26 September 2017

Temujanji Terakhir dengan Doktor kerana Sporotrichosis

Temujanji Terakhir dengan Doktor Pakar Kulit


25 September 2017 merupakan temujanji yang terakhir dengan doktor pakar kulit di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Ini bermakna Mai dah sembuh sepenuhnya daripada jangkitan Sporo. Alhamdulillah!

temujanji dengan doktor pakar kulit

Untuk temujanji yang bermula pada jam 2 petang, nama Mai adalah nama pertama dipanggil untuk Bilik 4 Klinik Dermatologi. Gembira sebab tak perlu lama menunggu giliran hehehe. Maklumlah kalau ke hospital kerajaan macam mana kan.. ramai. Masuk je bilik doktor, doktor tengok bahagian kulit yang terkena luka jangkitan Sporo. Belek punya belek dan tanya beberapa soalan, doktor beritahu dah OK dan tak perlu datang lagi untuk temujanji seterusnya. Seronok betul heee.

Ramai juga yang temujanjinya pada waktu petang. Masa Mai letak kad temujanji pun dah berkeping-keping ada dalam bekas tu. Alhamdulillah sekejap je duduk, nama pun dipanggil. Boleh balik cepat kan. Kerja pun banyak nak selesaikan lagi.

Ingat lagi masa mula-mula terkena jangkitan Sporo. Tak tahu pun luka yang semakin membesar pada tangan kiri sebenarnya berpunca daripada Sporo. Bengkak-bengkak mula tumbuh sehingga hampir ke ketiak. Sangat tak selesa pada waktu tu. Badan asyik rasa tak sihat, demam. Luka pula, dah sapu ubat pun masih tak berkesan malah semakin membesar. Akhirnya dapat jawapan daripada doktor di Hospital Kuala Kangsar, luka Mai ini berpunca daripada jangkitan Sporo. Terkejut juga masa tu. Terus dirujuk ke klinik pakar dermatologi atau kulit Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. 

Pertama kali datang untuk temujanji di klik pakar kulit, doktor siap buat pembedahan kecil lagi tu. Siap menangis tu haha. Bengkak lebam yang paling besar pada tangan kiri dipotong. Tujuannya sebagai sample untuk mereka kaji puncanya. Gambar luka dan tangan kiri Mai juga diambil. Masa tu juga terfikir tentang seekor kucing di rumah yang ada Sporo. Serabut. Tak tergamak nak PTS kucing tu. Sekarang ni Alhamdulillah, luka kucing tu pun dah beransur pulih.

Macam-macam cerita tentang Sporo yang Mai alami. Anda yang nak baca cerita-cerita Sporo di blog Mai, bolehlah klik tajuk di bawah ini...



Sedikit pesanan untuk anda, bagi anda yang memelihara kucing perlu kerap periksa tahap kesihatan kucing, cari luka kucing pada badannya terutamanya kucing outdoor+indoor. Jika terdapat luka, bawa terus ke klinik haiwan. Sporo dapat dielakkan kalau luka pada badan kucing segera dirawat. Manusia yang menjaga kucing yang dijangkiti Sporo juga perlu berhati-hati, jangan lupa pakai sarung tangan.

Jaga kesihatan kucing, jaga kesihatan anda juga.


Previous Post
Next Post

About Author

8 ulasan:

  1. Ooo, sakit ni berpunca dari kucing eh?
    Thanks share..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebab seekor kucing Mai ada sporo. mungkin berjangkit daripada dia

      Padam
  2. Alhamdulillah.. dah makin baik dan tak payah jumpa doktor..
    Semoga terus sihat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. terima kasih. insyaAllah ;)

      Padam
  3. Semoga diberi kesembuhan sepenuhnya.

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah dah sembuh. Kena hati-hati juga ye dengan kucing ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. betul, kalau ada kucing sakit terus bawa ke klinik haiwan.

      Padam

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)