Selamat Tinggal Ubat Sporo !
Berhenti Ambil Ubat Sporo
Gara-gara terkana jangkitan Sporo atau nama panjangnya Sporotrichosis, saya terpaksa ambil ubat anti fungus Inox Itraconazole. Rupanya dah 20 minggu saya ambil ubat ini. Wuu.. lama juga tempoh masa ni. Selepas 20 minggu, doktor pakar kulit meminta saya untuk berhenti ambil ubat Sporo.
Kini, sudah sebulan saya berhenti daripada ambil ubat Sporo (13 Mac 2017 berhenti). Alhamdulillah tiada tanda-tanda jangkitan Sporo kembali. Sekarang ini hanya tinggal parut luka pada tangan kiri. Cuma rasa gatal-gatal je pada parut tu sebab parutnya agak tebal doktor beritahu. Parut itu juga kini semakin hari nampak perbezaannya. Semakin mengecil saiznya. Alhamdulillah.
Teringat lagi waktu mula-mula tahu terkena jangkitan Sporo. Macam-macam saya fikir, "boleh baik ke luka saya ni?" , "berapa lama kena makan ubat Sporo ni?" , "bila boleh sembuh ni?". Seekor kucing saya yang ada jangkitan Sporo pun saya fikir juga tentang dia. Tak tergamak nak PTS (put to sleep) kucing tu sebab sayang sangat.
Nak tak nak saya pun ikut je la cakap doktor sebab nak cepat pulih daripada jangkitan Sporo walaupun tak suka makan ubat. Ubat Sporo perlu diambil mengikut dos yang telah ditetapkan. Kira-kira 3 bulan saya perlu ambil ubat Sporo 2 biji pagi dan 2 biji malam setiap hari. Selepas 3 bulan, dos dikurangkan kepada 1 biji pagi dan 1 biji malam setiap hari. Berbeza dengan kucing, mereka perlu ambil separuh saja daripada 1 biji kapsul setiap hari kerana ubat ini memberi kesan yang agak kuat terhadap kucing. Kesan kepada manusia juga sama. Setiap 2 bulan saya perlu menjalani ujian darah bagi memastikan ubat tersebut tidak memberi kesan negatif kepada bahagian badan saya yang lain.
Spray8 bantu merawat luka jangkitan Sporo
Selain ambil ubat Sporo, luka jangkitan juga saya usaha untuk sembuhkannya. Syukur saya dipertemukan dengan ubat yang mujarab untuk menyembuhkan luka jangkitan Sporo pada tangan kiri saya. Spray8 betul-betul berkesan mengubati luka. Inilah rupanya Spray8.
Mudah sangat cara nak guna Spray8 ini. Hanya sembur pada kawasan luka dan gunakan 3 kali sehari. Bahan-bahan yang digunakan dalam Spray8 juga adalah berasaskan semula jadi. Betul ke Spray8 amat berkesan mengubati luka? Klik sini Luka Basah Cepat Kering dengan Spray8® untuk mengetahui testimoni berkesan daripada saya sendiri selepas penggunaan Spray8.
Alhamdulillah, seronok rasanya bebas daripada jangkitan Sporo. Kepada anda pencinta kucing, pastikan kucing sentiasa berada dalam keadaan sihat. Jika terdapat luka walaupun kecil, cepat-cepat bawa ke klinik haiwan kerana daripada luka tersebarnya jangkitan Sporo. Jangkitan Sporo juga tidak mustahil untuk berjangkit kepada manusia dan memakan masa berbulan-bulan untuk pulih sepenuhnya. Jadi, perlu sentiasa peka dengan keadaan kucing dan diri sendiri.
Semoga kucing dan anda sendiri yang terkena jangkitan sporo ini segera diberikan kesembuhan oleh Allah, asalkan tidak berputus asa. InsyaAllah boleh.
good sharing
BalasPadam:)
Padamxpernah dgr nma penyakit tu tp kesian kucing pn kena jugak ea
BalasPadamsakit ni popular di kalangan kucing. manusia pun boleh berjangkit daripada kucing yang ada sporo ni
PadamSaya jarang ambil ubat , takut ngantuk
BalasPadamMoga segera sembuh ye
BalasPadamSalam.Sya pun dh kene jangkit dgn kucing saya.Nasib baik kucing sya dh sembuh setelah memakan ubat sporo berbulan2.Sya pula yg dok risau bila nk sembuh sporo kt bdn sya ni ngam2 kt tgh leher terkena kuku kucing saya.
BalasPadamInsyaAllah boleh sembuh. jangan risau. ikut je arahan doktor. makan ubat ikut dos. cuci luka elok2. sporo ni memang ambil masa sikit untuk pulih.
PadamSaya baru terkena jangkitan sporo ini. Boleh PM tak kak? Atau email?
BalasPadamboleh. alamat email ada kat sidebar blog ni ;)
PadamSaya baru kena sporo,sekarang makan ubat Itraconazole 4 biji sehari, tapi risau,doktor kata ubat tu mungkin ada side effect seperti pada hati..boleh share pengalaman makan ubat ni tak?
BalasPadamdoc memang akan pantau kita. macam saya, setiap 2 bulan sekali dalam tempoh ambil ubat tu.. doc suruh ke hospital untuk cek darah, risau ada effect kat organ lain pula. tapi Alhamdulillah takde kena apa2. nanti doc akan kurangkan dos ubat jugak
PadamSy pegi klinik kesihan doc cuma tgk luka je tgen sy ckp ada bela kucing sporo..boleh plak doc tu tnya sy sporo tu ape..haihhh ni tgn sy dh naik mcm lebam bwah kulit..ape sy nk bgtau doc bg dia faham pnykit ni??
BalasPadamsaya pergi hospital kerajaan, baru dapat tahu sebab luka saya. doc yang check saya pernah handle pesakit yang pernah kena sporo, lepas tu terus refer ke doc pakar
Padam