sdb gula kastor
1sdt esen vanila
1/4 jus oren (sunquick)
1/2 cawan air
1 biji lemon (ambil jus saja)

Topping :

1/4 jus oren (sunquick)
Susu cair

Cara buat :

1. Ayak tepung + soda bikarbonat + serbuk penaik. Ketepikan.
2. Masukkan mentega/marjerin + garam + gula kastor + esen vanila + jus oren +air. Masak sehingga semua bahan larut. Tak perlu sampai mendidih.
Tutup api.
3. Masukkan perahan jus lemon.
4. Masukkan bahan yang dimasak tadi ke dalam tepung. Gaul rata. Masukkan dalam loyang.
5. Kukus selama 45 minit atau 1 jam.
6. Ketepikan dan sejukkan kek.
7. Topping kek pula, gaulkan jus oren (sunquick) + susu cair sehingga sebati dan likat. Kalau terlalu pekat sangat masukkan susu cair lagi sampai dapat tekstur yang korang nak.
8. Curahkan atas kek.. Siap!!

Untuk sukatan kek ini ialah untuk kek bersaiz kecil berukuran 16cm.

Sumber: Mimi Azirah


10. Kek Buah Tanpa Telur

Kek Buah Tanpa Telur

Bahan-Bahan (Loyang 20-22 cm):

Bahan A :
360 g tepung gandum (ayak 3 kali)
2 sudu kecil baking powder (diayak)
1 sudu kecil soda bikarbonat (diayak)
1/4 sudu kecil serbuk kulit kayu manis – optional
125 ml jus oren

Bahan B :
250 g mentega
300 g mix fruits (dihiris halus atau dicincang)
250 ml susu cair
170 gula kastor (boleh juga guna brown sugar)
2 sudu besar susu pekat manis atau golden syrup

Bahan untuk taburan : 30 g badam cincang – optional

Cara-cara:

1) Bahan B : Satukan semua bahan kecuali mix fruits ke dalam periuk dan masak hingga larut dan sebati. Tutupkan api dan terus masukkan mix fruit. Gaulkan. Selepas itu, sejuk/rendamkan selama 4 jam atau boleh juga disimpan semalaman.
2) Bahan A : Ayakkan kesemua bahan kecuali jus oren ke dalam mangkuk pengadun. Kemudian dikacau rata. Barulah disatukan dengan Bahan B tadi. Sebatikan dengan senduk kayu atau spatula sahaja.
3) Akhir sekali barulah dimasukkan jus oren. Kacau lagi hingga sebati.
4) Tuangkan ke dalam loyang yang sudah disapukan dengan mentega dan ditaburkan dengan sedikit tepung (jika suka, guna loyang yang mempunyai lubang di tengahnya atau loyang chiffon supaya kek masak sempurna dan tidak mendap di bahagian tengahnya).
5) Kemudian taburkan badam cincang jika suka.
6) Bakarlah selama 50 minit atau 1 jam atau sehingga masak pada suhu 160-170C (kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing).
7) Setelah masak, keluarkan dari oven. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dikeluarkan dari loyang dan dipotong.




Sedap-sedap semua resepi kek tu! Apa lagi.. jomlah mencuba pelbagai resepi kek tanpa telur ini. Rasa dan teksturnya pasti tidak mengecewakan anda. Mungkin ia menjadi kegemaran anda selepas ini, siapa tahu kan ๐Ÿ˜

Kalau mahukan kek menjadi, ikut saja jumlah bahan dan langkah-langkah yang telah disediakan ya. Baca doa dan buat ๐Ÿ˜‰ Selamat mencuba!



6 ulasan for "10 Resepi Kek Tanpa Telur, Pasti Jadi"

  1. Wahhh... Best ni. Boleh try.. Hari tu LeYa dan Ibu baru buat resipi Puding Caramel tanpa telur. Pun sangat sedap juga...

    BalasPadam
  2. huwaaaa sedapnyaaa

    BalasPadam
  3. nak buat tapi xde bahan and barang untuk buat kek

    BalasPadam
  4. Saya dah try buat kek coklat tu. Memang menjadi. Sedap. Moist sangattt ๐Ÿ‘ nak try buat kek marble pulak lepas ni.. Jimat telur buat kek tanpa telur ๐Ÿคญ

    BalasPadam