KLIK> Daftar Percuma Narratrs - Jana Income USD Menerusi Instagram

07 July 2015

#Cabaran20Hari | Lagu Raya Pilihan


Lagu raya adalah pelengkap kemeriahan Aidilfitri. Kalau tiada lagu raya memang tak sah. Lagu raya mula kedengaran di corong-corong radio kira-kira dua minggu sebelum raya. 

Lagu raya pilihan saya sudah semestinya lagu raya lama. Nostalgia sungguh. Zaman kanak-kanak memang suka dengan lagu ni, Selamat Hari Raya dendangan Puan Sri Saloma. Kemeriahan dan kegembiraan sambutan hari raya datang. Suasana di Hari Raya nyanyian Anuar Zain dan Elina juga menjadi lagu raya pilihan saya.

Pendek kata, lagu raya lama ni memang tak lapuk dek zaman. Lagu raya lama membangkitkan suasana hari raya tersebut. Gabungan lirik dan lagu memberikan kesan yang mendalam terhadap pendengar. Mana taknya, anak yang perantauan boleh mengalir air mata terkenang kampung halaman. Begitu hebat penangan lagu raya lama ni. 

Tapi lagu raya baru juga tidak kurang hebatnya. Lagu raya nyanyian Siti Nurhaliza contohnya, lagu baru yang sedap didengar. 

Apa pun.. kalau tiada lagu raya, tak rasa raya la kan. hehe

Jom dengar lagu raya..



#Cabaran20Hari yang lain:

Kongsikan

Artikel berkaitan

#Cabaran20Hari | Lagu Raya Pilihan
4/ 5
Oleh

Langgan melalui email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk melanggan.

7 komen

Tulis komen
avatar
7.7.15

suka lagu raya Raihan dengan Nowseeheart

Reply
avatar
7.7.15

Lagu2 raya lama tetap menjadi pilihan.. ;)

Reply
avatar
7.7.15

betul... tengah nangis ni tersedu2..padahal baru je balik buka puasa sabtu lepas.. huhu

Reply
avatar
7.7.15

lagu raya tambah meriahkan suasana
#clickclicknufnang

Reply
avatar
7.7.15

hehe,,sabar kak yoorin,.,nt balik lagi kan :)

Reply
avatar
7.7.15

suka jugak lagu tu

Reply

Terima kasih atas komen anda